Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Harvard Mark I
[1]
, merupakan
komputer
digital automatik besar-besaran pertama di
Amerika Syarikat
. Ia dianggap oleh sesetengah orang sebagai kalkulator sejagat pertama.
Howard Aiken telah memperkenalkan mesin elektromekanikal yang digelar MARK I. Dengan terhasilnya MARK I maka bermulalah
komputer
era moden. Mesin ini adalah untuk menyelesaikan pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi trigonometri.
Ciri-ciri MARK I ialah ia mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki. Ia dibina daripada
besi
dan
kaca
, mengeluarkan bunyi yang kuat semasa pemprosesan dilalakukan, mengandungi lebih daripada 750,000 bahagian yang diikat bersama menggunakan
wayar
sepanjang 500 batu. Sebahagiannya daripada sistem berada pada aras yang berbeza. Dengan itu pengguna perlu naik ke atas mesin menggunakan tangga untuk memasangkan suis.
- ^
Nama mesin tersebut seperti yang terpapar padanya ialah
Aiken-IBM Automatic Sequence Controlled Calculator Mark I
.