Hari Pilihan Raya Kebangsaan
|
---|
Nama rasmi
| National Election Day
|
---|
Jenis
| Hari untuk
pilihan raya
pegawai awam
di
Amerika Syarikat
|
---|
Sambutan
| Menjalankan
tugas sivik
, mengundi untuk pegawai terpilih, melawat kawasan pengundian
|
---|
Tarikh
| Selasa selepas Isnin pertama bulan November
|
---|
Tarikh 2023
| Ralat: waktu tidak sah
(
Butiran
)
|
---|
Tarikh 2024
| Ralat: waktu tidak sah
(
Butiran
)
|
---|
Tarikh 2025
| Ralat: waktu tidak sah
(
Butiran
)
|
---|
Tarikh 2026
| Ralat: waktu tidak sah
(
Butiran
)
|
---|
Kekerapan
| tahunan
|
---|
Di
Amerika Syarikat
,
Hari Pilihan Raya
(
bahasa Inggeris
:
Election Day
) ialah hari tahunan yang ditetapkan oleh undang-undang untuk
pilihan raya
pegawai awam
persekutuan
. Ia ditetapkan secara berkanun oleh Kerajaan Persekutuan sebagai "hari Seleasa selepas hari Isnin pertama pada bulan November"
[1]
sama dengan hari Selasa berlaku dalam tarikh 2 November 2 hingga 8 November.
Bagi pejabat
persekutuan
(
Presiden
,
Timbalan Presiden
, dan
Kongres Amerika Syarikat
) dan kebanyakan pejabat gabenor (semua kecuali Kentucky, Louisiana, Mississippi, New Jersey, dan Virginia), Hari Pilihan Raya Day hanya berlaku pada tahun bernombor genap.
pilihan raya Presiden
diadakan seriap empat tahun, pada tahun yang boleh dibahagikan dengan empat, di mana
pemilih
untuk Presiden dan Timbaan Presiden dipilih menurut kaedah yang ditentukan oleh setiap negeri. Pilihan raya kepada
Dewan Perwakilan A.S.
dan
Senat A.S.
diadakan setiap dua tahun; semua Perwakilan dipilih berkhidmat penggal dua tahun dan bertanding untuk pilihan raya setiap dua tahun, manakala Senator berkhidmat penggal enam tahun, berperingkat agar satu pertiga Senator dipilih pada bila-bila
pilihan raya
sahaja. Pilihan raya umum di mana calon presiden bukan di pengundian dirujuk sebagai
pilihan raya separuh penggal
. Penggal bagi mereka yang dipilih bermula pada bulan Januari tahun berikutnya; Presiden dan Timbalan Presiden
dilantik dalam upacara khas
(angkat sumpah) pada
Hari Pelantikan
, yang biasanya pada 20 Januari.
Banyak pejabat
negeri
dan
kerajaan tempatan
juga dipilih pada Hari Pilihan Raya sebagai perkara kemudahan dan menjimatkan kos, walaupun sebilangan kecil
negeri
mengadakan pilihan raya untuk pejabat negeri (seperti
gabenor
) semasa
luar tahun
bernombor ganjil, atau semasa
tahun separuh penggal
bernombor genap yang lain, dan boleh mengadakan
pilihan raya khas
untuk pejabat yang kosong. Kongres telah memandatkan tarikh seragam untuk pilihan raua presiden (
3 U.S.C.
§ 1
) dan kongres (
2 U.S.C.
§ 1
dan
2 U.S.C.
§ 7
), walaupun
undi awal
walau bagaimanapun dibenarkan di banyak negeri.
Hakikat Hari Pilihan Raya jatuh pada hari Selasa telah menimbulkan perbalahan pada dekad-dekad baru-baru ini, kerana ramai orang mungkin tidak dapat mengumdi kerana kerja mereka. Ia merupakan
cuti umum
di beberapa negeri, termasuk
Delaware
,
Hawaii
, Illinois,
Kentucky
,
Louisiana
,
Montana
,
New Jersey
,
New York
,
Virginia
,
Virginia Barat
, serta wilayah
Kepulauan Mariana Utara
dan
Puerto Rico
. Beberapa negeri lain menghendaki pekerja dibenarkan mengambil cuti dengan gaji.
California
menghendaki pekerja jika tidak dapat mengundi mesti dibenarkan dua jam cuti dengan gaji, pada permulaan dan akhir giliran kerja.
cuti persekutuan
dipanggil Hari Demokrasi, berbetulan denagn Hari Pilihan Raya, telah diusulkan, dan beberapa telah mengusulkan menukar hari pilihan raya ke hujung minggu.
[2]
Gerakan lain di industri
IT
dan
automotif
menggalakkan majikan sukarela memberi pekerja mereka cuti bergaji pada Hari Pilihan Raya.
Templat:Cuti Persekutuan A.S.
Templat:Cuti A.S.