Gyanendra Bir Bikram Shah Dev
(
Bahasa Nepal
:
??????????? ??? ?????? ??????
;
Jn?nendra V?ra Vikrama ??hadeva
) (lahir
7 Julai
1947
) ialah
raja Nepal
yang terakhir.
Baginda menaiki takhta berikutan kemangkatan anakanda saudara baginda,
Dipendra
yang memegang perana Raja selama tiga hari sahaja ketika dalam keadaan
koma
, berikutan
pembunuhan
raja sebelumnya (kanda Gyanendra,
Birendra
) dan ahli-ahli kerabat diraja yang lain.
Pada Februari 2005, Raja Gyanendra mengambil alih penguasaan kerajaan sepenuhnya, sekaligus memansuhkan parlimen yang terpilih. Berikutan
penentangan terhadap pemerintahan langsung
baginda, baginda terpaksa menyerahkan semula kuasa kepada parlimen pada April 2006 yang sekaligus mengurangkan status raja kepada raja istiadat sahaja. Baginda kekal menjadi raja sehingga 28 Mei 2008 apabila persidangan dewan perwakilan rakyat memutuskan untuk membubarkan pemerintahan baginda lalu menjadikan Nepal republik persekutuan, oleh itu Gyanendra menjadi raja Nepal yang terakhir.
Kehidupan awal dan pemerintahan pertama
[
sunting
|
sunting sumber
]
Gyanendra diputerakan di
Kathmandu
, anakanda kedua
Putera Raja Mahendra
dan Puteri Raja Indra. Selepas keputeraannya, ayahanda baginda dipesan oleh nujum diraja agar tidak menjenguk puteranya yang baru lahir agar menghindari nasib malang, maka Gyanendra dihantar untuk tinggal bersama nendanya.
[1]
Pada bulan November 1950, kedua-dua ayahanda dan datuknya
Raja Tribhuvan
bersama-sama ahli kerabat diraja yang lain berangkat ke
India
, meninggalkan Gyanendra yang muda sebagai satu-satunya ahli putera Keluarga Diraja Nepal. Baginda diangkat kembali ke ibu kota Kathmandu oleh Perdana Menteri
Mohan Shamsher Jang Bahadur Rana
, yang kemudiannya memastikan Gyanendra diisytiharkan sebagai raja pada
7 November
1950
.
[1]
Setelah menghadapi tentangan terhadap pemerintahan turun-temurun Perdana Menteri
wangsa Rana
dari India, maka tercapainya satu persetujuan pada Januari 1951, maka nenda Raja Tribhuvan kembali ke Nepal dan menaiki takhta semula.
[2]
The actions of Rana regime to depose his grandfather and place him on the throne was not internationally recognized.
[3]
Gyanendra mengkaji bersama kandanya Raja
Birendra
di
St. Joseph's College, Darjeeling
, India; pada 1969, beliau meraih ijazah dari
Universiti Tribhuvan
di
Kathmandu
.
[4]
Gyanendra menjadi pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pertabalan kandanya Birendra pada tahun 1975. Gyanendra juga merupakan seorang penyokong
pemuliharaan
yang gigih dan berkhidmat selaku Pengerusi Amanah Pemuliharaan Alam Raja Mahendra sejak tahun 1982 hingga penaikan takhta pada tahun 2001.
[5]
Gyanendra meratukan
Komal Rajya Laxmi Devi Shah
pada
1 Mei
1970
di Kathmandu; bersama-sama mereka ada dua orang anakanda:
Peristiwa-peristiwa berikutan pembunuhan beramai-ramai pada
1 Jun
2001
nyata amat banyak kontroversinya di Nepal. Sesetengah pihak masih percaya bahawa Raja Gyanendra merupakan dalang di sebalik pembunuhan itu kerana kesemua ahli kerabat diraja dibunuh ketika insiden itu kecuali ahli-ahli keluarga terdekat Gyanendra.
[6]
Kepercayaan ini masih dipegang, terutamanya disebabkan kenyataan bahawa Gyanendra mewarisi takhta dari kerabat diraja yang terbunuh. Sepasukan penyiasatan dua orang yang terdiri daripada
Keshav Prasad Upadhaya
yang ketika itu Ketua Hakim Mahkamah Agung, dan
Taranath Ranabhat
yang ketika speaker dewan perwakilan, menjalankan penyiasatan terhadap pembunuhan berkenaan selama seminggu.
[7]
Penyiasatan ini berakhir setelah menyoal siasat lebih 100 orang termasuk saksi dan pegawai istana, pengawal dan kakitangan, memutuskan bahawa Dipendralah yang melakukan pembunuhan tersebut, namun peranan Gyanendra tidak ditolak kemungkinannya.
[8]
Apabila Dipendra berada dalam keadaan koma Gyanendra menjadi pemangku, tetapi setelah Dipendra mangkat pada
4 Jun
2001
, maka Gyanendra maniki takhta.
[9]
Templat:Nepalese Royal Family
Pada tahun-tahun pertama di atas takhta, Gyanendra hendak melaksanakan penguasaan penuh terhadap kerajaan gara-gara kegagalan semua parti. Pada Mei 2002, baginda menyokong Perdana Menteri
Sher Bahadur Deuba
yang diundi rakyat ketika menyuraikan parlimen yang terpilih pada tahun 1999. Pada Oktober 2002 baginda melucutkan jawatan Deuba dan menggabungkan kuasa baginda buat julung kalinya. Dari tahun-tahun 2002 hingga 2005 beliau melantik dan kemudian memecat tiga orang perdana menteri, akhirnya melucutkan Deuba untuk kali kedua lalu mengambil alih selaku
raja mutlak
pada
1 Februari
2005
.
[4]
Kandanya Raja Birendra pernah merundingkan sistem
raja berperlembagaan
secara teliti yang mana baginda selaku Raja memainkan peranan kecil dalam kerajaan. Maka pendekatan Raja Gyanendra yang berkonfrontasi dengan parti politik menghadapi kritikan hebat.
Apabila King Gyanendra mengambil kuasa sepenuhnya buat kali kedua pada
1 Februari
2005
, baginda mendakwa kerajaan Perdana Menteri
Sher Bahadur Deuba
gagal membuat persediaan untuk pilihan raya parlimen serta tidak mampu memulihkan keamanan di negara yang ketika itu tengah mengalami
perang saudara
yang dicetuskan
pemberontak Maois
.
[10]
Raja Gyanendra berjanji bahawa "keamanan dan demokrasi berkesan" akan dipulihkan dalam masa tiga tahun,
[11]
tetapi zaman pemerintahan mutlak ini dicemari penindasan terhadap pihak yang berselisih dengan pemerintah.
[12]
Pertubuhan antarabangsa meluahkan rasa amat bimbang terhadap keselamatan wartawan berikutan keputusan raja mengehadkan kebebasan awam, termasuk
kebebasan akhbar
, perlindungan berperlembagaan menentang
penapisan
dan hak menentang penahanan bagi tujuan pencegahan.
[13]
Gyanendra membidas dengan menyatakan bahawa "demokrasi dan kemajuan saling bercanggah" sebagai langkah yang perlu untuk meulihkan keamanan di negara.
Pada April 2006, para pendukung perlembagaan mengadakan
tunjuk perasaan dan mogok
di
Kathmandu
menentang pemerintahan mutlak Raja Gyanendra. Kerajaan diraja membalas dengan mengisytiharkan
perintah berkurung
dan menguatkuasakannya dengan senjata api dan gas pemedih mata. Tindakan kerajaan ini menghadapi kutukan dari negara lain termasuk
India
dan
Amerika Syarikat
. Pada 21 April 2006, Raja Gyanendra mengumumkan bahawa baginda akan menyerahkan kekuasaan eksekutif kepada seorang perdana menteri baru yang dipilih oleh parti-parti politik untuk mengawasi pemulihan demokrasi. Sesetengah pemimpin parti menolak tawaran itu lalu menggesa agar raja mengadakan majlis untuk menentukan peranan raja dalam politik pada masa hadapan. Pada
24 April
2006
, Raja Gyanendra memulihkan parlimen sebelumnya dalam satu ucapan kebangsaan yang disiarkan melalui televisyen.
Pada 10 Jun 2006, parlimen menarik balik kuasa-kuasa utama raja, termasuk hak baginda memveto undang-undang, sekaligus menghapuskan konsep "Raja di Parlimen," lalu baginda diturunkan darjat menjadi raja boneka, namun selepas itu baginda masih menyampaikan ucapan tahniah dan menerima kehadiran diplomat untuk seketika. Menurut Perkara 167 perlembagaan, semua kuasa-kuasa eksekutif serta kuasa-kuasa yang pernah dinikmati Raja dalam perlembagaan sebelumnya kini dipegang Perdana Menteri. Kesemua kuasa-kuasa raja selama 239 tahun dilucutkan, menjadikan Raja Gyanendra seorang raja awam di bawah perlembagaan sementara.
Perdana Menteri
Girija Prasad Koirala
yang mula-mulanya menyokong perlembagaan pemerintahan beraja, berkata pada Mac 2007 bahawa beliau merasa raja wajar turun takta.
[14]
Pada bulan Jun, Koirala mengulangi gesaan agar Raja Gyanendra turun takhta untuk memberi ruang kepada cucundanya
Putera Hridayendra
.
[15]
Pada
23 Ogos
2007
, kerajaan peralihan Nepal memiliknegarakan segala harta yang diwarisi Raja Gyanendra dari kandanya, termasuk
Istana Diraja Narayanhity
. Tindakan ini tidak melibatkan harta-harta yang dimiliki baginda sebelum naik takhta.
[16]
Adalah diumumkan pada
24 Disember
2007
, bahawa pemerintahan beraja mungkin akan dimansuhkan pada tahun 2008, berikutan kelulusan rang undang-undang oleh Parlimen Nepal, sebagai sebahagian persetujuan damai dengan bekas pemberontak Maois, yang akan menyaksikan perlembagaan dipinda agar menjadikan Nepal sebuah republik.
[17]
[18]
Pada
27 Mei
2008
, persidangan memutuskan agar raja diberi 15 hari untuk mengosongkan istana
[19]
. Pada
hari berikutnya
, pemerintahan diraja dimansuhkan secara rasminya lalu diganti oleh sistem
republik
persekutuan sekular.
[20]
Amanah Pemuliharaan Alam Kebangsaan menerbitkan laporan pada tahun 2008 yang mendakwa kerabat diraja telah menggelapkan dana milik pertubuhan amal terbabit. Amanah ini pernah diketuai oleh
Putera Raja Paras
dengan Raja Gyanendra selaku penaung. Jawatankuasa ini berkata kerabat diraja telah membelanjakan sejumlah besar dana amanah untuk kepentingan diri selama beberapa tahun untuk membiayai percutian luar negara, majlis mewah, dan ujian kesihatan
Ratu Komal dari Nepal
di
United Kingdom
. Kesahihan hasil siasatan ini turut dipersoal kerana pertubuhan amal ini kini dikelola
bekas pemberontak Maois
.
[21]