Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gula perang
ialah suatu produk gula
sukrosa
dengan warna perangnya yang tersendiri disebabkan kandungan
molasesnya
. Ia gula lembut ditapis separa atau tidak ditapis langsung yang terdiri daripada
hablur
gula dengan kandungan molases yang sedikit sama ada ia dalam bentuk sisa yang tertinggal (gula perang semulajadi) mahupun ditambah kepada
gula
putih yang ditapis (gula perang komersil).
Teks piawaian penghasilan, pengendalian dan keselamatan makanan yang diiktiraf seluruh dunia iaitu
Codex Alimentarius
menetapkan agar gula perang mengandungi sekurang-kurangnya 88% sukrosa termasuk
gula songsang
.
[1]
Gula perang komersial boleh mengandungi dari 4.5% (
gula perang muda
) sehingga 6.5% kandungan molases (
gula perang tua
) berdasarkan
isipadu
penuh produk akhir.
[2]
Gula perang komersial biasa
mengandungi sehingga 10% molases jika mengikut berat penuh.
[3]
Produk ini secara semulajadinya terasa lembap disebabkan sifat
higroskopi
molases, maka ia dilabel sebagai "lembut".
Gula perang seringnya dihasilkan dengan menambahkan molases
tebu
kepada hablur gula putih yang ditapis untuk mengawal nisbah hablur gula dengan lebih terperinci serta menjimatkan kos penghasilan. Produk akhir yang dihasilkan cenderung lebih kasar berbanding jenis mentahnya malah molasesnya boleh dicuci keluar dengan mudah dari hablur gula asal berbanding dengan gula perang mentah yang kelihatan hampir putih meskipun dicuci.