Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi
(
Cina Ringkas
:
?西?族自治?
;
Cina Tradisional
:
廣西壯族自治區
;
pinyin
: Gu?ngx? Zhuangzu Zizhiq?), ialah sebuah
kawasan autonomi
Republik Rakyat China
yang majoriti penduduknya berbangsa
Zhuang
.
Kedudukannya di China selatan, sepanjang sempadannya dengan Vietnam dan rupa bumi bergunung-ganang, menjadikannya salah satu sempadan tamadun China. Sehingga abad ke-20 pun Guangxi masih dianggap kawasan yang luas dan berhutan. "Guang" dalam nama Guangxi bererti "luas", oleh itu sering dikaitkan dengan rantau berkenaan sejak wujudnya Wilayah Guang pada tahun
226
M. Guangxi dikurniakan taraf wilayah pada zaman
Dinasti Yuan
, sebelum dijadikan salah satu daripada lima kawasan autonomi kaum minoriti China pada tahun 1949.
Singkatan wilayah ini berbunyi
桂
(Gui), yang berasal dari nama
Guilin
, iaitu bekas pusat pentadbiran Guangxi yang masih memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan, politik, dan sejarah kawasan ini, di samping merupakan sebuah bandar raya utama.