Green Day
ialah sebuah kumpulan
rock
dari
Amerika Syarikat
yang dianggotai oleh
Billie Joe Armstrong
(penyanyi utama, gitar),
Mike Dirnt
(pemain bes) dan
Tre Cool
(pemain dram) yang ditubuhkan pada tahun 1987. Tre Cool menganggotai kumpulan ini sebahagian besar daripada kerjayanya sebagai pemain dram kumpulan Green Day selepas
John Kiffmeyer
- pemain dram asal kumpulan ini - berhenti untuk melanjutkan pelajaran di
kolej
.
Green Day memperjuangkan genre
punk rock
dan mula bermain di 924 Gilman Street di Berkeley, California. Green Day menandatangani kontrak pertamanya dengan sebuah syarikat rakaman
indie
iaitu
Lookout!Records
. Pada tahun
1994
Green Day muncul dengan album utama mereka yang pertama iaitu
Dookie
dan album itu menjual lebih 10 juta unit di Amerika dan menjual lebih 15 juta unit secara keseluruhan. Dengan penjualan album itu Green Day telah menjadi antara kumpulan
punk rock
yang berjaya setanding dengan kumpulan-kumpulan
punk rock
yang lain seperti
The Offspring
dan
Rancid
. Green Day muncul dengan tiga lagi album selepas itu -
Insomniac
,
Nimrod
dan
Warning
, tetapi kesemua album itu tidak dapat jualan yang baik seperti album pertama mereka
Dookie
. Pada tahun
2004
, Green Day muncul semula dengan album yang berkonsepkan
rock opera
American Idiot
dan dengan album ini Green Day kembali popular terutamanya dengan peminat yang lebih muda. Di Amerika album
American Idiot
menjual 5 juta unit. Pada bulan
Mei
tahun
2009
, Green Day akan muncul dengan album ke-lapan mereka iaitu
21st Cetury Breakdown
.
Secara keseluruhan Green Day telah menjual lebih 65 juta unit termasuk 22 juta unit yang terjual di Amerika. Green Day telah memenangi tiga
Anugerah Grammy
;
Album Alternatif Terbaik
untuk album
Dookie
,
Album Rock Terbaik
untuk
album
American Idiot
dan
Rekod Of The Year
untuk
lagu
Boulevard of Broken Dreams
.
Penubuhan dan Era Lookout!:1987-1993
[
sunting
|
sunting sumber
]
Pada tahun
1987
,
Billie Joe Armstrong
dan
Mike Dirnt
, berumur 15 tahun pada masa itu, menubuhkan sebuah kumpulan bernama Sweet Children. Persembahan pertama Sweet Children berlaku pada 17
Oktober
1987 di Rod's Hickory Pit di
Vallejo
,
California
dimana ibu Billie pernah bekerja. Pada tahun
1988
, Billie dan Mike mula bekerja dengan bekas pemain dram
Isocracy
,
John Kiffmeyer
atau lebih dekenali dengan nama Al Sobrante. John bukan sahaja bekerja sebagai pemain dram kumpulan itu tetapi beliau jugalah yang menolong kumpulan itu menempah tempat-tempat untuk kumpulan itu membuat persembahan sambil membentuk peminat mereka sendiri.
Larry Livermore
, pemilik syarikat
Lookout!Records
menyaksikan persembahan kumpulan itu dan menawarkan mereka kontrak rakaman. Pada tahun
1989
, mereka merakamkan
EP
pertama mereka,
1,000 hours
. Sebelum
1,000 hours
dikeluarkan, kumpulan itu menggugurkan nama Sweet Children supaya tidak keliru dengan satu lagi kumpulan di daerah yang sama iaitu,
Sweet Baby
. Oleh itu mereka menukarkan nama kepada Green Day sempena kegemaran mereka kepada
marijuana
.
Lookout kemudian menerbitkan
LP
pertama Green Day,
39/smooth
pada awal
1990
. Green Day kemudian menghasilkan 2 lagi
EP
pada tahun itu iaitu:
Slappy
dan
Sweet Children
, dimana EP kedua mereka mangandungi lagu-lagu lama yang pernah dirakamkan dengan syarikat
indie
Skene!Records. Pada tahun
1991
,
Lookout!Records
menerbitkan
1039/Smoothed Out Slappy Hours
, sebuah kompilasi daripada
EP
mereka iaitu:
39/smooth
,
Slappy
dan
1,000 hours
. Pada akhir tahun
1990
,
John Kiffmeyer
meninggalkan kumpulan Green Day untuk melanjutkan pelajaran di
kolej
. Oleh itu pemain dram kumpulan
The Lookout
,
Tre Cool
mengisi tempat John sebagai pemain dram sementara tetapi apabila John kelihatan seperti tidak akan kembali dengan Green Day,
Tre Cool
diambil sebagai pemain dram tetap kumpulan Green Day. Sebahagian besar tahun
1992
dan
1993
, Green Day melawat dan membuat persembahan di banyak tempat di
Eropah
. Green Day menghasilkan
album
kedua mereka,
Kerplunk
yang dapat dijual 50 ribu unit di Amerika, satu penjualan yang dianggap besar untuk sebuah kumpulan
punk rock
bebas pada tahun
1992
.
Dengan penjuallan besar album
Kerplunk
, Green Day telah berjaya memikat banyak syarikat rakaman utama dan akhirnya mereka meninggalkan
Lookout!Records
dan menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat rakaman utama,
Reprise Records
. Green Day kemudiannya mengeluarkan album utama pertama mereka,
Dookie
pada
Februari
1994
dan Green Day hanya memerlukan 3 minggu sahaja untuk merakamkan album tersebut.
Album
Dookie
membuatkan Green Day semakin berjaya dengan lagu-lagu dari album itu seperti 'Longview', 'Basket Case' dan 'When I Come Around' menduduki tempat pertama di carta
Modern Rock Tracks
. Pada tahun itu juga Green Day telah membuat banyak persembahan dengan banyak artis seperti
Pansy Division
dan di banyak tempat seperti di
Boston
Esplanade,
Lollapalooza
festival dan
Woodstock 1994
. Dengan persembahan mereka Green Day telah memikat ramai peminat sehingga album
Dookie
mencapai status diamond dan pada tahun
1995
,
Dookie
memenangi
Anugerah Grammy
untuk
Album Alternatif Terbaik
. Album
Dookie
juga telah dicalonkan untuk 9 anugerah di
MTV Video Music Awards
. Pada tahun
1995
juga Green Day telah mengeluarkan single bertajuk 'J.A.R' dan single itu terus menduduki tempat pertama di carta Billboard
Modern Rock Tracks
.
Green Day mengeluarkan album seterusnya,
Insomniac
pada tahun
1995
. Album
Insomniac
berlainan dengan album
Dookie
yang lebih pop dengan muzik dan konsep untuk album
Insomniac
lebih kepada rock. Walaubagaimanapun album tersebut tetap berjaya dijual dengan baik tetapi tidak sebaik dengan album
Dookie
dengan penjualan 2 juta unit di Amerika. Album itu berjaya mendapatkan Green Day pencalonan di
American Music Awards
pada tahun
1996
dan video 'Walking Contradiction' telah dicalonkan di
Anugerah Grammy
untuk Video Terbaik dan juga dicalonkan di
MTV Video Music Awards
untuk Kesan Video Terbaik. Pada tahun itu juga Green Day telah membatalkan rancangan untuk membuat persembahan di seluruh Eropah kerana kepenatan.