한국   대만   중국   일본 
Grafik komputer - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Grafik komputer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
" Teko Utah " ( Utah teapot ), salah satu contoh imej grafik komputer terkenal direkakan di Universiti Utah tahun 1975.

Grafik komputer ( bahasa Inggeris : computer graphics ) ialah sebahagian daripada sains komputer yang berkaitan dengan pembuatan dan manipulasi gambar (visual) secara digital melalui peranti komputer. [1] Bentuk perantaraan grafik komputer ialah grafik komputer 2D yang kemudian berkembang menjadi grafik komputer 3D , pemprosesan imej , dan pengecaman pola . Grafik komputer sering dikenali juga dengan istilah visualisasi data.

Aplikasi grafik komputer [ sunting | sunting sumber ]

Grafik komputer boleh digunakan di pelbagai bidang kehidupan, bermula daripada bidang seni, sains, perniagaan, pendidikan dan juga hiburan. Berikut ialah bidang aplikasi tertentu dari grafik komputer:

  • Antara muka pengguna ( Graphical User Interface - GUI)
  • Peta
  • Kesihatan
  • Reka bentuk objek ( Computer Aided Design - CAD)
  • Sistem multimedia
  • Persembahan grafik
  • Persembahan saintifik
  • Pemprosesan imej
  • Simulasi

Pembahagian bidang ilmu grafik komputer [ sunting | sunting sumber ]

Bahagian grafik komputer meliputi:

  • Geometri : mempelajari cara menggambarkan permukaan bidang
  • Animasi : mempelajari cara menggambarkan dan memanipulasi gerakan
  • Rendering : mempelajari algoritma untuk memaparkan kesan cahaya
  • Pengimejan : mempelajari cara pengambilan dan penyuntingan gambar.

Geometri [ sunting | sunting sumber ]

Bidang geometri mempelajari perwakilan objek tiga-dimensi dalam tetapan digital diskret. Disebabkan gambaran objek sebahagian besar bergantung kepada bahagian luarnya, perwakilan tepi banyak digunakan. Permukaan dua dimensi ialah perwakilan yang baik bagi sebahagian besar objek.

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "grafik". Kamus Komputer Sekolah Menengah . Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 19-20. ISBN   967-65-1306-7 . CS1 maint: uses authors parameter ( link )
  • Suyoto. Teori dan Pemrograman Grafika Komputer , 2003. Penerbit Gava Media.