Giuseppe Piazzi
(
7 Julai
1746
-
22 Julai
1826
) merupakan rahib
theatine
,
ahli matematik
, dan
ahli astronomi
. Beliau di lahirkan di
Ponte in Valtellina
, dan meninggal di
Naples
. Beliau bertanggung jawab menubuhkan balai cerap di
Palermo
.
Pada
1 Januari
,
1801
, Piazzi telah menemui cahaya bintang yang bergerak di angkasa. Pada mulanya beliau beranggapan ia adalah sebuah bintang, tetapi apabila beliau mendapati ia bergerak, beliau akhirnya pasti bahawa ia merupakan sebuah planet, atau seperti yang dipanggil beliau "sebuah bintang baru".
Di dalam jurnal, beliau menulis: "Cahaya tersebut kelihatan agak samar, dan warnanya seperti warna planet
Musytari
, tetapi sama seperti yang lain yang mana kebiasaanya dikira dengan
magnitud
lapan. Jadi saya tidak ragu-ragu bahawa ia adalah salah satu dari pada bintang tetap. Pada petang yang kedua saya mengulangi pemerhatian saya, dan mendapati ia tidak secocok pada masa atau jarak dari zenit pemerhatian saya yang sebelumnya, Saya mula tertanya tentang ketepatannya. Selepas itu saya mengesyaki bahawa ia berkemungkinan adalah sebuah bintang baru. Pada petang ketiga, rasa syak saya bertukar menjadi kepastian, bahawa ia bukanlah sebuah bintang tetap. Walau bagaimanapun sebelum saya mengumumkannya, saya menunggu sehingga petang keempat, apabila saya berpuashati melihat ia bergerak pada kadar yang sama dengan hari yang sebelumnya."
Meskipun beliau menganggap ia merupakan sebuah planet, beliau mengambil jalan konservatif dan mengumumkannya sebagai sebuah
komet
. Didalam surat kepada ahli astronomi
Barnaba Oriani
di
Milan
beliau menyatakan rasa syaknya dengan menulis:
"Saya telah mengumumkan bahawa ia adalah sebuah komet, tetapi oleh kerana ia tidak di sertai oleh apa-apa nebulosity dan, disamping, oleh kerana pergerakkannya adalah terlalu perlahan dan agak seragam, ia berlaku beberapa kali kepada saya bahawa ia berkemungkinan adalah lebih dari hanya sebuah komet. Tetapi saya berhati-hati untuk tidak membuat anggapan ini kepada orang ramai."
Beliau tidak dapat memerhatikan dengan lebih lama kerana ia hilang di bawah pancaran cahaya
Matahari
. Kerana tidak dapat mengira
orbitnya
dengan kaedah yang ada, ahli matematik terkenal
Carl Friedrich Gauss
telah mengembangkan kaedah baru bagi pengiraan orbit yang membenarkan ahli astronomi untuk mengesan ia kembali. Apabila orbitnya telah dikenalpasti, jelas bahawa tenggapan Piazzi adalah betul correct dan objek tersebut bukan merupakan komet tetapi lebih kepada sebuah
planet
kecil. Kebetulan, ia juga hampir menepati dimana
hukum Titius-Bode
meramal dimana planet itu patut berada.
Piazzi menamakan ia sebagai "Ceres Ferdinandea", bersempena
Roman
dan
dewi bijian
orang Sicilian dan
King Ferdinand IV
of
Naples
dan
Sicily
. Bahagian perkataan Ferdinandea telah dimansuhkan kemudiannya kerana sebab-sebab politik.
Ceres
telah menjadi
asteroid
pertama, dan terbesar yang terdapat dilingkungan
Asteroid Belt
. Walau bagaimanapun, dibawah terma 2006
resolusi IAU
, Ceres boleh dipanggil
planet kerdil
.
Pada
1923
, astroid ke-1000 yang di nomborkan telah diberi nama
1000 Piazzia
sebagai penghargaan keatas beliau. Dan baru-baru ini, bentuk
albedo
besar, yang berkemungkinan adalah
kawah
, yang di gambarkan oleh
Teleskop Angkasa Hubble
pada Ceres, secara tidak rasminya dipanggil 'Piazzi'.
Sumber Rujukan:
Cunningham, C. J. (2001): The First Asteroid. Star Lab Press
ISBN 0-9708162-2-7
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Kamus biografi
| |
---|
Pangkalan data saintifik
| |
---|
Lain-lain
| |
---|