Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gerhard Ertl
(lahir 10 Oktober 1936) merupakan seorang
ahli fizik
Jerman dan seorang Profesor
emeritus
di Jabatan Kimia Fizikal, Fritz-Haber-Institut der Max-Planck-Gesellschaft di
Berlin
,
Jerman
. Penyelidikan Ertl meletakkan asas kimia permukaan moden, yang telah membantu menjelaskan bagaimana sel-sel bahan api menghasilkan tenaga tanpa pencemaran, bagaimana penukar
pemangkin
membersihkan ekzos kereta dan juga mengapa karat besi, kata Royal Swedish Academy of Sciences.
Hasil kerja beliau telah membuka jalan bagi pembangunan sumber tenaga bersih dan akan membimbing pembangunan sel bahan bakar, kata Astrid Graslund, setiausaha Jawatankuasa Nobel Kimia.
Beliau telah dianugerahkan
Hadiah Nobel dalam Kimia
2007 untuk mengkaji proses kimia pada permukaan pepejal. Akademi Nobel berkata Ertl memberikan penerangan terperinci bagaimana tindak balas kimia berlaku pada permukaan. Penemuannya digunakan dalam kajian akademik dan pembangunan perindustrian, kata akademi itu. "Kimia permukaan juga boleh menjelaskan kemusnahan lapisan ozon, kerana langkah-langkah penting dalam tindak balas sebenarnya berlaku pada permukaan kristal kecil ais di stratosfera," kata penghargaan itu.
Pada tahun 2015, Ertl menandatangani Deklarasi Mainau 2015 mengenai Perubahan Iklim pada hari terakhir Mesyuarat Pencapaian Nobel Lindau ke-6. Perisytiharan tersebut telah ditandatangani oleh sejumlah 76 Pemenang Hadiah Nobel dan diserahkan kepada Presiden Republik Perancis,
Francois Hollande
, sebagai bahgian dari pertemuan iklim COP21 yang berjaya di Paris.
[2]
- ^
Laureates of the Japan Prize
. japanprize.jp
- ^
"Mainau Declaration"
.
www.mainaudeclaration.org
. Dicapai pada
2018-01-11
.
|
---|
1901?1925
| | |
---|
1926?1950
| |
---|
1951?1975
| |
---|
1976?2000
| |
---|
2001?kini
| |
---|
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Kamus biografi
| |
---|
Pangkalan data saintifik
| |
---|
Lain-lain
| |
---|