Gereja Kristian Ortodoks Timur
atau
Kristian Ortodoks
adalah salah satu mazhab dalam agama
Kristian
, dan merupakan kedua terbesar di dunia selepas
Gereja Katolik Rom
. Ia aliran Kristian kedua terbesar di dunia
[a]
[1]
[2]
dianggotai 300 juta penganut
dibaptiskan
di seluruh dunia banyak tinggal di
Rusia
,
Yunani
,
Eropah Timur
dan
Timur Tengah
sampai sejauh
Jepun
dan
Indonesia
; ia banyak mempengaruhi sejarah dan budaya sepanjang zaman rantau-rantau ini.
Aliran ini ditadbir secara mengumpulkan seberapa gereja yang
swakepala
dikerusikan
uskup
dilantik
sinod
,
[4]
uskup-uskup ini tiada wewenang kuasa yang setaraf
Paus
menguasai
Gereja Katolik
namun Paus Katolik tetap dianggap penghulu paling kanan tapi sama taraf dalam kalangan ketua gereja Kristian (
primus inter pares
) menurut Patriak Sarwabangsa Kustantiniyah.
[5]
[6]
[7]
[8]
Pada mulanya penganut Kristian merujuk Gereja (agama) mereka sebagai "Satu, Suci, Katolik (daripada perkataan Greek καθολικ?, atau sejagat) dan Gereja Hawariyun". Akan tetapi berlaku
Perpecahan Timur-Barat
pada abad ke-11 yang menyaksikan Gereja Ortodoks Timur berpisah daripada Gereja Katolik dan pihak berkuasa di Rom.
Istilah "Ortodoks" diterjemahkan daripada perkataan Greek yang bermaksud "mempercayai dengan betul" atau "memuliakan Tuhan dengan betul" (daripada adjektif orthos = benar dan kata kerja dokeo = Saya percaya atau kata nama doxa = mulia) dan diguna pakai oleh Gereja ini untuk membezakannya dengan mazhab Kristian yang lain.
Penganut Kristian Ortodoks melakukan ibadat mengikut ritual dari pengaruh gereja
Byzantine
. Selama 1,000 selepas agama Kristian diasaskan, lima wilayah iaitu
Baitulmaqdis
,
Alexandria
,
Antioch
,
Rom
dan
Konstantinople
mengikuti ajaran Kristian yang sama. Perkembangan politik dan jatuhnya
Empayar Rom
di barat kepada bangsa Jerman mengakibatnya terputusnya komunikasi antara gereja di Rome dan gereja di timur (Baitulmaqdis, Alexandria, Antioch dan Konstantinople).
Pada tahun 1054, utusan Paus Rom ke Konstantinople
mengucilkan
(
excommunicate
) Gereja Konstantinople yang dibalas oleh Gereja Konstantinople dengan tindakan serupa. Kedua-dua gereja mendakwa mereka di pihak yang benar dan berlakulah perpisahan dalam agama Kristian dengan kedua-dua gereja memisahkan diri mereka.
Apa yang menyatukan mazhab ini ialah teologinya, walaupun terdapat variasi gaya yang bergantung kepada negara asal dan adat tempatan. Adat tempatan ini dipanggil perbezaan dalam tipika dan diterima oleh pemimpin gereja kerana ia tidak dilihat sebagai bertentangan secara teologinya dengan ajaran asas Gereja Ortodoks Timur.
Oleh itu kita boleh melihat banyak Gereja Ortodoks Timur mengambilpakai gelaran kebangsaan seperti Ortodoks Yunani, Ortodoks Rusia, Ortodoks Romania, Ortodoks Serbia dan sebagainya. Gelaran ini berfungsi membezakan bahasa,
uskup
dan
tipika
mana yang diikuti oleh jemaah tertentu. Jemaah Gereja selalunya bersatu dalam kepercayaan tanpa mengira kerakyatan. Perbezaan selalunya sedikit dan ia melibatkan aturan
gita puja
yang dinyanyikan atau semasa kebaktian tertentu dibuat. Pada umumnya, pengikut Kristian Ortodoks Timur boleh berjalan ke seluruh dunia dan masih mengikuti kebaktian yang sama dilakukan setiap hari Ahad walaupun mereka tidak faham bahasa yang digunakan.
- ^
Protestantism
, as a whole, is not a single church, and not a single denomination
- ^
Johnson, Todd M.
"Status of Global Christianity, 2019, in the Context of 1900?2050"
(PDF)
. Center for the Study of Global Christianity.
- ^
Parry, Ken; Melling, David J.; Brady, Dimitri; Griffith, Sidney H.; Healey, John F., penyunting (1 September 2017) [1999]. "Eastern Orthodox".
The Blackwell Dictionary of Eastern Christianity
. Oxford, UK: Blackwell Publishing Ltd. m/s. 170.
doi
:
10.1002/9781405166584
.
ISBN
978-1-4051-6658-4
.
The Eastern Orthodox are the second largest Christian communion, exceeded in members only by the Roman Catholic communion.
- ^
"BBC ? Religions ? Christianity: Eastern Orthodox Church"
.
BBC
.
- ^
"The Patriarch Bartholomew"
.
60 Minutes
.
CBS
. 20 December 2009
. Dicapai pada
26 June
2021
.
- ^
"Biography ? The Ecumenical Patriarchate"
.
Ecumenical Patriarchate
. Dicapai pada
11 December
2019
.
- ^
Winfield, Nicole; Fraser, Suzan (30 November 2014).
"Pope Francis Bows, Asks For Blessing From Ecumenical Patriarch Bartholomew In Extraordinary Display Of Christian Unity"
.
Huffington Post
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 17 March 2016
. Dicapai pada
11 December
2019
.
- ^
Finding Global Balance
. World Bank Publications. 2005. m/s.
119
. Dicapai pada
2 August
2015
.
His All Holiness is the spiritual leader of 300 million Orthodox Christians worldwide
- Sumber
- Pogadaev, V. A.
"The Orthodox Church in Indonesia". in Nusantara. South-East Asia. Collection of Materials. Vol. 3. St-Petersburg, 2002, p. 89-91.