Genom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam biologi , genom (Inggeris: genome ) adalah keseluruhan maklumat keturunan suatu makhluk hidup yang dikod ke dalam DNA (atau RNA untuk sesetengah virus), baik yang merupakan gen ataupun bukan . Genom mencakupi semua maklumat genetik yang dibawa DNA, baik di inti sel , mitokondrion , mahupun plastida . Setiap spesies makhluk hidup memiliki paket genom yang berbeza-beza, yang menjelaskan mengapa perkahwinan silang antara dua spesies boleh menghasilkan keturunan yang mandul . Istilah genom ini dicipta pada 1920 oleh Hans Winkler , seorang profesor botani di Universiti Hamburg , Jerman, sebagai kata lakur dari perkataan gen dan kromos om [1] .

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Joshua Lederberg and Alexa T. McCray (2001). " ' Ome Sweet 'Omics -- A Genealogical Treasury of Words". The Scientist . 15 (7).
    Salinan dalam talian: pdf Diarkibkan 2006-09-29 di Wayback Machine