Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Askar-askar
gendarme
Perancis
bermotosikal di Lorong Vernet, berhampiran
Champs-Elysees
,
Paris
Kavalri
Pengawal Republikan Perancis
, gendarmerie, pada perarakan
Anggota gendarmerie Itali,
Carabinieri
, sedang melakukan tugas di
Florence
Gendarmerie
(
atau
) ialah sebuah pasukan
tentera
yang diberi tugas-tugas
polis
bagi menjaga ketenteraman awam.
[1]
Anggotanya dipanggil
gendarme
. Ia suatu cabang ketenteraan yang khusus di
Perancis
, bekas-bekas jajahannya (seperti
Lubnan
,
Syria
,
Pantai Gading
dan
Congo
) serta seberapa negara serantau
zaman perang Napoleon
[2]
bertanggungjawab menjaga keamanan dalam negeri terutamanya di kawasan desa pedalaman dan kota-kota kecil dengan tugas tambahan sebagai
polis tentera
.
[3]
Gendarmeri diperkenalkan ke beberapa Pada pertengahan abad ke-12, sejumlah bekas
wilayah perwalian
atau jajahan Prancis atau
Pasukan polis sivil moden masih mengekalkan gelaran "gendarmerie" atas sebab-sebab sejarah.
Perkataan
gendarmerie
terbitan kata dasar
gendarme
berasal daripada
Perancis Lama
gens d'armes
, bermakna
lelaki bersenjata
.
[4]
Sewaktu
zaman lewat pertengahan
hingga
zaman awal moden
, istilah tersebut dirujuk sebagai askar perisai berkuda keturunan bangsawan, dengan banyaknya berkhidmat didalam tentera darat Perancis (lihat
Gendarme (sejarah)
). Perkataan tersebut mendapat konotasi kepolisan hanya selepas
Revolusi Perancis
apabila pihak Marechaussee dari
Rejim Purba
dinamakan semula Gendarmerie.
Mengikut sejarah, ejaan dalam bahasa Inggeris ialah
gendarmery
, tetapi sekarang orang Perancis mengejanya
gendarmerie
. Kamus
Oxford English Dictionary
(
OED
) menggunakan
gendarmery
sebagai ejaan utama; manakala kamus
Merriam-Webster
menggunakan
gendarmerie
sebagai ejaan utama.