Gempa bumi Yogyakarta Mei 2006
adalah sebuah
gempa bumi
tektonik
yang kuat yang menggoncang
Daerah Istimewa Yogyakarta
dan
Jawa Tengah
pada
27 Mei
2006
pada sekitar pukul 05.55
WIB
selama 57 saat. Gempa bumi tersebut berkekuatan 5.9 pada
skala Richter
.
Survei Geologi Amerika Syarikat
melaporkan 6.2 pada skala Richter.
[1]
Menurut laporan terakhir daripada
Jabatan Sosial Republik Indonesia
pada
1 Jun
2006
, bilangan korban yang maut berjumlah 6,234 orang
[2]
dengan perincian seperti yang berikut:
Di samping itu, jumlah korban yang mengalami kecederaan parah adalah 33,231 orang, dengan lagi 12,917 orang yang menderita kecederaan yang ringan. Kabupaten Bantul merupakan daerah yang mengalami pengorbanan yang paling teruk, dengan sebanyak 7,057 buah rumah di daerah ini roboh.
Lokasi dan kerosakan yang diakibatkan
[
sunting
|
sunting sumber
]
Menurut Badan Geologi
Jabatan Tenaga dan Sumber Daya Galian Republik Indonesia
, lokasi gempa bumi berada pada
latitud
8.007° S dan
longitud
110.286° T, dengan kedalamannya 17.1 kilometer. Sebaliknya,
BMG
memberikan kedudukan
pusat gempar
pada koordinat 110.31° S dan 8.26° T dengan kedalamannya 33 kilometer, manakala
USGS
memberikan koordinat 7.977° S dan 110.318 T pada kedalaman sebanyak 35 kilometer. Hasil tersebut yang berbeza diakibatkan oleh kaedah dan peralatan yang berlainan. Secara umum, kedudukan gempa bumi berada pada sekitar 25 kilometer di selatan-barat daya Yogyakarta, 115 kilometer di selatan
Semarang
, 145 kilometer di selatan-tenggara
Pekalongan
dan 440 kilometer di timur-tenggara
Jakarta
. Walaupun
hipopusat
gempa bumi berada di
laut
, ia tidak mengakibatkan
tsunami
. Gempa bumi tersebut juga dapat dirasakan di
Solo
,
Semarang
,
Purworejo
,
Kebumen
, dan
Banyumas
. Getaran juga dapat dirasakan di sebilangan bandar di provinsi
Jawa Timur
, seperti
Ngawi
,
Madiun
,
Kediri
,
Trenggalek
,
Magetan
,
Pacitan
,
Blitar
, dan
Surabaya
.
Gempa bumi susulan terjadi beberapa kali, umpamanya pada pukul 06:10
WIB
, 08:15 WIB, dan 11:22 WIB. Gempa bumi tersebut mengakibatkan kemusnahan banyak rumah dan bangunan pejabat serta infrastruktur eletrik dan komunikasi bahkan sehingga tujuh jam selepas gempa bumi, banyak tempat di
Bantul
masih tidak mendapat bekalan eletrik.
Gempa bumi juga mengakibatkan
Lapangan Terbang Adi Sutjipto
ditutup, akibat gangguan komunikasi serta juga kerosakan bangunan dan
landasan kapal terbang
sehingga buat sementara, pengangkutan udara dialihkan ke
Lapangan Terbang Achmad Yani
di
Semarang
dan
Lapangan Terbang Adisumarmo
di Solo.
Bangunan-bangunan yang mengalami kerosakan yang agak teruk termasuk:
Bagaimanapun,
Candi Borobudur
yang terletak tidak jauh dari tempat gempa bumi tidak mengalami banyak kerosakan.
Lokasi
Indonesia
yang terletak di antara tiga
plat tektonik
yang utama di dunia, iaitu
plat Australia
,
plat Eurasia
dan
plat Pasifik
serta juga di dalam
Lingkaran Api
telah mengakibatkan Indonesia kerap kali dilanda oleh bencana
gempa bumi
dan letupan
gunung berapi
. Sebelum gempa bumi ini,
gempa bumi di Sumatera
pada
28 Mac
2005
mengorbankan 361 orang, manakala
gempa bumi dan tsunami
di
Aceh
pada
26 Disember
2004
mengorbankan 129,498 orang, dengan sebanyak 37,606 orang hilang.
Walaupun semasa gempa bumi ini berlaku,
Gunung Merapi
yang juga berada di sekitar daerah tersebut sedang meletup, para pakar telah menyatakan bahawa kedua-dua peristiwa ini tidak saling berkait sebagai suatu sebab-akibat. Hal ini ditunjukkan oleh ketiadaan anomali aktiviti yang mencolok selepas gempa bumi.
Selepas peristiwa tersebut, Presiden
Susilo Bambang Yudhoyono
dengan segeranya memerintah
Panglima TNI
Djoko Soeyanto
supaya mengerahkan sebuah pasukan di Yogyakarta dan di sekitarnya untuk melaksanakan tugas-tugas kecemasan. Rombongan presiden sendiri terus terbang pada petang yang sama dan menginap malam itu juga di Yogyakarta.
Naib Presiden
Jusuf Kalla
mengatakan bahawa beberapa negara sudah memberikan komitmen bantuan, antaranya:
Persatuan Palang Merah Antarabangsa
,
Persatuan Bulan Sabit Merah
,
OXFAM
dan
UNICEF
memberikan sejumlah khemah dan bekalan kecemasan kepada para korban, dengan
Jepun
,
Singapura
dan
Malaysia
menurunkan pasukan-pasukan kecemasan ke wilayah bencana.
Sementara itu pada
27 Mei
,
Paus Benediktus XVI
yang sedang melawat
Poland
menyampaikan dukacita mendalam kepada korban gempa bumi di Yogyakarta dan berharap bahawa pasukan-pasukan penyelamat akan terus berusaha untuk melakukan tugas-tugas pertolongan. Kenyataan dukacita Paus itu disampaikan melalui
telegram
kepada setiausahanya, Kardinal Angelo Sodano.
Tidak kalah pentingnya adalah kedinamikan dan empati masyarakat Yogyakarta yang membantu di wilayah bencana. Bantuan ini terus berlangsung sehingga tahap pemulihan dan pembinaan semula diumumkan. Sebahagian besar kakitangan akademik daripada berbagai-bagai universiti juga mendirikan pos bantuan kemanusiaan. Pusat-pusat pengajian daripada berbagai-bagai universiti juga terlibat dalam penanggulangan bencana ini, antaranya Pusat Pengajian Pengurangan Bencana ITB Bandung, Pusat Pengajian Pengurusan Bencana UPN Veteran Yogyakarta, Pusat Pengajian Bencana Alam UGM, dan CEEDED
Universiti Islam Indonesia
.
Awan gempa
Gempa bumi di Indonesia
|
---|
Abad ke-20
| |
---|
2000-an
| |
---|
2010-an
| |
---|
2020-an
| |
---|