Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pada
25 Oktober 2010
, sebuah
gempa bumi
bermagnitud
7.7
[4]
berlaku di tepi pantai
Sumatera
,
Indonesia
. Pihak
Pemantauan Geologi Amerika Syarikat
(USGS) menyatakan bahawa gempa bumi itu berlaku pada jam 9:42 malam waktu tempatan (14:42
UTC
), kira-kira 150 batu (240 km) di
Bengkulu
, berdekatan
Kepulauan Mentawai
. USGS mula-mula melaporkan bahawa kedalaman
pusat gempa
adalah 20.5 batu (33.0 km),
[5]
kemudian mengubahnya ke 8.8 batu (14.2 km) deep
[6]
dan akhirnya 12.8 batu (20.6 km).
Pada 25 Oktober 2010, sebuah
gempa bumi
bermagnitud
7.7
M
w
[4]
berlaku di pantai barat
Sumatra
,
Indonesia
pada jam 21:42 waktu tempatan (14:42
UTC
).
[7]
Gempa ini berlaku di sesar sama yang menyebabkan
gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi
pada tahun 2004. Gempa bumi kali ini terasa di merata provinsi
Bengkulu
dan
Sumatra Barat
, dan menyebabkan sebuah
tsunami
besar yang melanda
Kepulauan Mentawai
.
[8]
Kebanyakan kampung di pulau ini terjejas oleh tsunami yang mencapai ketinggian 3m (9 kaki) dan melanda daratan sejauh 600m (1800 kaki) ke pedalaman. Tsunami ini menyebabkan kemusnahan berleluasa yang menjejaskan 4,000 rumah tangga, termasuk merampas tempat tinggal 20,000 orang. Sekitar 435 orang dilaporkan terkorban, sekurang-kurangnya 270 cedera,
[3]
dan ratusan lagi yang hilang.