Gempa bumi Bengkulu 2007
mula terjadi pada hari Rabu, 12 September 2007 jam 6.10 malam.
Gempa bumi
pertama terjadi dengan kekuatan 8.4
skala Richter
di 155 km barat daya
Bengkulu
, selatan
Sumatera
dan 718 km dari
Johor Bahru
[3]
. Amaran
tsunami
telah dikeluarkan untuk gempa ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia
menyatakan lokasi gempa bumi itu ialah di 4.5` Selatan dan 101` Timur.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik
di
Hawaii
,
Amerika Syarikat
menyatakan gempa bumi 7.9 skala richter itu boleh mendatangkan ombak besar,
tsunami
sebagaimana
tsunami
pada
26 Disember
2004
yang membunuh 230,000 di pelbagai negara. Pantai barat
Semenanjung Malaysia
,
pulau Nicobar
,
pulau Cocos
,
pulau Andaman
,
pulau Christmas
,
Australia
,
Sri Lanka
dan
India
mungkin terjejas.
Amaran tsunami ditarik balik apabila ombak setingi 1 - 3 meter berlaku di Padang, Sumatera. Ketinggian tsunami kecil itu tidaklah berbahaya. Jurucakap Presiden,
Andi Mallarangeng
menyatakan seorang terbunuh di Bengkulu.
Tentera Nasional Indonesia
dikerah bagi membantu mangsa gempa bumi itu. Stesen televisyen
Metro TV
melaporkan beberapa bangunan runtuh dan terbakar.
Gempa bumi itu dirasakan hingga ke
Johor Bahru
,
Lembah Kelang
dan di
Kedah
. Pekerja di
Wisma Antara
,
Indonesia
merasakan bangunan itu bergoyang dan bergegas turun melalui tangga kecemasan. Penduduk di kondominium
Bukit Saujana
,
Taman Desa Cemerlang
, rumah pangsa
Bukit Cagar
dan di
Gelang Patah
turut merasa gegaran itu. Mereka agak terkejut dan pening. Pekerja di
Menara Petronas
turut bergegas turun dan terus pulang ke rumah.
Mohd Rosaidi Che Abas
, Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia
masih memantau dan mengikuti perkembangan di Indonesia.
[4]
Lebih kurang 14 jam selepas gempa kuat yang melanda wilayah kepulauan Indonesia, satu lagi gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 pada
skala Richter
berlaku di Bengkulu, selatan Sumatera pada pukul 7.40 pagi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di latitud 2.7 selatan dan longtitud 100.7 timur, 575km barat daya
Johor Bahru
.
Terdapat laporan mengenai gegaran berkenaan turut dirasai di pantai barat Semenanjung Malaysia tetapi tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada Malaysia ekoran gegaran kedua itu.
Kemudian, satu lagi gempa berlaku di Sulawesi pada pukul 5.48 petang dan ketiga di negara kepulauan Asia Tenggara itu dalam tempoh 22 jam. Gempa bumi terbaru berukuran 6.4 pada skala Richter itu pada mulanya dikhuatiri menyebabkan tsunami tetapi jangkaan itu kemudian ditarik balik oleh Agensi Meteorologi Indonesia.
Setakat ini, tiada kemusnahan dan kehilangan jiwa dilaporkan akibat gempa bumi terbaru ini tetapi gempa semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 10 maut sementara berpuluh-puluh yang lain dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Gempa bumi tersebut berpusat pada kedalaman 30 kilometer di bawah dasar laut di satu kawasan di tengah laut yang terletak kira-kira 290 kilometer ke timur laut Bitung iaitu pelabuhan utama di utara Sulawesi.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula menyatakan gempa bumi yang dicatatkan berlaku pada pukul 5.48 petang (sama waktu dengan Malaysia) itu berukuran 6.6 Richter.
Pagi ini satu gempa bumi berukuran 7.8 Richter telah menggemparkan penduduk di rantau Asia Tenggara apabila amaran tsunami dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Ia merupakan susulan kepada gempa berukuran 8.4 Richter yang berlaku pada pukul 7.10 petang semalam di Kepulauan Mentawai, Sumatera.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 10 penduduk dilaporkan terbunuh sementara 49 lain cedera akibat gempa bumi yang menyebabkan gegaran pada bangunan tinggi di sekurang-kurangnya tiga buah negara di rantau ini.
Selain Indonesia, antara negara yang melaporkan kesan gegaran ialah Malaysia, Singapura dan Thailand.
Lebih 15,000 rumah dan bangunan runtuh , 23 kematian dan 88 cedera selepas 40 gegaran gempa bumi melanda pantai
Bengkulu
,
Padang
dan barat
Sumatera
sejak
13 September
-
15 September
2007.
Di
Bengkulu
hampir 2000 rumah ranap dan 4000 lagi rosak teruk. Lebih 90 hospital dan klinik rosak teruk.100 buah masjid dan 20 sekolah habis musnah.
Helikopter
Hercules
milik
Tentera Nasional Indonesia
menggugurkan bungkusan makanan ke pulau-pulau di
Mentawai
, luar pesisir pantai barat Sumatera kerana jalan lain terputus.
John Galetzka
dari
Institut Teknologi California
semakin pasri gempa bumi dan tsunami sedahsyat
Tsunami 2004
akan berlaku tidak lama lagi.
22 tsunameter akan dipasang di dasar Lautan Hindi. Tsunameter atau boya DART 2 ini tajaan Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika (USAID), Program Sistem Amaran Tsunami Di Lautan Hindi (IOTWS) , Agensi Oseanografi dan Atmosfera Kebangsaan Amerika (NOAA) dengan kebenaran Indonesia akan dipasang secepat mungkin.4 buah boya ATLAS untuk pemantauan perubahan iklim akan turut dipasang.
Boya Penilaian dan Laporan Tsunami Laut Dalam (DART 1) telah dipasang sebelum ini. Tsunameter atau boya DART ini dimajukan oleh Makmal Alam Sekitar Marin Pasifik NOAA di Seattle, Washington.
Lokasi boya ini tepat pada garisan Khatulistiwa iaitu 00` Utara dan 890` Barat. Iaitu di luar pantai Padang, Sumatera. Boya ini akan dikendalikan bersama oleh Pentadbiran Oseanografi dan Atmosfera Kebangsaan Amerika (NOAA) dan Agensi Penilaian dan Aplikasi Teknologi Indonesia (BPPT), di bawah Kementerian Sains dan Teknologi Indonesia.
[5]
Ramai pakar
geologi
mengkaji semula apakah benar Malaysia bebas dari
Lingkaran Api Pasifik
.
Tsunami 2004
ternyata menberi kesan buruk kepada
Malaysia
.
Gempa bumi Bengkulu 2007
pada skala 8.4
skala Richter
ternyata memberi kesan gegaran kepada bangunan tinggi di
Kuala Lumpur
seperti
TH Selborn
. Apakah bangunan tinggi seperti
Menara Petronas
,
Menara Telekom
,
Tabung Haji
,
Dayabumi
,
Komtar
,
Maybank
dan lain-lain kebal gegaran 9.0 skala Richter.
Setakat ini Ketua Kajian Kejuruteraan Gempa Bumi dan Struktur,
Universiti Teknologi Malaysia
(
UTM
), Prof. Madya Dr.
Azlan Adnan
berkata tidak ada satu pun bangunan di Malaysia direka bentuk tahan gempa bumi.
[6]
Rekaan bangunan di
Jepun
memang bersedia menghadapi gegaran kerana sering berhadapan dengan gempabumi. Mereka menggunakan teknologi lapik getah sintatik di setiap bangunan dan jamnbatan dan dapat meminimakan kesan gegaran.
Selepas ini
arkitek
dan
jurutera
di
Malaysia
harus mengambilkira risiko ini.
Gempa bumi di Indonesia
|
---|
Abad ke-20
| |
---|
2000-an
| |
---|
2010-an
| |
---|
2020-an
| |
---|