Gempa bumi Bali 1979
berlaku pada 03:58
WITA
pada 18 Disember dengan besar gelombang permukaan 6.3. Getaran berlaku di bahagian tenggara pantai
Kabupaten Karangasem
di
Selat Lombok
, dan sekitar 60 kilometer (37
mi
) timur laut
Denpasar.
Gempa bumi tersebut memusnahkan 80 peratus bangunan di Kabupaten Karangasem, di mana antara 15,000 sehingga 500,000 orang pelarian dan secara cepat memutuskan hubungan darat dengan ibu kota wilayah tersebut,
Denpasar
.
[4]
[5]
Pulau
Bali
merupakan bahagian dari Busur Sunda, yang terbentuk di atas had konvergen di mana Plat Australia
dibenamkan
di bawah
Plat Sunda
. Peringkat penumpuan melintasi garis
Palung
Sunda?Jawa ialah 7.5 cm per tahunnya. Ke arah timur Bali, Busur Sunda juga ditolak ke atas lembangan belakang Busur Sembilan dan Flores pada satu masa. Mekanisme penumpuan untuk gempa bumi di dekat Bali dapat dirasakan pada zom benam mahupun sistem
sesaran
di utara.
[6]
Gempa bumi sebelumnya dengan kuasa 6.5 Ms di utara pantai Buleleng pada 14 Julai 1976 menyebabkan 573 kematian di Bali dan membuat sejumlah orang pelarian, sama seperti gempa tahun 1979.
Getaran sebelumnya sebesar 6.2 Ms pada 20 Oktober mempengaruhi
Mataram
, ibu kota pulau jiran
Lombok
, dan memusnahkan ratusan bangunan di pulau itu dan juga di Bali. Dua orang maut, termasuk seorang anak lelaki berumur tiga tahun di
Lombok
dan seorang ibu
mengandung
di sebuah hospital di
Denpasar.
[7]
Pusat gempa 20 Oktober kira-kira berada 28 km (17 bt) utara-timur laut dari gempa 17 Disember.
[8]
Berdasarkan
Pemantauan Geologi Amerika Syarikat
(USGS), gempa 18 Disember berlaku pada 60 km (37 bt) bahagian timur-timur laut
Denpasar
pada kedalaman 15 km (9.3 mi). Laporan awal oleh wartawan tempatan memaklumkan bahawa pusat gempa berada di bawah
Stratovolkano
Gunung Agung
, namun pihak berkuasa telah mengesahkan lokasi tepatnya berada di
Selat Lombok
.
[9]
Getaran tersebut dapat dirasa di sepanjang pantai timur
Lombok
, walaupun tidak terdapat kerosakan yang berlaku di sana.
[10]
Lapan puluh peratus rumah dan bangunan lainnya di
Kabupaten Karangasem
dilaporkan telah musnah atau kira-kira lapan puluh ribu rumah rosak, dan juga melibatkan sembilan Pura
Hindu
, 17
pasar
, 8
sekolah
, beberapa
masjid
dan sebuah
hospital
umum. Desa
Culik
,
Datah
dan
Tisla
dikhabarkan tidak dihuni kerana kerosakan akibat gempa yang teruk.
[11]
Tentera Kebangsaan Indonesia menubuhkan sebelas
berek
sementara di wilayah yang terdedah dengan kesan gempa bumi untuk membantu orang-orang yang kehilangan tempat tinggal. Pejabat Gabenor menghantar sekurang-kurangnya 25 tan beras kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
Gempa bumi di Indonesia
|
---|
Abad ke-20
| |
---|
2000-an
| |
---|
2010-an
| |
---|
2020-an
| |
---|