Gelombang P
merupakan sejenis
gelombang kenyal
, juga dipanggil
gelombang seismos
, yang boleh bergerak melalui
gas
(sebagai gelombang
bunyi
), cecair dan pepejal, termasuk
Bumi
. Gelombang P dihasilkan oleh
gempa bumi
dan direkodkan oleh
seismograf
. Nama gelombang P merupakan singkatan bagi
gelombang primer
(
primary wave
) kerana memiliki halaju tertinggi, maka ia adalah yang pertama untuk direkodkan; ataupun
gelombang tekanan
(
pressure wave
)
[1]
kerana ia terbentuk daripada
pemampatan
dan
penipisan
yang bersilih ganti.
Dalam pepejal
isotropi
dan homogen, ragam rambatan gelombang P sentiasalah
membujur
; oleh itu, zarah-zarah dalam pepejal mengalami getaran di sepanjang atau yang selari dengan
arah
perjalanan tenaga gelombang.
Halaju gelombang P dalam bahantara
isotropi
homogen
adalah seperti berikut
yang mana
K
ialah
modulus pukal
(modulus ketakbolehmampatan),
ialah
modulus ricih
(modulus ketegaran, adakalanya ditandai
G
dan juga dipanggil
parameter Lame
kedua),
ialah
ketumpatan
bahan yang dilalui rambatan gelombang, dan
ialah
parameter Lame
pertama.
Daripada ini, ketumpatan paling kurang variasinya, maka halaju ini banyak
ditentukan
oleh
K
dan
μ
.
Modulus gelombang P
anjal
,
, ditakrifkan supaya
, maka
Nilai-nilai lazim bagi halaju gelombang P dalam gempa bumi adalah antara 5 dan 8 km/s.
[2]
Ketepatan ukuran kelajuan bergantung pada kedalamannya di Bumi, daripada selaju 6 km/s dalam kerak Bumi hingga 13 km/s melalui teras.
[3]
Gelombang-gelombang seismik jenis
P
dan
S
dalam Bumi diawasi untuk menyiasat struktur dalaman Bumi. Ketakselanjaran halaju sebagai fungsi kedalaman menandakan perubahan dalam fasa atau kandungan. Perbezaan masa ketibaan gelombang yang berpunca daripada kejadian seismik seperti gempa bumi sebagai kesan gelombang mengambil haluan berbeza-beza membolehkan pemetaan struktur dalaman Bumi.
[5]
[6]
Hampir semua maklumat yang ada tentang struktur dalaman terdalam Bumi diperoleh daripada pemerhatian masa perjalanan,
pantulan
,
pembiasan
dan peralihan fasa gelombang jasad seismik, atau
ragam-ragam normal
. Gelombang jasad ini berjalan melalui lapisan bendalir dalaman Bumi, tetapi gelombang P terbias sedikit apabila melalui peralihan antara
mantel
separa pejal dan
teras
luaran yang cair. Natijahnya, wujudnya "
zon bayang
" gelombang P pada 105?143°
[7]
dari fokus gempa bumi, di mana gelombang P yang pertama tidak tersukat oleh seismometer. Gelombang S pula tidak berjalan memalui cecair, sebaliknya
dilemahkan
.
Amaran awal gempa bumi adalah mungkin dengan mengesan gelombang primer bukan pemusnah yang berjalan dengan lebih cepat melalui kerak Bumi daripada gelombang-gelombang pemusnah
sekunder
dan
Rayleigh
, sama seperti mana denyaran kilat kelihatan sebelum guruh kedengaran sewaktu ribut. Jurang masa amaran awal bergantung pada beza ketibaan gelombang P dan gelombang pemusnah yang lain, biasanya sekitar beberapa saat hingga 60?90 saat bagi gempa bumi raksasa yang dalam dan berjauhan seperti yang diterima oleh Tokyo sebelum bencana
gempa bumi dan tsunami T?hoku 2011
. Keberkesanan amaran awal ini bergantung pada ketepatan mengesan gelombang P sambil menolak
getaran bumi
hasil kegiatan setempat (seperti lori atau kerja pembinaan), jika tidak terhasil pula amaran 'positif palsu'. Contohnya, sistem QuakeGuard menggunakan teknik ini untuk mengautomatikkan tatacara tindak balas kecemasan untuk mencegah kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.
[8]