Gas pemedih mata
, atau nama rasminya
agen lakrimator
atau
lakrimator
(daripada
lacrima
yang bermaksud "setitis
air mata
" dalam
bahasa Latin
), merupakan sejenis
sebatian kimia
bukan pembawa maut
yang merangsang
saraf kornea
dalam
mata
sehingga menyebabkan terkeluarnya
air mata
,
kepedihan
, ataupun
kebutaan
. Antara lakrimator yang terkenal ialah
OC
,
CS
,
CR
,
CN
,
nonivamida
,
bromoaseton
,
fenasil bromida
,
xilil bromida
dan
syn-propanethial-S-oxide
(daripada bawang). Lakrimator biasanya berkongsi unsur struktur Z=C-C-X, yang mana Z menandakan karbon atau oksigen, dan X menandakan bromida atau klorida.
Gas pemedih mata berfungsi dengan mengganggu membran mukus dalam mata, hidung, mulut dan paru-paru, sehingga menyebabkan penerimanya menangis, bersin, batuk, sesak nafas, pedih mata, buta sementara, dan sebagainya. Lakrimator difikirkan bertindakdengan menyerang kumpulan berfungsi
sulfidril
dalam
enzim
. Salah satu sasaran protein yang paling berkemungkinan ialah saluran ion TRPA1 yang disampaikan dalam saraf deria (saraf trigeminal) mata, hidung dan mulut. Mula-mula digunakan pada tahun 1915, xilil bromida merupakan agen pemedih mata yang laris kerana mudah dibuat.
Agen lakrimator biasanya digunakan sebagai alat
kawalan rusuhan
dan
perang kimia
. Pada Perang Dunia Pertama, lebih banyak agen lakrimator toksik yang digunakan. Sesetengah agen lakrimator sering digunakan oleh
polis
untuk membantu mengawal orang yang disasar mereka, terutamanya gas pemedih mata. Di sesetengah negara (e.g. Finland, Australia, dan Amerika Syarikat), dikeluarkannya bahan
cokmar
yang digunakan sebagai pencegah serangan peribadi.
Disebabkan gas pemedih mata sebenarnya bukan gas, tetapi sejenis
serbuk
asid
yang amat halus, keberkesanannya mudah diatasi oleh sebarang ubat
anti-asid
yang mudah didapati di kedai ubat atau
farmasi
tanpa preskripsi, seperti
Maalox
atau
Alka-Seltzer
.
[1]
[2]
Walaupun agen lakrimator lazimnya digunakan sebagai agen kawalan rusuhan, sesetengah jenisnya paling banyak timbul dalam sintesis makmal, di mana sifat-sifat lakrimatornya merupakan kesan sampingan yang tidak diingini. Contohnya,
benzil klorida
,
tionil klorida
, dan
asetik anhidrida
.
Templat:Chemical warfare