Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Garfield
([gar.fild]) adalah sebuah
lerang komik
yang dicipta oleh
Jim Davis
dan disiarkan sejak 19 Jun 1978. Komik ini menceritakan kisah seekor
kucing
bernama
Garfield
, pemiliknya
Jon Arbuckle
dan anjing peliharaannya Odie. Cerita-cerita Garfield sangatlah beragam, dari masalah dihadapi Garfield yang lazim dialami
kucing
sampai masalah manusia seperti
diet
dan kebenciannya terhadap hari
Isnin
.
Setakat 2007, ia disindiketkan di sekitar 2,580 akhbar dan jurnal dan kini memegang
Rekod Dunia Guinness
bagi
lerang komik
paling banyak
disindiket
di dunia.
[1]
Kepopularan jalur komik ini telah mendorong kepada siaran kartun kanak-kanak, beberapa animasi televisen khas dan dua filem aksi hidup penuh, termasuk sejumlah besar barangan berkait dengan
Garfield
.
Jim Davis
mula menghasilkan karya sendiri ketika bekerja sebagai pembantu pelukis untuk siri komik
Tumbleweeds
(1973) karya Tom K. Ryan; siri karya pertama ini iaitu
Gnorm Gnat
[2]
mula diterbitkan pada dalam akhbar
Pendleton Times-Post
di
Pendleton
,
Indiana
. Karya pertama ini terbit pada 1972 meskipun mempunyai gaya seni yang menarik serta lawak yang mengena, namun watak-watak
serangga
nya tidak begitu menjadi bahan empati pembaca.
[3]
Karya ini dihentikan pada 1975.
Davis memikirkan watak yang dilihat lebih boleh gamit perhatian dan perasaan pembaca. Beliau mendapati watak haiwan
anjing
kerap ditampilkan dalam komik-komik semasa namun tiada pula watak
kucing
yang menonjol pada waktu sama; ini turut dikuatkan dengan pengalamannya dibesarkan di ladang di mana sebayak 25 ekor kucing dipelihara keluarganya.
[3]
Watak-watak Garfield, Jon, Odie (nama asal: Spot) dan Lyman didasarkan sempena pengalaman hidupnya. Watak-watak tersebut mula muncul dalam suatu karya
purbarupa
berjudul
Jon
yang terbit dari 1976 hingga 1978, dalam akhbar Pendleton in the
Times-Post
.
[4]
Komik-komik ini tidak begitu dikenali sehingga ia muncul semula pada tahun 2019 hasil penemuan sebuah saluran YouTube bernama Quinton Reviews hasil pemerolehan sumber dalam-dalaman daripada Perpustakaan Komuniti Pendleton.
[5]
[6]
.
Komik purbarupa ini diterima masuk dalam
sindikat cetakan
United Feature
lalu dinamakan semula sebagai
Garfield
pada Mac 1978. Ia mula muncul pada 41 buah akhbar pada 19 Jun tahun sama.
[1]
[7]
Lerang mingguan
ia mula seminggu kemudian pada 25 Jun 1978.
[8]
Sosok Garfield dahulu sangat berbeza dengan yang sekarang. Garfield pada masa awalnya digambarkan sangat gemuk dan memiliki mata sepet. Mulai 1983, sosok yang sekarang baru mulai muncul; sosok yang terlihat pada watak tersebut semakin lama semakin menyusut agar lebih mudah dilukis dan dengan kerapnya ia diadaptasikan ke dalam pelbagai format animasi.
- Garfield
- Seekor
kucing
oren yang bermalas-malasan tidur atau menonton
TV
dan mengambil kesempatan terhadap orang sekeluarganya. Dia sering gelojoh makan, terutamanya makanan kegemarannya iaitu
lasagna
. Dia juga mempunyai
patung beruang
sendiri bernama
Pooky
([pu.ki]). Watak utama ini dinamakan sempena datuk Davis, James Garfield Davis,
[9]
yang sendirinya diberi nama sempena
Presiden Amerika Syarikat
James Garfield
.
- Jonathan "Jon" Q. Arbuckle
- seorang pelukis komik yang juga tuan Garfield. Dia seringkalinya terpaksa melayan kerenah Garfield yang buat macam-macam terhadap kediamannya.
- Odie
([o.di])- seekor
anjing
peliharaan Jon yang sering menjadi mangsa
buli
Garfield. Meskipun dia dan Garfield adalah haiwan, namun Odie kurang bijak dan berakal berbanding Garfield. Awalnya, Odie adalah milik seorang kenalan Jon bernama Lyman, tetapi Jon mengambil alih sebagai pemilik baru setelah Lyman berpindah.
- Arlene
([ar.lin]) adalah pacar Garfield berbulu merah jambu dengan hubungan yang sangat aneh. Kucing merah jambu ini dahulu memiliki celah di antara dua giginya yang besar dan sedikit jongang namun sekarang celah itu dihilangkan.
- Nermal
([n?r.m?l]) - seekor kucing kecil berwarna abu-abu dan sedikit beralis yang sering mendapat perhatian Jon kerana kecomelannya; keadaan ini menjadi jengkelan sangat dibenci Garfield sehingga Garfield sering membuangnya ke
Abu Dhabi
.
- Mom
dan
Dad
adalah orang-orang tua Jon yang bekerja sebagai petani dan penternak.
- '
Doc Boy
([dok boi]) - adik lelaki Jon yang sering menjadi bahan usikan Jon
- Grandma
, nenek Jon yang sangat sayang pada Jon dan Garfield.
- Irma
adalah pemilik sebuah rumah makan (
diner
)
Irma's Diner
, sebuah tempat makan dengan makanan dan pelayanan yang bisa dipertanyakan. Berbagai kejadian aneh terjadi di tempat makan ini.
- Dr. Liz Wilson
adalah
doktor haiwan
yang sering merawat dan memeriksa Garfield. Dia juga merupakan kekasih Jon setelah lama mereka berkenalan
- Lyman
([lai.man)] - seorang rakan kenalan Jon dan pemilik asal Odie.
- ^
a
b
"Garfield Named World's Most Syndicated Comic Strip"
.
Business Wire
. 22 Januari
2002
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2012-07-30
. Dicapai pada
2008-09-23
.
- ^
disebut [norm naet]
- ^
a
b
Davis.
20 Years & Still Kicking!: Garfield's Twentieth Anniversary Collection
. p. 14.
- ^
"NEWLY DISCOVERED ? DAVIS' PRE-GARFIELD GARFIELD"
.
Daily Cartoonist
. July 28, 2019
. Dicapai pada
August 18,
2019
.
- ^
Templat:Cite Youtube
- ^
"Newly Discovered ? Davis' Pre-Garfield Garfield"
.
The Daily Cartoonist
(dalam bahasa Inggeris). 29 July 2019
. Dicapai pada
25 October
2019
.
- ^
"Those Catty Cartoonists (fee required)"
.
Time
. December 7, 1981. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2010-10-15
. Dicapai pada
July 26,
2008
.
- ^
"The Garfield Vault Strip"
. June 25, 1978
. Dicapai pada
April 7,
2012
.
- ^
Hall, Gerrard (Oktober 6, 2000).
"The cat's meow"
. CNN. Diarkibkan daripada
yang asal
pada Februari 14, 2009
. Dicapai pada
Julai 26,
2008
.
- ^
PTI (Ogos 7, 2019).
"Nickelodeon membangunkan siri baharu di Garfield"
.
News Nation
. Los Angeles, California
. Dicapai pada
September 23,
2020
.