Ganymede
atau
Jupiter III
merupakan salah sebuah
bulan Musytari
. Ganymede mempunyai saiz lebih besar daripada planet
Utarid
. Bulan ini ditemui oleh
Galileo Galilei
pada 7 Januari 1610.
[1]
Beberapa kapal angkasa telah melawat Ganymede, yakni
Pioneer 10
dan
kapal-kapal angkasa Voyager
.
Ganymede ialah satelit semula jadi terbesar di Sistem Suria dengan diameter 5,268 km, kira-kira 0.41 kali saiz Bumi.
[2]
Ketumpatan Ganymede ialah 1.936 g/cm
3
.
[3]
Albedo Ganymede ialah 43%
Kapal angkasa
Galileo
telah menemui bahan-bahan bukan air, yakni
karbon dioksida
,
sulfur dioksida
dan mungkin
sianogen
,
hidrogen sulfat
dan
sebatian-sebatian organik
.
[3]
Magnesium sulfat
dan
natrium sulfat
juga ditemui oleh
Galileo
dan mungkin berasal dari lautan subpermukaan Ganymede.
[4]
Karbon dioksida tidak dijumpai di kawasan kutub dan hampir semua kawah Ganymede tidak mempunyai pengayaan karbon dioksida, menandakan Ganymede mungkin sudah ketiadaan gas ini pada masa lalu.
[5]
Secara umumnya, permukaan Ganymede terbahagi kepada dua jenis, permukaan tua yang gelap dan banyak berkawah dan permukaan muda yang lebih cerah dan memiliki jalinan yang menyeluruh. Permukaan tua melitupi sepertiga daripada permukaan Ganymede.
[6]
Bahagian dalaman Ganymede mengalami
pembezaan
sepenuhnya dengan
teras
campuran besi dan nikel, dan
mantel
silikat.
[7]
Nilai
momen inersia
Ganymede ialah 0.31 dan merupakan kesan daripada kandungan air yang banyak serta pembezaan penuh bahagian dalamannya.
[3]
Teras bulan ini dikatakan memiliki jejari sepanjang 500 km dan tekanan mencecah 10 GPa (99,000 atm).
[8]
[9]
Kewujudan teras cecair besi-nikel memungkinkan kewujudan alami medan magnet Ganymede melalui proses perolakan dalam teras.
Para pengkaji NASA mula menganggap bahawa terdapat sebuah lautan di bawah lapisan ais permukaan pada 1970-an dan disahkan melalui maklumat daripada kapal angkasa
Galileo
.
[3]
Lautan Ganymede dikatakan adalah terbesar di Sistem Suria dan lautan ini disyaki boleh menampung kehidupan.
[10]
[11]
Bulan ini memiliki sebuah atmosfera oksigen nipis yang terdiri daripada atom dan molekul oksigen serta
ozon
.
[12]
Atmosfera Ganymede juga mempunyai sedikit atom hidrogen dan boleh dikesan sehingga 3,000 km dari permukaan bulan.
[13]
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Ganymede juga memiliki
ionosfera
.
[14]
Kapal angkasa Galileo mendapati bahawa Ganymede memiliki
momen magnet
kekal yang bebas daripada pengaruh Musytari, dengan nilai momen sebanyak 1.3 × 10
13
T
·m
3
, tiga kali momen magnet Utarid.
[15]
[16]
Ciri ini membolehkan Ganymede memiliki sebuah
magnetosfera
kecil yang dilingkupi
magnetosfera Musytari
dan merupakan satu-satunya bulan di Sistem Suria yang memiliki ciri ini.
Diameter magnetosfera Ganymede ialah kira-kira 4?5
R
G
(
R
G
= 2,631.2 km).
[17]
Spesis ion utama di sini ialah ion positif oksigen, O
+
.
[14]
Di kawasan kutub, medan magnet adalah terbuka, memberi ruang agar Ganymede berhubung dengan
ionosfera
Musytari.
[17]
Jarak di antara Ganymede dan Musytari ialah 1,070,400 km, bulan ketiga terdekat dengan Musytari dan melakukan satu pusingan lengkap mengelilingi Musytari setiap tujuh hari tiga jam.
[18]
Kesipian orbit
Ganymede adalah rendah dengan nilai purata kira-kira 0.0015.
Kecondongan paksi
Ganymede adalah antara 0 ke 0.33 darjah.
[19]
- ^
Galilei, Galileo; translated by Edward Carlos (March 1610). Barker, Peter (penyunting).
"Sidereus Nuncius"
(PDF)
. University of Oklahoma History of Science. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 2005-12-20
. Dicapai pada
2010-01-13
.
- ^
"Ganymede"
. nineplanets.org. 31 Oktober 1997
. Dicapai pada
2008-02-27
.
- ^
a
b
c
d
Showman, Adam P.; Malhotra, Renu (1999-10-01).
"The Galilean Satellites"
(PDF)
.
Science
.
286
(5437): 77?84.
doi
:
10.1126/science.286.5437.77
.
PMID
10506564
.
- ^
McCord, Thomas B.; Hansen, Gary B.; Hibbitts, Charles A. (2001). "Hydrated Salt Minerals on Ganymede's Surface: Evidence of an Ocean Below".
Science
.
292
(5521): 1523?1525.
Bibcode
:
2001Sci...292.1523M
.
doi
:
10.1126/science.1059916
.
PMID
11375486
.
- ^
Hibbitts, C.A.; Pappalardo, R.; Hansen, G.V.; McCord, T.B. (2003). "Carbon dioxide on Ganymede".
J. Geophys. Res
.
108
(E5): 5, 036.
Bibcode
:
2003JGRE..108.5036H
.
doi
:
10.1029/2002JE001956
.
- ^
Patterson, Wesley; Head, James W.; dll. (2007).
"A Global Geologic Map of Ganymede"
(PDF)
.
Lunar and Planetary Science
.
XXXVIII
: 1098.
- ^
Bhatia, G.K.; Sahijpal, S. (2017). "Thermal evolution of trans-Neptunian objects, icy satellites, and minor icy planets in the early solar system".
Meteoritics & Planetary Science
.
52
(12): 2470?2490.
Bibcode
:
2017M&PS...52.2470B
.
doi
:
10.1111/maps.12952
.
- ^
Hauck, Steven A.; Aurnou, Jonathan M.; Dombard, Andrew J. (2006).
"Sulfur's impact on core evolution and magnetic field generation on Ganymede"
(PDF)
.
J. Geophys. Res
.
111
(E9): E09008.
Bibcode
:
2006JGRE..111.9008H
.
doi
:
10.1029/2005JE002557
. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 2008-02-27.
- ^
Sohl, F.; Spohn, T; Breuer, D.; Nagel, K. (2002). "Implications from Galileo Observations on the Interior Structure and Chemistry of the Galilean Satellites".
Icarus
.
157
(1): 104?119.
Bibcode
:
2002Icar..157..104S
.
doi
:
10.1006/icar.2002.6828
.
- ^
Overlooked Ocean Worlds Fill the Outer Solar System
. John Wenz,
Scientific American
. 4 Oktober 2017.
- ^
Griffin, Andrew (13 Mac 2015).
"Ganymede: oceans on Jupiter's moon could have been home to alien life"
.
The Independent
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2015-03-13
. Dicapai pada
2018-02-19
.
- ^
Hall, D.T.; Feldman, P.D.; dll. (1998). "The Far-Ultraviolet Oxygen Airglow of Europa and Ganymede".
The Astrophysical Journal
.
499
(1): 475?481.
Bibcode
:
1998ApJ...499..475H
.
doi
:
10.1086/305604
.
- ^
Barth, C.A.; Hord, C.W.; dll. (1997). "Galileo ultraviolet spectrometer observations of atomic hydrogen in the atmosphere of Ganymede".
Geophys. Res. Lett
.
24
(17): 2147?2150.
Bibcode
:
1997GeoRL..24.2147B
.
doi
:
10.1029/97GL01927
.
- ^
a
b
Eviatar, Aharon; Vasyliunas, Vytenis M.; dll. (2001).
"The ionosphere of Ganymede"
(ps)
.
Planet. Space Sci
.
49
(3?4): 327?336.
Bibcode
:
2001P&SS...49..327E
.
doi
:
10.1016/S0032-0633(00)00154-9
.
- ^
Kivelson, M.G.; Khurana, K.K.; dll. (1997).
"The magnetic field and magnetosphere of Ganymede"
(PDF)
.
Geophys. Res. Lett
.
24
(17): 2155?2158.
Bibcode
:
1997GeoRL..24.2155K
.
doi
:
10.1029/97GL02201
.
- ^
Kivelson, M.G.; Khurana, K.K.; dll. (2002).
"The Permanent and Inductive Magnetic Moments of Ganymede"
(PDF)
.
Icarus
.
157
(2): 507?522.
Bibcode
:
2002Icar..157..507K
.
doi
:
10.1006/icar.2002.6834
.
hdl
:
2060/20020044825
.
- ^
a
b
Kivelson, M.G.; Warnecke, J.; dll. (1998).
"Ganymede's magnetosphere: magnetometer overview"
(PDF)
.
J. Geophys. Res
.
103
(E9): 19, 963?19, 972.
Bibcode
:
1998JGR...10319963K
.
doi
:
10.1029/98JE00227
.
- ^
Miller, Ron
; Hartmann, William K. (May 2005).
The Grand Tour: A Traveler's Guide to the Solar System
(ed. 3rd). Thailand: Workman Publishing. m/s. 108?114.
ISBN
978-0-7611-3547-0
.
- ^
Bills, Bruce G. (2005).
"Free and forced obliquities of the Galilean satellites of Jupiter"
.
Icarus
.
175
(1): 233?247.
Bibcode
:
2005Icar..175..233B
.
doi
:
10.1016/j.icarus.2004.10.028
.
|
---|
Bulan planet
| | |
---|
Sistem bulan yang lain
| |
---|
Bulan terbesar
| |
---|
|