Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gangguan bekalan elektrik
(
Jawi
:
?????? ???? ?????????
) merupakan kehilangan
bekalan elektrik
jangka panjang atau pendek di sesebuah kawasan.
Terdapat banyak sebab berlakunya gangguan bekalan elektrik. Antaranya termasuklah kegagalan stesen
penjana elektrik
, kerosakan pada
talian penghantaran
,
pencawang
atau bahagian lain pada sistem
pengagihan elektrik
,
litar pintas
, atau beban lampau pada bekalan elektrik sesalur.
Gangguan bekalan elektrik boleh jadi kritikal di kawasan di mana keselamatan awam serta persekitaran berada dalam risiko. Institusi seperti
hospital
, loji pembetungan,
lombong
, dsb., biasanya mempunyai punca bekalan kuasa sandaran, seperti
penjana elektrik
sedia, yang akan dihidupkan secara automatik apabila bekalan elektrik terputus. Sistem kritikal lain seperti
telekomunikasi
juga diwajibkan memiliki punca bekalan elektrik kecemasan. Ibusawat telefon biasanya mempunyai tatarajah
bateri asid plumbum
sebagai sandaran serta soket untuk disambungkan ke penjana elektrik jika bekalan elektrik putus lebih lama.
Tiga kategori gangguan bekalan kuasa adalah seperti berikut:
- Kegagalan sementara
- kehilangan kuasa sementara yang disebabkan gangguan pada talian kuasa. Bekalan elektrik akan pulih secara automatik apabila gangguan tersebut diperbetulkan.
- Padam separa
- jatuhan
voltan
pada bekalan elektrik. Istilah tersebut berasal daripada keadaan lampu elektrik yang semakin malap apabila voltan semakin turun. Fenomena padam separa boleh menyebabkan prestasi peralatan elektrik yang semakin terjejas serta operasi yang tidak betul.
- Putus bekalan elektrik
- Kehilangan terus kuasa elektrik, serta merupakan jenis gangguan bekalan elektrik yang paling teruk. Bekalan elektrik terputus berpunca daripada beberapa sebab seperti stesen janakuasa terpelantik, talian elektrik terputus, dsb. Bekalan elektrik yang terputus mengambil masa dari beberapa minit sehinggalah berminggu-minggu, bergantung kepada punca bekalan elektrik terputus serta konfigurasi rangkaian elektrik.
Perlindungan daripada gangguan bekalan elektrik
[
sunting
|
sunting sumber
]
Syarikat pembekal elektrik biasanya menjana bekalan elektrik pada kadar menghampiri jumlah permintaan untuk mengelakkan beban lampau pada komponen rangkaian elektrik yang boleh merosakkannya. Sedikit rizab ditinggalkan bagi membolehkan rangkaian elektrik menampung pertambahan permintaan elektrik tanpa mengakibatkan bekalan padam separa. Jika terdapat lebihan kuasa terjana, beberapa komponen rangkaian elektrik akan dimatikan. Namun demikian, penutupan komponen tersebut ada kalanya boleh menyebabkan gangguan elektrik berskala besar. Gangguan elektrik berskala besar berupaya menjejaskan kegiatan ekonomi di kawasan yang terlibat.
Sesetengah pengguna kediaman memiliki set
penjana elektrik
kecil berkuasa rendah yang hanya digunakan untuk peralatan elektrik penting sahaja seperti lampu. Ada juga pengguna yang memasang lampu kecemasan yang menyala secara automatik apabila bekalan elektrik terputus dan dicas semula sekiranya bekalan elektrik pulih.
Sistem
komputer
serta peralatan elektronik lain terdedah kepada risiko kehilangan data serta kerosakan perkakasan akibat gangguan bekalan elektrik secara tiba-tiba. Untuk melindungi sistem komputer, penggunaan
bekalan tenaga berterusan
(UPS) boleh membekalkan kuasa sementara kepada komputer semasa bekalan elektrik terputus, memberi peluang kepada pengguna untuk menyimpan data serta menutup komputer dengan cara yang betul untuk mengelakkan kerosakan perkakasan.
[1]