Gabriel Garcia Marquez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gabriel Garcia Marquez
Gabriel García Márquez pada 2002
Gabriel Garcia Marquez pada 2002
Lahir Gabriel Jose de la Concordia Garcia Marquez
( 1927-03-06 ) 6 Mac 1927
Aracataca , Colombia
Meninggal dunia 17 April 2014 (2014-04-17) (umur 87)
Bandar Mexico , Mexico
Warganegara Colombia
Pendidikan Universiti Cartagena
Genre Novel, cerpen
Pergerakan sastera Ledakan Amerika Latin , realisme magik
Karya terkenal One Hundred Years of Solitude , The Autumn of the Patriarch , Love in the Time of Cholera
Anugerah Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan
1982
Pasangan Mercedes Barcha Pardo
Anak Rodrigo Garcia Barcha , Gonzalo Garcia Barcha
Tandatangan

Gabriel Jose de la Concordia Garcia Marquez (nama singkatan Gabo ) (6 Mac 1927 ? 17 April 2014) ialah seorang penulis novel , wartawan , penyunting , penerbit , aktivis politik warganegara Colombia dan penerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1982. [3] Gabriel Garcia Marquez menghabiskan sebahagian besar masanya di Mexico dan Eropah . Ketika ini beliau banyak menghabiskan masa beliau Mexico City . Beliau diketahui umum sebagai seorang penulis yang mengenalkan realisme magik ( magical realism ) dalam hasil penulisan yang telah menjulang kejayaan kesusasteraan dan komersil.

Ramai berpendapat Garcia Marquez berada pada satu tahap yang sama dengan penulis-penulis seperti Boom Latinoamericano ; Jorge Luis Borges , Alejo Carpentier , Carlos Fuentes , Mario Vargas Llosa dan Julio Cortazar ; juga sebagai seorang penulis terulung abad ke-20.

Gabriel Garcia Marquez ialah bapa kepada pengarah televisyen dan filem Rodrigo Garcia .

Biografi [ sunting | sunting sumber ]

Awal hidup [ sunting | sunting sumber ]

Kerjaya kewartawanan [ sunting | sunting sumber ]

Gabriel mula bekerja sebagai seorang wartawan ketika beliua mengaji dalam bidang perundangan di Colombia. Beliau kemudiannya menulis secara berselang-seli antara tahun 1948 and 1949 akhbar El Universal di Cartagena . Lama-kelamaan beliau menjadi seorang kolumnis dari tahun 1950 until 1952 di bawah nama " Septimus " untuk akhbar El Heraldo di Barranquilla . [4] [5] Beliau menjawat sebagai wartawan untuk sebuah akhbar harian beribupejabat di Bogota , El Espectador sebagai koresponden asing di Roma , Paris , Barcelona , Caracas dan Bandar Raya New York . Pengalamannya dalam pekerjaan ini mengilhamkan penulisan novel Relato de un naufrago ( Kisah tentang Seorang Pelaut yang Karam ) yang mula diterbitkan secara bersiri dalam surat khabar pada 1955.

Penglibatan dalam politik [ sunting | sunting sumber ]

Garcia Marquez mula mengenali Fidel Castro pada Januari 1959. Beliau lama-kelamaan menjadi sahabat dan penyokong kuat kepada beliau; hal ini dikuatkan lagi dengan kecenderungan kuatnya kepada fahaman-fahaman sosialis [6] serta pengalamannya bersama datuknya. [7]

Beliau turut terlibat sebagai seorang pengantara dalam beberapa rundingan damai antara pemerintah Colombia dengan pihak gerilya yang bermaharajalela dan menggugat keselamatan dalam negara tersebut, termasuk pihak pemerintah buangan di Cuba dan Ejercito de Liberacion Nacional (ELN), pemerintah pimpinan Presiden Belisario Betancur dan Pergerakan 19 April serta antara pemerintah so pimpinan Andres Pastrana dengan gerilya-gerilya Fuerzas Armadas Revolucionarias de Colombia . [8] [9] [10]

Senja hidup [ sunting | sunting sumber ]

Pada 1999 , beliau diberi diagnosis menderita kanser limfatik . Keadaan ini mendorongnya untuk mulai menulis memoarnya. Memoir ini, Vivir para contarla (Hidup untuk Menceritakan Kisahnya), diterbitkan secara tiga bahagian mula dari tahun 2002; buku ini laku keras dalam dunia bahasa Sepanyol.

Garcia Marquez meninggal akibat pneumonia di usia 87 tahun pada 17 April 2014 di Bandar Raya Mexico. [11] [12]

Gaya penulisan [ sunting | sunting sumber ]

Sebuah tema umum dalam tulisan-tulisan Garcia Marquez adalah studi tentang usia lanjut dan kematian. Banyak dari karyanya mengandung gambaran tentang usia lanjut, kematian, dan penguburan. Visinya tentang degenerasi kehidupan sangat luar biasa intuitifnya. Namun, kuasa kehidupan dan keinginan untuk mengatasi semuanya itu juga tidak kurang.

Bibliografi [ sunting | sunting sumber ]

Novel [ sunting | sunting sumber ]

Cerita pendek, novelet dan himpunan cerita [ sunting | sunting sumber ]

  • Ojos de perro azul (1947)
  • La hojarasca (1947)
  • El coronel no tiene quien le escriba (1967)
  • Los funerales de la Mama Grande (1962)
  • La increible y triste historia de la candida Erendira y de su abuela desalmada (1978)
  • Doce cuentos peregrinos ( 1992 )
  • The Handsomest Drowned Man in the World (1998)
  • A Country for Children (1998)
  • Memoria de mis putas tristes ( 2004 )

Bukan cereka [ sunting | sunting sumber ]

Anugerah dan penghormatan [ sunting | sunting sumber ]

Garcia Marquez memenangi Hadiah Romulo Gallegos pada 1972 untuk novel Cien anos de soledad . Beliau turut dianugerahi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada 1982 berdasarkan cerita-cerita pendek dan novelnya. [3]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ a b c [1] Paris Review - The Art of Fiction No. 69, Gabriel Garcia Marquez. 1981.
  2. ^ a b [2] Paris Review - The Art of Fiction No. 69, Gabriel Garcia Marquez
  3. ^ a b "The Nobel Prize in Literature 1982" . Dicapai pada 18 April 2014 .
  4. ^ Bell 1993 , halaman 6
  5. ^ Gerald MARTIN: Gabriel Garcia Marquez: una vida . Nueva York: Knopf Doubleday Publishing Group, 2009; ISBN 0-307-47228-0 , 9780307472281.
  6. ^ "Gabriel Garcia Marquez on Fidel Castro, the Soviet Union, and creating "a government which would make the poor happy. " " . Jacobinmag.com . Dicapai pada 2017-07-18 .
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan lydaul tidak disediakan
  8. ^ ≪Garcia Marquez media por la paz≫ , en la BBC de Londres.
  9. ^ Vargas, Alejo, Gabriel Garcia Marquez y la paz colombiana. (dalam bahasa Sepanyol), ElColombiano.com , dicapai pada 5 February 2008
  10. ^ Garcia Marquez media por la paz (dalam bahasa Sepanyol), BBC Mundo, 13 March 2007 , dicapai pada 5 February 2008
  11. ^ "Gabriel Garcia Marquez Dies: Famed Colombian Author And Nobel Laureate Dead At 87 From Pneumonia" . Latin Times . 17 April 2014.
  12. ^ "Garcia Marquez, Nobel Laureate, Dies at 87" . Associated Press. 17 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-19 . Dicapai pada 2019-06-03 .

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]