Lambang
Freemason
.
Freemason
muncul di antara akhir
abad ke-16
hingga awal
abad ke-17
. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di
England
,
Scotland
dan
Ireland
sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di
Amerika Syarikat
).
[1]
[2]
Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan
moral
dan
metafizik
yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu "
Supreme Being"
.
[3]
Asas, unit organisasi tempatan Freemasonry adalah Lodge. The Lodges biasanya diselia dan dikawal di peringkat serantau (biasanya serentak dengan sama ada negeri, wilayah, atau sempadan negara) oleh Grand Lodge atau Grand Orient. Tiada antarabangsa, di seluruh dunia Lodge Grand yang menyelia semua Freemasonry; setiap Grand Lodge adalah bebas, dan mereka tidak semestinya mengenali antara satu sama lain sebagai sah.
Freemason Moden meluas terdiri daripada dua kumpulan pengiktirafan utama. Freemason Biasa menegaskan bahawa jumlah kitab terbuka di rumah persinggahan bekerja, bahawa setiap ahli yang menganut kepercayaan Tuhan, bahawa tidak ada wanita dimasukkan ke wad, dan perbincangan mengenai agama dan politik adalah dilarang. sekarang Freemason Benua adalah istilah umum untuk bidang kuasa "liberal" yang telah membuang beberapa, atau semua, sekatan ini.
Goose and Gridiron
, tempat berdirinya Loji Besar Inggeris.
Terdapat pelbagai legenda dan teori mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman
Mesir kuno
.
Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di
Jerusalem
pada
967 S.M.
Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman.
[4]
[5]
Freemason juga dikaitkan dengan ahli
Kesatria Templar
(
Knight's Templar
). Mengikut legenda, pada
abad ke-11
, Kesatria Templar telah menjumpai harta karun di tinggalan bangunan Haikal Sulaiman (berpandukan sesetengah pendapat; terletaknya di sebuah bilik rahsia di bawah Masjidil Aqsa) semasa Perang Salib ke-3. Ini menyebabkan kebanyakan mereka menjadi tersangat kaya sehinggalah harta itu dirampas oleh Raja
Perancis
Philip IV
. Kesatria Templar dipenjarakan, ada yang dijatuh hukuman bunuh dan ada yang dibakar hidup-hidup kerana mengamalkan ilmu hitam yang disimpan di bawah bangunan Haikal Sulaiman tetapi ada yang melarikan diri. Pergerakan ini menjadi sulit dan muncul kembali pada
abad ke-17
di bawah nama Freemason. Tujuan penubuhan gerakan ini mulanya menjatuhkan raja-raja Eropah dan juga persediaan sebelum kemunculan Dajjal yang akan menjadi pemerintah dan raja mereka di masa Akhir Zaman.
Albert Pike (1872) pula dalam bukunya
Morals and Dogma of the Ancient and Accepted Scottish Rite of Massonry
, berpendapat bahawa pada kurun ke-11, Kesatria Templar telah berpakat bersama Ketua Gereja di
Constantinople
. Pada masa itu Ketua Gereja Constantinople (daripada
Gereja Ortodoks Timur
) bersaing dengan
Gereja Katolik Rom
. Ahli Kesatria Templar bersumpah setia untuk melindungi umat Kristian yang melawat tempat suci; manakala matlamat rahsia mereka adalah untuk membina semula Haikal Sulaiman. Binaan ini akan menjadi tempat paling suci untuk orang Kristian dan akan dapat menandingi kediaman suci Gereja Katolik di Roma. Ahli Templar berselindung di bawah nama Brethren-Masons. Nama ini Freres Macons dalam
bahasa Perancis
dieja menjadi Free-Masons dalam bahasa Inggeris.
[6]
Penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang daripada persatuan pemahat dan tukang batu (dalam bahasa Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggil
mason
atau
stone mason
) pada
Zaman Pertengahan
di
Eropah
. Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak gereja. Terdapat dua jenis tukang batu. Satu ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan
rough mason
.
Freestone mason
pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas (
free
) dan bukan hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama
"Freestone mason"
kemudian disingkatkan menjadi
Freemason
. Oleh sebab keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain.
Terdapat beberapa bukti Freemason mula tersebar di benua Eropah seawal akhir kurun ke-16 Masihi. Salah satu bukti bertulis awal yang menunjukkan cabang Freemason telah ada di England pada tahun 1641 ialah rekod inisiasi Robert Moray, salah seorang keluarga raja. Moray menjadi anggota Freemason di
Edinburgh
pada
20 Mei
1641
.
[7]
Selain itu, Elias Ashmole, yang juga berdarah keluarga Raja England, menulis dalam buku diarinya bahawa dia telah menjadi anggota Freemason di
Lancashire
, pada
16 Oktober
1646
.
[8]
Peristiwa penting dalam perkembangan Freemason adalah pada
24 Jun
1717
dengan terdirinya Loji Besar England (
Grand Lodge of England
). Dengan terdirinya pusat bagi persatuan itu di England, Freemason kini menjadi organisasi nasional yang tidak lagi bergerak secara rahsia. Loji Besar England merupakan gabungan daripada empat cabang Freemason dan mereka mempercayai falsafah yang sama iaitu "Agama yang mana semua manusia bersetuju... adalah menjadi Manusia yang Baik dan Benar" (
Religion is which all men agree… that is, to be Good Men and True
).
Dengan terbentuknya Loji Besar England, gerakan Freemason semakin merebak sehingga berkembang melintasi benua Eropah sehingga ke benua
Amerika
.
Bangsawan
Uthmaniyah
Ahmad Nami mengenakan pakaian Masonik penuh pada tahun 1925.
Freemason mengamalkan empat etika-etika yang diikuti demi mengaburi pergerakan mereka.
Setiap pengikut-pengikut Freemason diwajibkan untuk bertoleransi, dan berfikiran positif sesama sendiri agar pendirian mereka mudah diterima.
Pengikut Freemason melakukan pelbagai perkara kebajikan demi kebaikan manusia.
Mereka berpegang teguh terhadap kepercayaan terhadap "Supreme Being" mereka. Mereka percaya bahawa prinsip yang mereka bawa membawa lebih kepada kemajuan dan mendapat kehidupan yang lebih baik.
[9]
mereka mengamalkan penyembahan secara rahsia dan tidak di ketahui.
Loji Besar (
Grand Lodge
) adalah badan bebas dan berdaulat yang mentadbir Freemason di sesebuah negara, negeri atau kawasan. Tiada satu badan teratas yang mengawal Freemason di peringkat global. Perhubungan antara loji-loji yang berlainan bergantung kepada kehendak atau pengiktirafan bersama.
Loji merupakan unit asas Freemason. Setiap loji baru mesti mempunyai waran atau piagam yang diberi oleh Loji Besar yang membenarkannya untuk membuat perjumpaan dan beroperasi. Loji mesti mengadakan perjumpaan pada tempat yang tetap dan tarikh yang telah ditentukan. Ia akan memilih, menerima ahli baru dan mempromosikan ahli dan pegawainya. Ia juga akan membina dan mengurus aset dan hartanahnya termasuk rekod perjumpaan. Seperti organisasi lain, ia mempunyai perjumpaan rasmi, perjumpaan tahunan, dana amal, surat menyurat dan laporan, yuran keahlian, akaun, acara istimewa dan pelbagai lagi. Setiap loji mempunyai tradisi unik tersendiri.
Freemason seringkali dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok. FREEMASON PENGANUT DAJJAL!!!
George Washington
, yang menjadi
Presiden pertama Amerika Syarikat
pada
30 April
1789
adalah seorang anggota Freemason. Selain itu, para penandatangan
Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat
yang ditandatangani pada
4 Julai
1778
oleh
William Hoper
,
Benjamin Franklin
,
Matthew Thornton
,
William Whipple
,
John Hancock
,
Phillip Livinston
dan
Thomas Nelson
, juga dipercayai pengikut Freemason.
[10]
Selain Washington, 13 lagi presiden, lapan
naib presiden
dan 35
Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat
pernah dikenalpasti sebagai ahli Freemason. Washington adalah ahli Freemason yang berpusat di
New York City
. Ahli Freemason yang dikenal pasti di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah tiga juta dan di
New York
sahaja terdapat lebih kurang 136,000 ahli.
[11]
Sebilangan cawangan Freemason di
Iraq
telah wujud seawal tahun
1903
, dan bertambah bilangannya apabila negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepas
Perang Dunia I
. Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada bulan Julai
1958
selepas Revolusi, dengan pembubaran
pemerintahan beraja
dan pengisytiharan Iraq sebagai sebuah
republik
di bawah Jeneral Qasim. Lesen yang membenarkan cawangan Freemason ditarik balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh oleh
Saddam Hussein
, yang menetapkan
hukuman mati
bagi mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip
Zionisme
, termasuk Freemason, dan mereka yang melibatkan diri dalam pertubuhan Zionisme". Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein selepas
serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq
, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada tahun 2007,
Land Air and Sea Lodge, No. 1
dianugerahi dengan
piagam
oleh Loji Besar New York (
Grand Lodge of New York
).
Di
Malaysia
, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (
District Grand Lodges of Middle East
atau DGLME).
[12]
DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada
20 Oktober
1916
. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur
India
tidak termasuk timur jauh (
Hong Kong
,
China
dan
Jepun
) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah
Timur Tengah
merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.
DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:
- Kuala Lumpur: 3 loji
- Pulau Pinang: 1 loji
- lpoh: 1 loji
- Kuantan: 1 loji
- Kuching: 2 loji
- Port Dickson: 1 loji
- Port Klang: 1 loji
- Kelantan: 1 loji
- Taiping : 1 loji
- Kota Kinabalu: 1 loji
- Melaka: 1 logi
- Seremban: 1 logi
Pada masa itulah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah membangkitkan di Parlimen pada 25 Oktober 1978. Beliau mempersoalkan Perdana Menteri Tn Hussein Onn tentang tindakan kerajaan yang membiarkan organisasi Freemason didaftarkan dengan banyak, malah sudah tercapai lebih 55 lodges dengan 2,984 ahli termasuk seorang Menteri.
[
perlu rujukan
]
Tentangan dan kritikan terhadap Freemason
[
sunting
|
sunting sumber
]
Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah membina kembali
Haikal Sulaiman
[13]
[14]
[15]
[16]
di bawah runtuhan
Masjid al-Aqsa
[17]
, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke
Syria
,
Iraq
,
Jordan
,
Mesir
[18]
dan terus menuju ke
Al Madinah
di
Arab Saudi
. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman
Yahudi
dengan cara bergiat cergas di dalam bidang
pendidikan
,
politik
,
budaya
dan
sosial
.
Freemason juga berkembang luas di
Mesir
,
Maghribi
,
Lubnan
,
Malaysia
dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara di bumi
Palestin
antara tahun 1940an dan 1970-an.
[19]
Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-
Semitisme
dan anti-
Zionisme
. Ada yang mengaitkan Freemason dengan
Dajjal
yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol
Free Masonic
yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (
All Seeing One Eye
) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu lambang ini juga ada pada wang satu dolar Amerika.
benda ghaib dan pengikut syaitan (
satanisme
). Seorang ahli Freemason yang kontr
- ^
Hodapp, Christopher.
Freemasons for Dummies
. Indianapolis: Wiley, 2005. p.52.
- ^
UGLE
https://web.archive.org/web/20040206160546/http://www.ugle.org.uk/masonry/YQA-about-freemasonry.htm
- ^
Griffin, Mark (2002).
"Freemasonry and Religion"
. United Grand Lodge of England. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2004-01-30
. Dicapai pada
2007-05-08
.
- ^
howstuffworks.com - freemason.htm
- ^
The Temple and the Lodge
- ^
Book=Liturgies of the Ancient and Accepted Scottish Rite of Freemasonry
- ^
http://freemasonry.bcy.ca/texts/moray_r.html
The first recorded initiation in England
- ^
Josten, C. H. (editor) (1966). Elias Ashmole (1617?1692). His Autobiographical and Historical Notes, his Correspondence, and Other Contemporary Sources Relating to his Life and Work Oxford: Clarendon Press, vol. I, ms. 18
- ^
laman utama aktivis Freemason di United Kingdom
- ^
Adnin Armas, Pluralisme Agama dan Gerakan Freemason Yahudi, Hidayatullah.Com, 13 Disember 2005
- ^
"What are Freemasons"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-07-05
. Dicapai pada
2008-09-26
.
- ^
DGLME.org
- ^
Carian buku Google
- ^
Rabbi Jacob Jehudah Leon - THE MODELS OF THE TEMPLE AND THE ENGLISH CRAFT.
- ^
"Masons Desire to Rebuild Solomon's Temple"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-09-21
. Dicapai pada
2008-09-11
.
- ^
King Solomon's Temple Bookends
- ^
"Can a Muslim Be a Freemason?"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-02-25
. Dicapai pada
2008-09-11
.
- ^
Freemasonry in Ottoman Palestine
- ^
In June, 1996 Di Bernardo at the time Grand Master of the Regular Grand Lodge of Italy published his book "Rebuilding the Temple."