Fairouz Ai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fairouz Ai
ファイル?ズ あい
Ai pada tahun 2021
Kelahiran
Fairouz Ai Kadota ( 門田ファイル?ズあい , Kadota Fair?zu Ai ) [1]

( 1993-07-06 ) 6 Julai 1993 (umur  30)
Tokyo , Japan
Pekerjaan Pelakon suara
Tahun aktif 2018?sehingga kini
Ejen Raccoon Dog
Karya
Ketinggian 161 cm (5 ka 3 in)

Fairouz Ai ( Jepun : ファイル?ズ あい; Arab : ????? ??; lahir 6 Julai 1993) ialah seorang seiyuu wanita Jepun yang kini bekerja bagi syarikat Raccoon Dog . [2] Watak utama pertamanya ialah mengalihkan suara Hibiki Sakura siri anime bertajuk Dumbbel Nan-Kilo Moteru? . [3] Lakonan suara Fairouz yang popular di antaranya: Manatsu Natsuumi/Cure Summer dalam siri bertajuk Tropical-Rouge! Precure , Emily Orange pada siri bertajuk Kandagawa Jet Girls , Eripiyo dalam siri Oshi ga Bud?kan Ittekuretara Shinu , Jolyne Cujoh pada siri JoJo's Bizarre Adventure: Stone Ocean , Delta dalam siri Kage no Jitsuryokusha ni Naritakute! , dan Power pada siri Chainsaw Man .

Biografi [ sunting | sunting sumber ]

Fairouz Ai Kadota ( Jepun : 門田ファイル?ズあい; Arab : ????? ?? ???) lahir pada tarikh 6 Julai 1993 di Tokyo . Ayahnya ialah orang Arab dari Mesir dan ibunya orang Jepun. [2] [4] Nama Fairouz ialah sempena kepada penyanyi terkenal asal Lubnan. Dia menghabiskan masa kecilnya di Cairo sebelum bermastautin ke Jepun. [4] Semasa di darjah sekolah menengah, dia sering membaca siri manga JoJo's Bizarre Adventure . Perlahan kemampuan berbahasa Jepun miliknya semakin baik dan ia menyertai sebuah komuniti penggemar anime dan manga di Skype . [4]

Kemahuan Fairouz semakin kuat untuk bekerja sebagai seiyuu selepas terinspirasi oleh teman sedarjahnya yang berjaya pas dari akademi, tetapi ayahnya tidak bersetuju dengan cita-cita puterinya itu. Fairouz dimasukan ke dalam sekolah vokasi dengan memilih kepujian reka grafik, selepas menamatkan sekolahnya masuk ke universiti dengan memilih kepujian kesihatan dan pemuliharaan gigi. [4] Selama bersekolah dan di pendidikan tinggi, Fairouz mengumpulkan wang dari bekerja separuh masa agar dapat mencari kerjayanya sendiri dan membayar yuran akademi pelakon suara. [4]

Fairouz berjaya pas dari akademi dan menjadi pekerja syarikat pelakon suara bernama Pro-Fit pada tahun 2018. [2] Pada tahun 2019, dia mendapat lakonan watak utama pertama sebagai Hibiki Sakura, protagonis siri anime bertajuk Dumbbel Nan-Kilo Moteru? . [3] [4] Dia dan Kaito Ishikawa mendendangkan runut bunyi pembuka anime itu yang bertajuk "Kupohonkan kepadamu otot-ototku" ( お願いマッスル ) , [5] Fairouz juga berlakon dalam beberapa video promosi yang menampilkan dirinya sedang angkat berat dengan pelbagai alat sukan untuk pengiklanan. [6] Dia mengalihkan suara Emily Orange dalam francais multimedia Kandagawa Jet Girls dan pada tahun 2020 sebagai Eripiyo pada siri anime bertajuk Oshi ga Bud?kan Ittekuretara Shinu ; [7] [8] Fairouz bersama dengan " Momoiro Kataomoi ", menyanyikan lagi milik Aya Matsuura untuk muzik dalam ending cerita yang berkisah tentang Eripiyo. [9]

Pada tahun 2020, Fairouz ialah salah satu pelakon Jepun yang memenangi Best New Actress Award pada Anugerah Seiyuu ke-14 . [10] Pada tahun 2021, ia mengalihkan suara Manatsu Natsuumi/Cure Summer dalam anime Tropical-Rouge! PreCure . [11]

Pada tarikh 4 April 2021, Fairouz mendapat lakonan suara yang ia cita-citakan sejak pertama kali menduduki kerusi di ruangan darjah sekolah menengah pertama, mengalihkan suara Jolyne Cujoh puteri kepada Jotaro Kujo dalam keluaran keenam JoJo's Bizarre Adventure , Stone Ocean . [12]

Pada tarikh 31 March 2022, Pro-Fit jatuh ke dalam kemuflisan. Nobuhiko Okamoto sebagai salah satu pekerja yang telah lama menyertai syarikat itu bertanggung jawab atas nasib bekas pekerja Pro-Fit. Dia pun menubuhkan syarikat baharu bernama Racoon Dog dan menjadi pemilik saham majoriti. Fairouz kini bekerja di bawah kepimpinannya [13]

Kehidupan peribadi [ sunting | sunting sumber ]

Abang Fairouz yaitu Gih?do Kadota ( Jepun : 門田ギハ?ド; Arab : ???? ???) ialah pendaki ais profesional Jepun yang telah beberapa kali menyertai kejohanan antarabangsa. [14] [15]

Fairouz fasih dalam bahasa Arab dan beberapa dialek ammiyahnya (dialek Mesir dan Lubnan ). [4] [16]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Yomekura vol.7 Special Edition (dalam bahasa Jepun). Japan: Akita Shoten. September 2017.
  2. ^ a b c "ファイル?ズ あい" (dalam bahasa Jepun). Raccoon Dog. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 July 2022 . Dicapai pada 20 July 2022 .
  3. ^ a b Hodgkins, Crystalyn (15 February 2019). " ' How much heavy dumbbells can you lift?' TV Anime Premieres in July" . Anime News Network . Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2020 . Dicapai pada 22 July 2019 .
  4. ^ a b c d e f g "「ダンベル何キロ持てる?」ファイル?ズあいインタビュ?「筋トレで鍛えた腹筋で、もっといい?でもっといい芝居ができるよう、頑張りマスキュラ?!」" . Newtype (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 July 2019 . Dicapai pada 2 July 2019 .
  5. ^ Hodgkins, Crystalyn (14 June 2019). "Funimation to Stream Fire Force, Hensuki, 'How heavy are the dumbbells you lift?,' The Ones Within Anime" . Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 August 2020 . Dicapai pada 5 August 2019 .
  6. ^ "SPECIAL | TVアニメ「ダンベル何キロ持てる?」公式サイト" (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2019 . Dicapai pada 5 August 2019 .
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama kandagawa
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama budokan
  9. ^ Sherman, Jennifer (November 29, 2019). " ' If My Favorite Pop Idol Made it to the Budokan, I Would Die' Anime Reveals Video, Visual, Songs (Updated)" . Anime News Network . Diarkibkan daripada yang asal pada 23 October 2020 . Dicapai pada November 5, 2020 .
  10. ^ "Aoi Koga, Natsuki Hanae Win 14th Annual Seiy? Awards" . Anime News Network . March 7, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2023 . Dicapai pada May 3, 2022 .
  11. ^ "Tropical-Rouge! Precure Anime Reveals Cast, Theme Song Artists" . Anime News Network . January 28, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2021 . Dicapai pada August 27, 2021 .
  12. ^ Hodgkins, Crystalyn (4 April 2021). "JoJo's Bizarre Adventure Part 6: Stone Ocean Manga Gets Anime Starring Ai Fairouz" . Anime News Network . Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2021 . Dicapai pada 4 April 2021 .
  13. ^ Pineda, Rafael Antonio (December 15, 2021). "34 Pro Fit Voice Actors Move to Nobuhiko Okamoto's Raccoon Dog Agency" . Anime News Network . Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2021 . Dicapai pada July 20, 2022 .
  14. ^ Kadota, Gih?do [@GihadoKadota] (3 July 2019). "友達から連絡があって、めっちゃ驚いた???? 自分の妹がアニメの?優さんになってた??笑 今日から放送の『ダンベル何キロ持てる?』の主人公の?だそうだ笑 どうやら私たち兄妹は筋トレと?があるらしい??笑【?天の霹靂】ってこういうこというのかな?笑" (Twit) (dalam bahasa Jepun) . Dicapai pada 2021-04-09 – melalui Twitter .
  15. ^ 森山憲一 (October 20, 2019). "アイスW杯で「サラリ?マン世界一」。異色クライマ??門田ギハ?ドとは?" . Number Web (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 August 2022 . Dicapai pada August 12, 2022 .
  16. ^ "『ダンベル』主演?優「ファイル?ズあい」とは何者だ? 心にジョジョ「空?徐倫」を住まわせる彼女の素顔に迫ったロングインタビュ?" . Niconico News Original (dalam bahasa Jepun). September 11, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2021 . Dicapai pada August 12, 2022 .

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]