Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
AC-119G Shadow
dan
AC-119K Stinger
dimajukan semasa
Perang Vietnam
. Mereka menggantikan
AC-47 Spooky
yang tidak mencukupi dan tambahan kepada
AC-130
yang lebih baru. Program pembinaan pesawat AC-119G dan AC-119K sebenarnya dibuat selepas pembinaan pesawat AC-130 Spectre dan bukan sebaliknya.
AC-47 terbukti terdedah pada tembakan dari darat, dan ia dirasakan bahawa kapasiti senjata yang lebih diperlukan. AC-119 Shadow membawa empat meriam mini, berbanding dengan tiga pada AC-47 dan lebih banyak peluru. Stinger menggantikan dua meriam mini dengan dua meriam 20 mm (.26") dari setiap jenis ditukarkan.
Menjelang akhir tahun 1967, penggunaan pesawat senjata AC-47 Spooky amat berjaya, tetapi Tentera Udara Amerika Syarikat merasakan pesawat AC-47 Spooky terlalu kecil. Mereka merancang untuk menggunakan pesawat yang lebih besar. Pesawat AC-130 Spectre amat berjaya tetapi kos operasinya dan kos kerangkanya mahal. Penggunaan AC-130 Spectre kebanyakkan tertumpu di
Laluan Ho Chi Minh
.
Sebaliknya,
Tentera Udara Amerika Syarikat
mempunyai banyak kerangka C-119 kerana pesawat ini tidak lagi bera dalam perkhidmatan aktif dan diletakkan dalam simpanan. Di bawah projek
Project Gunship III
, 26 buah pesawat C-119G dibina sebagai pesawat AC-119G dan 26 buah pesawat C-119K diubahsuai menjadi pesawat AC-119K (Model AC-119K mempunyai tambahan 2 laras meriam
M61
berkaliber 20 mm).
Menjelang bulan
November
1968
, pesawat-pesawat ini dihantar ke Vietnam bagi menyertai Sayap Operasi Khas ke-14 terdiri dari Skuadron Ke-17 dengan AC-119G dan Skuadron Ke-18 dengan C-119K. Pesawat ini berkhidmat sehingga tahun 1971 apabila pasukan ini dibubarkan. Pesawat AC-119 meneruskan perkhidmatan dengan
Tentera Udara Vietnam Selatan
.
Project Gunship III mewujudkan pesawat penyerang yang jauh lebih berupaya berbanding dengan pesawat
AC-47 Spooky
. Pesawat AC-119 dilengkapkan alat ECM dan radar, berserta dengan Sistem Penglihatan Malam, sistem lampu AVQ-8 Xenon dan pelancar lampu suar LAU-74/A.
Pesawat AC-119K yang dibina untuk menyerang trak di Laluan Ho Chi Minh mempunyai peralatan radar Doppler AN/APN-147, pengimbas infra merah AN/AAD-4, dan radar-radar AN/APQ-133 dan AN/APQ-136. Pesawat AC-119G dilengkapkan dengan 4 pucuk mesingan
GAU-2
A/A dalam pod
SUU-11
A/A seperti yang dipasangkan dalam pesawat AC-47 Spooky. Kelengkapan ini kemudiannya ditukarkan dengan modul MXU-470/A. Pesawat AC-119K diberikan kelengkapan lebih berat dan dilengkapkan dengan tambahan 2 pucuk meriam
M61
20 mm.
Ciri umum
- Anak kapal:
6 (siang), 8 (malam)
- Panjang:
86 kaki 5¾ in (26.36 m)
- Rentang sayap
:
109 kaki 3¼ in (33.31 m)
- Tinggi:
26 kaki 7¾ in (8.12 m)
- Sayap luas:
1,400 kaki² (130 m²)
- Berat kosong:
40,125 lb (18,200 kg)
- Berat berlepas maksimum:
62,000 lb (28,100 kg)
- Loji kuasa:
2×
Wright R-3350
-85 "Duplex Cyclone"
enjin jejari
, 3,500 k.k (2,610 kW) setiap satu
Prestasi
Persenjataan
- 4×
meriam mini
GAU-2/A 7.62 mm (0.30 in), 1,500 butir peluru/meriam
- 2x meriam
M61 Vulcan
20 mm (versi AC-119K)
- 60× Mk 24
suar
dalam pelancar suar LAU-74/A
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan dengan penerbangan
|
---|
Umum
| |
---|
Ketenteraan
| |
---|
Kemalangan/Kejadian
| |
---|
Rekod
| |
---|
|