McDonnell
F3H Demon
ialah
pesawat pejuang
berasaskan
kapal pengangkut pesawat
Tentera Laut Amerika Syarikat
yang merupakan pengganti kepada
F2H Banshee
. Selepas menghadapi sesetengah masalah pada peringkat awal, pesawat itu kemudian digunakan dari tahun
1956
hingga tahun
1964
.
[1]
Kerja pembangunan pesawat F3H Demon bermula pada tahun 1949. Reka bentuk pesawat itu berdasarkan satu enjin
Westinghouse J40
yang tunggal, dengan tujahan melebihi 11,000 lbf (49 kN), iaitu tiga kali lebih kuat daripada enjin-enjin yang digunakan untuk pesawat Banshee. Ia merupakan reka bentuk McDonnell yang pertama untuk memiliki sayap yang terentang ke belakang serta juga antara pesawat Amerika Syarikat yang pertama memiliki senjata peluru berpandu.
Prototaip F3H Demon diterbangkan buat pertama kali pada 7 Ogos 1951 oleh juruterbang ujian, Robert Edholm,
[1]
dengan penerbangan-penerbangan ujian untuk reka bentuk pengendalian diadakan pada bulan Januari 1953. Bagaimanapun, enjinnya sangat mengecewakan kerana hanya menjanakan separuh daripada kuasa yang dijangka. Lebih teruk lagi, ia kadang-kadang meragam dan tidak boleh diharap. Antara 35 buah pesawat
F3H-1N
yang dipasang dengan enjin J40, lapan daripadanya terlibat dalam nahas yang teruk. Pesawat yang dipasang dengan enjin J40 kemudian tidak dibenarkan membuat penerbangan, dengan enjin baru dicari-carikan. Versi pengintipan
F3H-1P
yang dicadangkan tidak pernah dibina.
Pilihan yang terbaik ialah enjin
Allison J71
yang juga digunakan untuk pesawat udara pembinasa. Pesawat-pesawat yang kemudian yang dipasang dengan enjin itu digelar pesawat
F3H-2N
. Penggunaan enjin itu memerlukan sayap yang lebih besar serta
fiuslaj
yang direka bentuk semula. Dalam penggunaannya, enjin J71 terbukti menimbulkan masalah dan tidak dapat menjanakan kuasa yang diperlukan oleh sebuah pesawat yang sebesar saiz Demon. Enjin itu juga kerap kali mengalami
henti nyala
dan
kekakuan pemampat
. Pesawat Demon pertama yang dipasang dengan J71 terbang pada bulan Oktober 1954. Lagi satu masalah yang utama ialah ketuntasan
kerusi lentingnya
. Versi-versi yang asal didapati tidak tuntas dan akhirnya digantikan dengan kerusi
Martin-Baker
yang semakin menjadi pilihan piawai Tentera Laut kerana prestasinya yang tinggi pada ketinggian yang rendah serta ketuntasan yang lebih baik.
Sungguhpun masalah-masalah tersebut, Tentera Laut Amerika Syarikat memesan 239 buah pesawat
F3H-2
, dengan pesawat yang pertama digunakan pada bulan Mac 1956. Sehingga akhir tempoh pengeluaran pada bulan November 1959, sebanyak 519 buah pesawat Demon dibina. Pesawat tersebut bukannya
pesawat pemintas
semua cuaca yang pertama yang dipasang dengan
radar
(set pemintasan udara AN/APG-51 digunakan buat pertama kali untuk pesawat F2H-4 Banshee). Pesawat F3H-2 Demon dipasang dengan set AN/APG-51A yang kemudian dipertingkat kepada versi 51-B, dengan
magnetron
boleh tala. Versi 51-C kemudian digunakan, dengan rawatan penerima yang lebih baik.
Persenjataan piawai untuk pesawat F3H-2N ialah empat laras
meriam Colt Mk 12
berkaliber 20
mm
. Pada tahun-tahun kemudian, dua laras meriam yang teratas biasanya tidak dipasang supaya dapat meringankan pesawat. Model-model kemudian yang dikenali sebagai pesawat
F3H-2M
dilengkapi dengan
peluru berpandu udara ke udara
Raytheon
AAM-N-2 Sparrow
dan kemudian
Sidewinder
. Pesawat yang diterbangkan membawa kedua-dua jenis peluru berpandu, dengan Sparrow dipasang pada rel-rel dalam dan Sidewinder dipasang pada luar pesawat. Meriam tidak digunakan dalam pertahanan-pertahanan udara
kapal pengangkut pesawat
, tetapi hanya dipasang apabila keadaan seperti
Krisis Peluru Berpandu Cuba
memerlukannya serta apabila pesawat itu digunakan terhadap sasaran-sasaran permukaan.
Pesawat
F3H-2P
, versi
pesawat pengintip
, dicadangkan tetapi tidak pernah dibina. F3H Demon merupakan pesawat pejuang barisan depan Tentera Laut Amerika Syarikat sehingga tahun 1962 apabila ia digantikan dengan pesawat
F-4 Phantom II
(yang merupakan pembangunan "Super Demon" cadangan, versi pesawat F3H yang lebih besar dan lebih berat). Walaupun dibangunkan semasa
Perang Korea
, pesawat itu tidak pernah beraksi dan hanya terbang merentasi
Lubnan
dan
Quemoy
pada tahun
1958
. Konsep F-4 Phantom II dihidupkan semula pada
abad ke-21
dalam bentuk pesawat
F/A-18E/F Super Hornet
, versi
F/A-18 Hornet
yang jauh lebih besar dan lebih berupaya.
Pada tahun 1962, pesawat F3H dinamai semula sebagai pesawat
F-3
. Pesawat
F3H-2N
menjadi pesawat
F-3C
, manakala pesawat F3H-2M menjadi
MF-3B
dan pesawat F3H-2 digelar dengan mudah sebagai
F-3B
.
VF-161 'Chargers'
,
skuadron
terakhir yang dilengkapi dengan pesawat Demon, menukarkan pesawat F-3nya kepada pesawat
F-4 Phantom
pada bulan September
1964
.
Disebabkan jarak penglihatannya yang unggul dari
kokpit
, pesawat Demon telah memperoleh nama samaran "The Chair" (Kerusi Itu). Juruterbangnya dikenali dalam percakapan sebagai
Demon Drivers
(Pemandu Demon), manakala mereka yang bertugas di dalam pesawat tersebut dikenali sebagai
Demon Doctors
(Doktor Demon).
Ciri umum
- Anak kapal:
1
- Panjang:
59 kaki 0 in (17.98 m)
- Rentang sayap
:
35 kaki 4 in (10.77 m)
- Tinggi:
14 kaki 7 in (4.45 m)
- Sayap luas:
442 kaki² (41.1 m²)
- Berat kosong:
21,287 lb (9,656 kg)
- Berat berisi:
31,145 lb (14,127 kg)
- Berat berlepas maksimum:
39,000 lb (17,700 kg)
- Loji kuasa:
1×
Westinghouse J40
-WE-22
turbojet
, 14,400 lbf (64 kN)
Prestasi
Persenjataan
Avionik
- Radar AN/APG-51A, B, dan C
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
- ^
a
b
Angelucci, 1987. m.s. 147.
Senarai berkaitan dengan penerbangan
|
---|
Umum
| |
---|
Ketenteraan
| |
---|
Kemalangan/Kejadian
| |
---|
Rekod
| |
---|
|