한국   대만   중국   일본 
Eugene Delacroix - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Eugene Delacroix

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eugene Delacroix
Eugene Delacroix (fotograf oleh Nadar)
Kelahiran
Ferdinand Victor Eugene Delacroix

( 1798-04-26 ) 26 April 1798
Meninggal dunia 13 Ogos 1863 (1863-08-13) (umur 65)
Paris, Perancis
Warganegara Perancis
Terkenal kerana Seni lukisan , litografi
Karya terkenal
La Liberte guidant le peuple , 1830
Gerakan politik Romantisisme

Ferdinand Victor Eugene Delacroix ( Perancis:  [ø.??n d?.la.k?wa] ; 26 April 1798 ? 13 Ogos 1863) merupakan seorang pelukis Romantisis dari Perancis yang dianggap sebagai pelopor gaya seni ini dalam kalangan pelukis Perancis. [1]

Riwayat hidup [ sunting | sunting sumber ]

Eugene Delacroix lahir pada 26 April 1798 di Charenton-Saint-Maurice di Ile-de-France berdekatan kota Paris . Beliau merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik.

Beliau mendapat pengajian awalnya di Lycee Louis-le-Grand dan Lycee Pierre Corneille di Rouen [2] di mana beliau mendalami seni lukisan kelasik serta memenangi banyak anugerah pencapaian. Beliau memulakan latihan pakarnya bersama Pierre-Narcisse Guerin pada 1815. Beliau mula masyhur dengan lukisan pertamanya La Barque de Dante yang diterima masuk pertunjukan Salon de Paris pada tahun 1822, meskipun tidak begitu diterima khalayak ramai pada ketika itu.

Beliau mula menjadi tersohor dengan lukisan La liberte guidant le peuple (" Kebebasan Memimpin Rakyat ", 1830) yang menggambarkan semangat dan keazaman rakyat dalam kejadian Revolusi Julai yang menggulingkan Raja Charles X sambil mereka diiringi figura perlambangan kebebasan ( Liberte ) yang mengibarkan bendera Perancis . Lukisan ini dipamerkan kepada Presiden Louis Napoleon ( Napoleon III ) di muzium Louvre , Paris; ia pernah dipindahlan seketika di Louvre-Lens in Lens, Pas-de-Calais dari Disember 2012 sehingga tahun 2014. [3]

Pada 1832, Delacroix merantau ke Sepanyol dan Afrika Utara bersama diplomat Charles-Edgar de Mornay dalam suatu misi perhubungan dengan negara Maghribi berikutan penjajahan pihak Perancis di Algeria . Beliau mengambil peluang kerja ini untuk keluar dari Paris seketika untuk mempelajari budaya asing yang dilihatnya sebagai "primitif" dan senang-lenang. [4] Di sana, beliau menghasilkan lebih daripada 100 buah lukisan yang menumpukan kepada kehidupan seharian masyarakat Afrika Utara; karya-karya tersebut menjadi faktor penarik kepada bidang kajian Orientalisme dalam kalangan cendekiawan Barat kontemporari ketika itu. [5]

Gaya seni [ sunting | sunting sumber ]

Galeri [ sunting | sunting sumber ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Noon, Patrick, et al., Crossing the Channel: British and French Painting in the Age of Romanticism , p. 58, Tate Publishing, 2003. ISBN 1-85437-513-X
  2. ^ "Lycee Pierre Corneille de Rouen ? The Lycee Corneille of Rouen" . ac-rouen.fr .
  3. ^ " Louvre museum gets a sister " . USAToday. 23 December 2012 . Dicapai pada December 23, 2012 .
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama wellington_xv
  5. ^ Jobert, page 140.

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]