Espresso
Secawan espresso dengan lapisan kepala (
crema
) pada permukaannya.
|
Jenis
| Panas
|
---|
Negara asal
| Itali
|
---|
Diperkenalkan
| 1901
|
---|
Warna
| Hitam
|
---|
Espresso
adalah minuman
kopi
yang berasal dari
Itali
[1]
dihasilkan dengan mengekstrak biji kopi yang sudah dikisar melalui penyemburan
air
panas di bawah tekanan tinggi
[2]
menghasilkan cecair yang agak pekat dari seduhan kopi lain yang diketahui.
[3]
Cara ini lazim diketahui di
selatan benua Eropah
sebagai asas kepada pelbagai sajian minuman kopi lain termasuk
caffe latte
,
cappuccino
,
caffe macchiato
,
caffe mocha
,
flat white
, dan
caffe Americano
.
Terdapat lebih daripada enam ratus komponen
bahan kimia
dalam espresso termasuk di antaranya
gula
,
kafein
,
protein
,
emulsi
daripada
minyak
kopi,
koloid
, dan
zarah
kopi dalam
ampaian
dengan
buih
gas
halus.
[4]
Pada setiap espresso terdapat suatu komponen yang disebut
crema
yang merupakan buih keemasan yang terdiri daripada
minyak
,
protein
,
gula
yang terapung di permukaan.
[5]
Perkataan "espresso" serapan
bahasa Itali
sama ada bermaksud "cepat" - bandingkan dengan kata Inggeris
express
[6]
- ataupun terbitan kata kerja
esprimere
"menekan keluar" turunan Latin
exprim?r
lakuran
ex
- "luar" dan
prem?re
"menekan".
[7]
Kopi yang digunakan untuk membuat espresso dikisarkan terlebih dahulu sebelum dipadat-padatkan menjadi ketulan. Ketulan ini kemudiannya dilalukan air panas bertekanan tinggi: secara teknikalnya, air espresso diperoleh apabila 45 ml air disemburkan melalui 7 hingga 9 gram kopi serbuk pada
suhu
90 °C dengan tekanan 9 atmosfera.
[4]
Air yang terperah dari ketulan ini mempunyai rasa likat dengan suatu lapisan kepala berbusa rasa lemak disebutkan sebagai
crema
;
[8]
lapisan
crema
ini menahan haba dari cepat terlepas lalu tidak segera menyejuk sehingga sebatian aroma dan perisa dalam kopi perahan ini kekal lebih lama dirasa selepas dihirup.
[8]
Di kedai-kedai kopi yang mengkhusus kepada sajian kopi Barat,
mesin espresso
digunakan berkelengkapan omboh atau pam bertekanan tinggi yang menembusi kisaran kopi mengeluarkan air pekat sebegini. Pemerahan ini juga boleh didapatkan secara ringkas menggunakan sejenis teko didih khas iaitu
teko Moka
yang dipanaskan atas dapur api.
Selain disajikan begitu sahaja, espresso sering dicampur dengan susu, krim susu (
foam
), dan air panas. Minuman seperti
kapucino
dan
caffe latte
menggunakan espresso sebagai bahan utama dan merupakan minuman kopi yang banyak digemari.
[9]
- Espresso con panna
, espresso yang ditambah krim putar di atasnya.
- Espresso macchiato
, espresso yang ditambah susu berbuih di atasnya.
- Americano
, espresso dengan tambahan air panas.
- Cappuccino
, diperbuat daripada espresso,
susu sejat
dan susu berbuih.
- Caffe latte
diperbuat daripada espresso dan susu sejat. Untuk membuat caffe latte, isi cawan dengan 44 ml espresso, dan tuangkan wap susu ke atasnya sehingga ia penuh sebanyak 7/8 daripada cawan.
Pembuatan minuman kopi jenis ini mula dibangunkan di
Milan
,
Itali
sejak awal
abad ke-20
dengan penemuan mesin kopi yang boleh mengeluarkan
wap
dan air mendidih melalui serbuk kopi oleh Luigi Bezzera pada
1901
.
[10]
Mesin tersebut merupakan leluhur mesin espresso yang biasa digunakan pada masa ini.
[10]
Bezzera membuat mesin tersebut untuk menjawab permasalahan yang berlaku pada masa itu, iaitu tempoh masa pembuatan kopi yang mencapai lima minit.
[11]
Hak paten untuk mesin yang dicipta Bezzera kemudian dibeli oleh Desiderio Pavoni pada
1903
.
[10]
Syarikat milik Pavoni pun mula menghasilkan mesin berdasarkan mesin Bezzera dan menamakannya
La Pavona
.
[10]
Mesin
buatan Bezzera dan Pavoni mempunyai kelemahan kerana menggunakan wap dan air panas yang menggelegak sehingga memberikan rasa hangus pada minuman kopi yang sudah siap.
[10]
Hingga
1938
, mesin
bertuas
omboh
diciptakan oleh Cremonesi.
[10]
Mesin tersebut tidak menggunakan air mendidih melainkan hanya air panas sehingga rasa kopi yang dihasilkan lebih baik.
[10]
- ^
"Espresso Coffee Maker Through History"
.
EspressoCoffeeBrewers.com
(dalam bahasa Inggeris). 2017-12-13
. Dicapai pada
2021-04-08
.
- ^
(Inggeris)
Illy, Andrea (2005).
Espresso coffee: the science of quality
. Espresso coffee: the science of quality.
ISBN 978-0-12-370371-2
.
- ^
Illy, "Il caffe e i cinque sensi"
[1]
: "La tazzina di porcellana bianca incornicia la
crema
: una trama sottile nei toni del nocciola, percorsa da leggere striature rossastre"
- ^
a
b
(Inggeris)
Zimmer, Susan (2007).
I Love Coffee
. Andrews McMeel Publishing, LLC.
ISBN 978-0-7407-6377-9
.
- ^
"Kosakata Kopi : Espresso, Shot, Cappucino, Latte..."
Dicapai pada
2011-01-12
.
- ^
(Inggeris)
Espresso Coffee
,
Coffee Research
. Diakses pada 6 Julai 2011.
- ^
"espresso"
,
"esprimere"
(2023).
Vocabolario on line
. Istituto della Enciclopedia Italiana. Dicapai pada 14 Apr 2023.
- ^
a
b
"Espresso Crema"
. ChemistryViews.org
. Dicapai pada
8 October
2014
.
- ^
"Espresso-based Drinks"
. Dicapai pada
20 Oct
2012
.
- ^
a
b
c
d
e
f
g
(Inggeris)
The History of Espresso
,
Passion for Coffee
. Diakses pada 7 Julai 2011.
- ^
(Inggeris)
A Short History of Espresso
,
Home Barista
. Diakses pada 8 Julai 2011.