Ensiklopedia Britannica
Edisi Kesebelas
(
1910
?
1911
) mungkin merupakan edisi
Ensiklopedia Britannica
yang paling masyhur. Sesetengah rencananya ditulis oleh para
cendekiawan
yang amat terkenal pada masa itu. Rencana-rencana ini masih menarik dan berguna kepada cendekiawan-cendekiawan moden sebagai
artifak budaya
pada
abad ke-19
dan
ke-20
. Walau bagaimanapun, ensiklopedia ini menimbulkan sedikit masalah kepada cendekiawan moden yang menggunakan edisi ini sebagai satu sumber. Edisi Kesebelas tidak lagi dilindungi oleh
hak cipta
dan kini boleh didapati dalam talian, baik dalam bentuk asal mahupun dalam bahagian-bahagian yang telah digabungkan dalam karya-karya dan ensiklopedia-ensiklopedia yang lain dalam talian.
Edisi Kesebelas 1911 telah dikumpulkan di bawah pimpinan penerbit
Amerika Syarikat
,
Horace Everett Hooper
, dan disunting oleh
Hugh Chisholm
. Pada asalnya, Hooper membeli hak-hak untuk Edisi Kesembilan yang mempunyai 25 jilid, dan memujuk
The Times
, sebuah akhbar
British
, untuk menerbitkan cetakan semulanya dengan sepuluh jilid tambahan (iaitu 35 jilid pada jumlahnya) yang dikeluarkan sebagai Edisi Kesepuluh pada tahun
1902
.
Perhubungan Hooper dengan
The Times
tamat pada tahun
1909
, dan beliau berunding dengan
Percetakan Universiti Cambridge
untuk menerbitkan Edisi Sebelas yang mengandungi 29 jilid. Walaupun Ensiklopedia Britannica dianggap sebagai satu contoh unggul bagi karya-karya British, Edisi Kesebelas mempunyai pengaruh Amerika Syarikat yang cukup banyak, bukan sahaja dari segi kandungan Amerika Syarikat dan
Kanada
yang lebih banyak, tetapi juga dari segi usaha-usaha untuk memberikannya satu nada yang lebih popular. Kaedah-kaedah
pemasaran
Amerika Syarikat juga dipergunakan untuk membantu jualan. Lebih kurang 11% daripada penyumbang-punyumbang edisi ini adalah orang Amerika Syarikat, dan sebuah pejabat
New York
telah ditubuhkan semata-mata untuk mengendalikan operasi di negara itu.
Sesetengah rencana telah ditulis oleh cendekiawan-cendekiawan yang paling terkenal pada zaman itu, termasuk
Edmund Gosse
,
J.B. Bury
,
Algernon Charles Swinburne
,
John Muir
,
Putera Peter Kropotkin
,
T.H. Huxley
,
G.K. Chesterton
dan
William Michael Rossetti
. Antara penyumbang-penyumbang yang tidak begitu dikenali termasuk sebilangan yang kemudian mencapai kemasyhuran, seperti
Ernest Rutherford
dan
Bertrand Russell
. Banyak rencana dalam edisi ke-11 ini disalin daripada Edisi Kesembilan dan disemak, dengan sesetengah rencana diberikan pengemaskinian yang minimum dan jika rencana itu sepanjang buku, dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil untuk memudahkan rujukan. Sebilangan rencana juga disingkatkan secara hebat.
Secara amnya, pengarang-pengarang yang termasyhur hanya menyumbangkan sebuah rencana yang tunggal atau sebahagian rencana. Kebanyakan rencana ditulis oleh satu campuran
wartawan
, kakitangan
Muzium British
, dan pensyarah. Edisi 1911 merupakan edisi pertama yang mempunyai sebilangan penyumbang wanita. 34 orang wanita menyumbangkan rencana dalam edisi ini.
[1]
Edisi Kesebelas memperkenalkan sebilangan perubahan kepada format
Britannica
. Sebagai ganti untuk kaedah dahulu yang menerbitkan jilid-jilid sebaik-baik sahaja jilid itu disiapkan, edisi ini diterbitkan secara lengkap. Taipnya disimpan dalam
galei
, dan dikemaskinikan secara berterusan sehingga penerbitannya. Edisi Kesebelas juga merupakan edisi
Britannica
pertama yang mempunyai satu jilid indeks yang menyeluruh dan yang ditambahkan dengan satu indeks kategori yang menyenaraikan topik-topik yang sama. Edisi ini juga menyimpang daripada kelaziman untuk menulis rencana-rencana yang sepanjang
treatis
. Bagaimanapun, panjang keseluruhan edisi ini lebih kurang sama sahaja dengan pendahulunya. Bilangan rencana telah bertambah daripada 17,000 menjadi 40,000. Edisi ini juga merupakan edisi
Britannica
pertama yang mengandungi
biografi
orang yang masih hidup.
Menurut Coleman dan Simmons, m.s. 32
[2]
, kandungan ensiklopedia terdiri daripada bidang-bidang yang berikut:
Hooper menjual haknya kepada
Sears Roebuck
dari
Chicago
pada tahun
1920
dan dengan itu, melengkapi peralihan
Britannica
yang kini merupakan satu usaha Amerika Syarikat pada dasarnya.
Pada tahun
1922
, Sears Roebuck menerbitkan tiga jilid tambahan yang merangkumi peristiwa-peristiwa bagi tahun-tahun berselang, termasuk
Perang Dunia I
. Jilid-jilid tambahan ini, bersama-sama dengan cetakan semula Edisi Kesebelas, membentuk Edisi Kedua Belas. Edisi Ketiga Belas yang serupa mengandungi tiga jilid tambahan, bersama-sama dengan cetakan semula Edisi Kedua Belas, diterbitkan pada tahun
1926
. Oleh itu, Edisi-edisi Kedua Belas dan Ketiga Belas mempunyai kaitan yang rapat dengan Edisi Sebelas dan mempunyai banyak kandungan yang sama. Bagaimanapun, keperluan untuk satu pengemaskinian yang lebih teliti semakin menjadi jelas. Edisi Keempat Belas yang diterbitkan pada tahun
1929
menonjolkan banyak semakan teks, dengan banyak digugurkan atau diringkaskan untuk memberi ruang kepada topik-topik yang baru. Bagaimanapun, Edisi Kesebelas masih merupakan asas untuk setiap semakan
Ensiklopedia Britannica
sehingga tahun
1974
, ketika Edisi Kelima Belas yang benar-benar baru diterbitkan berdasarkan penyampaian maklumat yang moden.
Rencana-rencana Edisi Kesebelas masih menarik dan berguna kepada pembaca-pembaca dan cendekiawan-cendekiawan moden, khususnya dari sebagai
artifak budaya
: ketika penerbitan Edisi Kesebelas ini,
Empayar British
telah mencapai kemuncak,
imperialisme
hampir tidak dicabarkan, kebanyakan tempat di dunia masih diperintah oleh
raja
, dan kengerian perang-
perang dunia
moden masih di masa hadapan. Edisi Kesebelas ini mempunyai banyak sumber yang bernilai tentang topik-topik yang telah digugurkan daripada ensiklopedia moden, khususnya dalam bidang biografi dan
sejarah sains dan teknologi
. Sebagai teks
kesusasteraan
, edisi ini masih mempunyai nilai sebagai satu suara prosa dari awal
abad ke-20
, khususnya sebilangan perenggannya. Enskilopedia ini banyak menggunakan
keliruan belas rasa
dan alat kesusasteraan yang ketinggalan zaman dan yang kerap kali membingungkan pembaca baru. Bagaimanapun, sesetengah bahagian masih mempunyai daya penarik bagi pembaca kesusasteraan moden.
[2]
- ^
Gillian Thomas
(1992).
A Position to Command Respect: Women and the Eleventh Britannica
(Satu Kedudukan untuk Dihormati: Wanita dan Britannica Kesebelas) New Jersey: Percetakan Scarecrow,
ISBN 0810825678
.
- ^
a
b
*
All There is to Know
(Kesemuanya yang Dapat Diketahui) (
1994
), disunting oleh
Alexander Coleman
dan
Charles Simmons
. Subtajuk: "Readings from the Illustrious Eleventh Edition of the
Encyclopædia Britannica
" (Bacaan-bacaan daripada Ensiklopedia Britannica Edisi Kesebelas yang ternama).
ISBN 067176747X