한국   대만   중국   일본 
Emil von Behring - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Emil von Behring

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Emil von Behring
Emil Adolf von Behring
Kelahiran
Adolf Emil Behring

( 1854-03-15 ) 15 Mac 1854
Hansdorf , Kreis Rosenberg Prusia
(kini Poland )
Meninggal dunia 31 Mac 1917 (1917-03-31) (umur 63)
Warganegara Jerman
Terkenal kerana antitoksin/serum fisiologi
Anugerah Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan (1901)
Kerjaya saintifik
Bidang Fisiologi , immunologi
Pelajar terkemuka Hans Schlossberger

Emil Adolf von Behring , yang dilahirkan sebagai Emil Adolf Behring (15 Mac 1854 - 31 Mac 1917), ialah seorang ahli fisiologi Jerman . Beliau mendapat Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pertama tahun 1901 atas penemuan antitoksin yang membantu membasmi penyakit difteria sehingga turut mendapat jolokan "penyelamat kanak-kanak". [1] Beliau mendapat penghormatan bangsawan Prusia pada tahun 1901, dan seterusnya dikenali oleh nama keluarga "von Behring".

Ringkasan hidup [ sunting | sunting sumber ]

Emil Adolf lahir di Hansdorf, Kreis Rosenberg, Provinsi Prsia (kini Ławice , Kaunti Iława , Poland ). Beliau merupakan salah seorang daripada 13 adik-beradik Ayahnya bekerja sebagai seorang pengetua sekolah.

Meskipun keluarga beliau tidak mampu menampung kemasukan Emil ke sebarang universiti biasa, beliau masih dapat melanjutkan pendidikan perubatan di Akademi Maharaja Wilhelm ( Kaiser-Wilhelm-Akademie ) Berlin dari tahun 1874 sehingga 1878. [2]

Pada tahun 1895, von Behring dilantik sebagai Profesor Higenik dalam Fakulti Perubatan Universiti Marburg .

Behring meninggal di Marburg , Hessen-Nassau pada 31 Mac 1917.

Penerbitan [ sunting | sunting sumber ]

  • Die Blutserumtherapie (1892)
  • Die Geschichte der Diphtherie (1893)
  • Bekampfung der Infektionskrankheiten (1894)
  • Beitrage zur experimentellen Therapie (1906)
  • E. v. Behring's Gesammelte Abhandlungen (1915) - edisi digital didapati di Perpustakaan Universiti dan Negeri Dusseldorf.

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ The Immune System: In Defence of our Lives , nobelprize.org
  2. ^ "Emil von Behring - Biographical" . www.nobelprize.org . Dicapai pada 23 Julai 2018 .

Bibliografi [ sunting | sunting sumber ]

  • Kornelia Grundmann (3 December 2001). "Emil von Behring: The founder of serum therapy" . The Nobel Foundation . Dicapai pada 2008-07-21 . Cite has empty unknown parameter: |dead-url= ( bantuan )
  • Ulrike Enke: Salvatore dell'Infanzia Behring and Capri
  • Christoph Hans Gerhard : Trias deutschen Forschergeistes Emil von Behring Pflaum-Verlag / Munich Naturheilpraxis 71.Jahrgang January, 2018

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]