Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ekuestrianisme
(daripada bahasa Latin:
equester
,
equestr-
, "penunggang kuda"),
[1]
juga lebih dikenali sebagai
menunggang kuda
atau
berkuda
, merujuk kepada kemahiran menunggang, memandu, melompat halangan atau melombol dengan
kuda
. Takrifan umum ini mencakupi penggunaan kuda untuk tujuan-tujuan pekerjaan, pengangkutan, rekreasi, seni atau kebudayaan, dan sukan.
Kuda dilatih dan ditunggang untuk tujuan-tujuan pekerjaan praktis seperti
kerja polis
ataupun menggiring haiwan ternakan di
ladang
. Ia juga digunakan dalam
sukan kompetitif
termasuklah
dressage
,
lumba kuda lasak
,
eventing
,
show jumping
,
pancang tenda
,
polo
,
lumba kuda
, dan
rodeo
. Bentuk-bentuk peraduan yang terkenal dianjurkan di
pertunjukan kuda
di mana kuda melakukan pelbagai disiplin. Kuda (dan juga saudaranya seperti
baghal
dan
keldai
) ditunggang untuk tujuan bukan rekreasi seperti
memburu
atau bersiar-siar. Di seluruh dunia terdapat kemudahan laluan kuda untuk kegunaan awam; kebanyakan taman, ladang dan kandang awam menawarkan kemudahan menunggang secara terbimbing mahupun berdikari. Kuda juga digunakan untuk tujuan
terapi
dalam bentuk perlumbaan paraekuestrian khusus mahupun tunggangan bukan sukan untuk meningkatkan kesihatan insan dan perkembangan emosi.
Kuda juga dipandu untuk menarik pedati dalam
lumba kereta kuda
, di
pertunjukan kuda
dan jenis persembahan yang lain, baik dalam
lakonan sejarah
mahupun upacara. Di sesetengah negara, kuda masih digunakan untuk tujuan praktik seperti pertanian.
Kuda masih digunakan dalam perkhidmatan awam: di upacara tradisional (perarakan, pengebumian),
polis
dan peronda sukarelawan berkuda, serta usaha
mencari dan menyelamat
.
| Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini.
Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai
Dewan Bahasa dan Pustaka
. Sila
membantu
, bahan-bahan boleh didapati di
Equestrianism
(Inggeris)
.
Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di
terjemahan Google
. Walau bagaimanapun,
jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana
, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk.
Sumber-sumber bantuan:
Pusat Rujukan Persuratan Melayu
.
|
Templat:Equestrian Sports
Templat:Olympic sports