한국   대만   중국   일본 
Dragon (kapal angkasa lepas) - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Dragon (kapal angkasa lepas)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SpaceX Dragon
Kapal angkasa Dragon semasa COTS Demo Flight 2
Kapal angkasa SpaceX Dragon semasa COTS Demo Flight 2 menuju ISS .
Keterangan
Peranan Menempatkan manusia dan barang muatan ke dalam orbit rendah bumi ( kegunaan komersil ) [1]
Bekalan ISS ekoran pembersaraan Shuttle (kegunaan kerajaan)
Anak kapal Tiada (versi kargo)
7 (versi DragonRider)
Kenderaan pelancar Falcon 9
Dimensi
Tinggi 6.1 meter (20 kaki) [2]
Diameter 3.7 meter (12.1 kaki) [2]
Sudut dinding sisi 15 darjah
Isipadu 10 m 3 / 245 kaki 3 bertekanan [3]
14 m 3 / 490 kaki 3 tanpa tekanan [3]
34 m 3 / 1,200 kaki 3 tanpa tekanan dengan peti diperluas [3]
Jisim kering 4,200 kg (9,260 lb) [2]
Muatan 6,000 kg / 13,228 lb (pelancaran) [3]
3,000 kg / 6,614 lb (kembali) [3]
Prestasi
Ketahanan 1 minggu hingga 2 tahun [3]
Masuk semula pada 3.5 G [4] [5]

Dragon ialah sejenis kapal angkasa guna semula yang dibangunkan oleh SpaceX , sebuah syarikat pengangkutan angkasa swasta yang bertapak di Hawthorne, California . Ketika penerbangan pertamanya tanpa anak kapal pada Disember 2010, Dragon menjadi kapal angkasa buatan dan kendalian swasta pertama yang selamat dikembalkan dari orbit. [6] Pada 25 Mei 2012, sebuah lagi versi Dragon tanpa kru menjadi kapal angkasa komersil pertama yang berjaya bertemu dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). [7] [8] [9]

Dragon dikontrakkan untuk menghantar barang-barang muatan ke ISS di bawah program Perkhidmatan Pembekalan Semula Komersil NASA , dan dijadualkan memulakan penerbangan kargo secara tetap pada Ogos 2012. [10] Selain itu, NASA memberi SpaceX kontrak Pembangunan Kru Komersil (CCDev) pada April 2011. Dragon dirancang untuk mengangkut seramai tujuh orang angkasawan, ataupun campuran kakitangan dan kargo, berulang-alik ke orbit rendah bumi . Lebih-lebih lagi, Perisai haba direka untuk menahan halaju kemasukan semula ke Bumi dari penerbangan ke Bumi dan Marikh . [11]


Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ "SPACEX WINS NASA COMPETITION TO REPLACE SPACE SHUTTLE" (Siaran akhbar). Hawthorne, California: SpaceX. 8 September 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-18 . Dicapai pada 18 Disember 2011 .
  2. ^ a b c "SpaceX Brochure ? 2008" (PDF) . Dicapai pada 9 Disember 2010 .
  3. ^ a b c d e f "Dragonlab datasheet" (PDF) . Hawthorne, California: SpaceX. 8 September 2009 . Dicapai pada 19 Oktober 2010 .
  4. ^ Bowersox, Ken (25 January 2011). "SpaceX Today" (PDF) . SpaceX. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-01-08 . Dicapai pada 13 October 2011 .
  5. ^ Musk, Elon (17 July 2009). "COTS Status Update & Crew Capabilities" (PDF) . SpaceX . Dicapai pada 16 April 2012 .
  6. ^ Bates, Daniel (9 Disember 2010). "Mission accomplished! SpaceX Dragon becomes the first privately funded spaceship launched into orbit and guided back to Earth" . Daily Mail . London . Dicapai pada 9 Disember 2010 .
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama FirstDock
  8. ^ "SpaceX Launches Private Capsule on Historic Trip to Space Station" . Space.com. 22 Mei 2012.
  9. ^ Chang, Kenneth (25 Mei 2012). "Space X Capsule Docks at Space Station" . New York Times . Dicapai pada 25 Mei 2012 .
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama augLaunch
  11. ^ Clark, Stephen (16 July 2010). "Second Falcon 9 rocket begins arriving at the Cape" . Spaceflight Now . Dicapai pada 16 July 2010 .

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]