Douglas DC-3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Douglas DC-3
Sebuah DC-3 dioperasi oleh Flygande Veteraner di Sweden
Peranan Airliner and transport aircraft
Pengeluar Douglas Aircraft Company
Penerbangan pertama 17 Disember 1935
Status >400 in limited use
Jumlah dibina 16,079<10,655 (DC-3) + 4,937 (Li-2) + 487 (L2D)> [1]
Dibangunkan dari Douglas DC-2
Variasi C-47 Skytrain
Lisunov Li-2

Pesawat Douglas DC-3 adalah sejenis pesawat berkipas mempunyai sayap tetap yang merevolusikan industri pengangkutan udara dalam tahun 1930-an dan 1940-an. Ia turut dikenali sebagai salah sebuah pesawat yang terbaik pernah dibina, bersama-sama dengan Boeing 707 dan Boeing 747 .

Sejarah [ sunting | sunting sumber ]

DC-3 direka oleh sekumpulan jurutera yang dikepalai oleh Arthur E. Raymond dan diterbangkan buat pertama kalinya pada 17 Disember , 1935 (juga sempena ulang tahun penerbangan pertama Wright Bersaudara di Kitty Hawk ). Tercetusnya projek untuk membina DC-3 disebabkan oleh panggilan telefon bertau-talu oleh CEO American Airlines iaitu C.R. Smith dimana beliau meminta agar Douglas memperbaiki rekaan DC-2 . DC-3 didatangkan dengan katil dan dapur kecil dan dengan itu turut mempopularkan pengangkutan udara di Amerika Syarikat . Pesawat ini bisa terbang dengan jarak yang lebih jauh dan dapat menjimatkan waktu penerbangan merentas benua.

Tempahan penerbangan-penerbangan Amerika ketika itu melebihi 400 unit dan ini membuktikan DC-3 mencetuskan sebuah revolusi industri aviasi Amerika sekaligus menggantikan peranan kereta api dalam perjalanan jauh. Ketika perang dunia kedua, kebanyakkan DC-3 komersil dan juga versi tentera DC-3 iaitu C-47, C-53, R4D, dan Dakota digunakan dalam peperangan untuk pengangkutan tentera, kargo dan pesakit.

Selepas perang, ribuan C-47 ditukar menjadi pesawat komersil dan akhirnya digunakan oleh penerbangan diseluruh dunia. Turut menyumbang, harganya yang murah dan penyelenggaraan yang mudah menginjakkan industri penerbangan seluruh dunia. Douglas turut mereka model DC-3 yang diperbaharui spesifikasinya tetapi kerana terdapat lebihan DC-3 dipasaran dunia, maka model ini tidak terjual.

Pelbagai percubaan dibuat untuk menggantikan DC-3 seperti Fokker Friendship tetapi tiada satupun berjaya. DC-3 terus digunakan secara meluas hingga 1970-an dan pada hari ini, sesetengah penerbangan-penerbangan kecil masih lagi mengekalkan DC-3 dalam perkhidmatannya.

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Gradidge p. 20

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]