Dalam
pemakanan
,
diet
ialah jumlah
makanan
yang diambil seseorang atau
organisma
lain.
[1]
Hal ini sering difahamkan kepada penggunaan dan pengambilan
nutrisi
tertentu untuk
kesihatan
atau sebab-sebab pengurusan
berat badan
(dengan kedua-dua yang sering dikaitkan). Walaupun manusia adalah
omnivor
, setiap budaya dan setiap orang memegang beberapa pilihan makanan atau beberapa tabu makanan. Ini mungkin disebabkan oleh citarasa peribadi atau sebab etika. Pilihan makanan individu mungkin lebih kurang sihat.
Pemakanan lengkap memerlukan pengambilan dan penyerapan
vitamin
,
mineral
, asid amino penting dari protein dan asid lemak penting dari makanan yang mengandungi lemak, juga
tenaga makanan
dalam bentuk karbohidrat, protein, dan lemak. Tabiat dan pilihan pemakanan memainkan peranan penting dalam kualiti kehidupan,
kesihatan
dan
umur
panjang.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemakanan serta diet dikelompokkan menjadi dua:
- Faktor dalaman
mencakupi faktor-faktor berkaitan dalam badan yang tidak dapat dikendalikan secara sedar pemakan seperti
gen
,
kawal atur suhu
, dan
metabolisme
.
- Faktor luaran
mencakupi kegiatan fizikal, dan asupan makanan.
Kajian dilakukan oleh Sekolah Perubatan Universiti Boston menemukan bahawa gen
INSIG2
bertanggungjawab terhadap kegemukan. Gen
INSIG2
bertanggungjawab dalam menghambat sintesis
asid lemak
dan
kolesterol
. Beberapa produk protein dari
Varian
gen
INSIG2
memiliki daya penghambatan rendah sehingga orang-orang dengan varian gen ini cenderung mengumpul lebih banyak lemak dalam tubuh. Sekitar 1 dari sepuluh orang (10%) diduga membawa varian gen ini.
[2]
Gen lain yang bertanggungjawab terhadap kegemukan adalah gen
FTO
yang terletak pada
kromosom 16
manusia. Kajian genetik menunjukkan bahawa orang-orang yang memiliki varian tertentu dari FTO dan memiliki pasangan
alel
homozigot
varian tersebut di dalam
genomnya
(16,4% dari subyek penelitian) memiliki berat badan 3 kg lebih berat dari orang biasa dan mempunyai risiko serangan
kegemukan
1.5 kali lebih besar dari orang biasa.
[3]
[4]
Manusia pada dasarnya adalah makhluk
berdarah panas
yang menghabiskan tenaga untuk mempertahankan suhu tubuhnya. Selain memerlukan tenaga untuk mempertahankan suhu tubuhnya (rata-rata 37
o
C), sejumlah tenaga juga diperlukan untuk mempertahankan kegiatan
organ-organ
penting seperti
jantung
dan
paru-paru
. Tenaga yang diperlukan ini berasal dari makanan diambil seseorang.
Umumnya, dalam keadaan tidur, manusia memerlukan
daya
sebesar 1
Watt
untuk setiap kilogram berat tubuh badan (manusia dengan tubuh seberat 65 kg akan mengambil daya sekitar 65
Watt
atau kira-kira tenaga sama yang diperlukan untuk menghidupkan dua buah lampu
bohlam
). Dengan berat tubuh 65 kg, maka konsumsi tenaga yang diperlukan oleh orang itu setiap harinya adalah sekitar 5.500
kilojoule
atau 1.400
kilokalori
(kkal). Tenaga yang diperlukan manusia untuk sekadar hidup (dalam tahap istirehat) tanpa melakukan kegiatan apapun disebut dengan istilah
Kadar Metabolisme Asas
(
Basic Metabolite Rate
, BMR).
Mekanisme regulasi termis setiap orang berbeza-beda dan konsumsi tenaga tersebut yang menentukan seberapa banyak nutrisi yang harus
dibakar
oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga tersebut. Dengan demikian,
semakin tinggi BMR seseorang
, maka
semakin tinggi konsumsi energinya
dan orang tersebut memerlukan lebih banyak makanan untuk mempertahankan kegiatan tubuhnya. Perbedaan jenis kelamin, ras, dan juga tinggi badan memengaruhi nilai BMR. Kondisi psikologis dan suhu udara juga ikut berpengaruh.
Metabolisme
atau proses pengolahan (pembentukan dan penguraian) zat-zat diperlukan tubuh untuk menjalankan fungsinya merupakan salah satu faktor penentu dalam diet.
- metabolisme
lemak badan
: berkait rapat dengan kandungan jisim
otot
dalam tubuh di mana metabolisme makanan meningkat selari dengan jisim lalu dapat meningkatkan pembakaran lemak
Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap populasi penduduk
Amerika Syarikat
, terdapat 60.5% penduduk berusia dewasa mengalami kondisi berat badan berlebih (data tahun 2005).
[5]
Para saintis turut yakin bahawa kebiasaan hidup dan pola makan memegang faktor yang lebih dominan dalam mempengaruhi berat badan seseorang bila dibandngkan faktor dalaamn . Dua faktor yang sangat dominan ini adalah kegiatan fizikal dan asupan nutrisi. Seseorang dapat dengan mudah mengurangi berat badannya tanpa perlu mengambil obat-obatan pembakar lemak dan semacamnya dengan meningkatkan kegiatan serta mengurangi asupan makanan ke dalam tubuhnya.
Untuk melakukan sebarang kegiatan fizikal secara sehari-hari, manusia memerlukan sejumlah
tenaga
. Jika tenaga yang diberikan oleh makanan tidak cukup memenuhi kadar yang diperlukan dalam melakukan kegiatan mengambil tenaga tersebut, maka tenaga diperoleh dari hasil pemecahan lemak di dalam tubuh. Berikut adalah contoh kegiatan fizikal beserta
kalori
diperlukan yang dibakar dalam tempoh satu jam (dalam kkal/jam):
[6]
Kegiatan
|
50 kg
(kkal/jam)
|
70 kg
(kkal/jam)
|
Berbasikal
10 km/jam
|
165
|
240
|
Berbasikal 20 km/jam
|
270
|
410
|
Berlari 9 km/jam
|
440
|
660
|
Berlari 16 km/jam
|
850
|
1.280
|
Berenang 23 m/menit
|
185
|
275
|
Berjalan 3 km/jam
|
160
|
240
|
Keperluan kalori keseluruhan untuk setiap individu berbeza-beda dan tergantung pada
jantina
,
usia
, bahkan juga
etnik
. Pakar-pakar gizi umumnya menggunakan
Formula Harris Benedict
untuk menghasilkan perkiraan yang lebih tepat terhadap nilai BMR seseorang.
[7]
- Diet kurang
karbohidrat
: adakala menggalakkan pemecahan lemak melalui
ketosis
menggantikan bekalan yang sudah dihabiskan badan
[8]
- Diet kurang kalori
: diamati boleh mengurangkan berat badan selama 8% dalam tempoh antara 3?12 bulan
[9]
bergantung kepada usia dan berat badan
[9]
- Puasa
juga boleh dianggap suatu amalan diet bergantung kepada kekerapan dilakukan, sama ada secara biasa mahupun
berkala
.
- Diet Iklim
: diet yang menitikberatkan isu pemanasan global yang berkaitan perubahan iklim dengan panduan yang dapat membantu pengurangan karbon, kos dan menyelamatkan planet.
[10]
- ^
kata nama, def 1
- askoxford.com
- ^
Nordqvist, Christian (14 April 2006).
"Obesity Gene Affects One In Ten People"
. Medical News Today.
- ^
Jha, Alok (9 November 2007).
"Researchers move closer to understanding obesity gene"
.
The Guardian
.
- ^
Frayling, Timothy M.; Timpson, Nicholas J.; Weedon, Michael N.; Zeggini, Eleftheria; Freathy, Rachel M.; Lindgren, Cecilia M.; Perry, John R. B.; Elliott, Katherine S.; Lango, Hana; Rayner, Nigel W.; Shields, Beverley (11 Mei 2007).
"A Common Variant in the FTO Gene Is Associated with Body Mass Index and Predisposes to Childhood and Adult Obesity"
.
Science
(dalam bahasa Inggeris).
316
(5826): 889?894.
doi
:
10.1126/science.1141634
.
ISSN
0036-8075
.
PMID
17434869
.
- ^
"State-Specific Prevalence of Obesity Among Adults --- United States, 2005"
.
MMWR Weekly
. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat. 15 September 2006
. Dicapai pada
10 Mei
2021
.
- ^
"Calories Burned During Exercise"
.
MSN Encarta
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 28 Mac 2008
. Dicapai pada
24 April
2008
.
- ^
Tom, Venuto.
"How to Determine Your Body's Daily Calorie Needs"
. Dicapai pada
10 Mei
2021
.
- ^
"Low-carb diet: Can it help you lose weight? - Mayo Clinic"
.
www.mayoclinic.org
. Dicapai pada
30 April
2020
.
- ^
a
b
Strychar I (January 2006).
"Diet in the management of weight loss"
.
CMAJ
.
174
(1): 56?63.
doi
:
10.1503/cmaj.045037
.
PMC
1319349
.
PMID
16389240
.
- ^
Harrington, Jonathan (2008).
The Climate Diet - How You Can Cut Carbon, Cut Costs, And Save The Planet
. London: Earthscan. m/s. 3.
ISBN
978-1-84407-533-1
.