Diana, Puteri Wales
(Diana Frances;
nee
Lady Diana Spencer;
1 Julai
1961
-
31 Ogos
1997
) ialah isteri pertama
Charles, Putera Wales
, anak sulung kepada Ratu
Elizabeth II
dan juga perwaris takhta kerajaan
United Kingdom
dan 15 lagi negara di dalam
Kerajaan Komanwel
. Anak-anak beliau,
Putera William
dan
Harry
masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga di dalam susunan pewarisan takhta semasa hayatnya. Diana dilahirkan dalam kalangan keluarga bangsawan Inggeris dan dibesarkan dalam suasana keluarga diraja di hartanah mereka di Sandringham.
Diana dilahirkan
Diana Frances Spencer
, anak bongsu kepada
Edward Spencer, Viscount Althorp
, dan isteri pertamanya,
Frances Spencer, Viscountess Althorp
di Park House,
Sandringham Estate
. Beliau
dibaptiskan
di Gereja St. Mary Magdalene di Sandringham, oleh
Percy Herbert
(rektor gereja dan bekas biskop Norwich dan Blackburn); ibu bapa pembaptisannya ialah
John Floyd
dan Mary Colman (seorang anak saudara
Elizabeth, Bonda Ratu
).
Diana mempunyai latarbelakang keluarga diraja dan bangsawan. Di sebelah ibunya, Diana mempunyai darah orang Amerika. Moyang Diana merupakan seorang wanita dari keluarga berada dari Amerika,
Frances Works
. Di sebelah bapanya, Diana merupakan keturunan langsung
Raja Charles II
melalui dua anak lelaki yang luar nikah dan menerusi
Raja James II
melalui seorang anak perempuannya yang luar nikah. Menurut penyusun biografi Diana,
Lady Colin Campbell
, moyang kepada moyang Diana,
Eliza Kewark
(beberapa sumber mengeja nama
Kewark
sebagai "Kevork" atau "Kevorkian") berasal dari
Bombay
,
India
dan kemungkinan keturunan orang India, walaupun keluarga Diana sering mengatakan yang keluarga "Kevork/Kewark" adalah dari
Armenia
.
Setelah perceraian ibu bapanya, Diana telah dijaga oleh bapanya. Dengan kematiannya datuk di sebelah bapa,
Albert Spencer
pada
1975
, bapa Diana menjadi Earl Spencer ke-8 dan Diana diberi gelaran
Lady Diana Spencer
dan berpindah dari rumah kanak-kanaknya di Park House ke rumah keluarga besar mereka di
Althorp
. Setahun kemudian, bapanya berkahwin dengan
Raine, Countess Dartmouth
, anak perempuan kepada novelis romantik,
Barbara Cartland
.
Diana menerima pendidikannya di Riddlesworth Hall di
Norfolk
dan di West Heath Girls' School, di
Sevenoaks
,
Kent
, di mana beliau dianggap sebagai seorang pelajar berprestasi rendah. Diana juga telah gagal dalam peperiksaan
O-levelnya
. Pada
1977
, semasa berusia 16 tahun, Diana meninggalkan sekolah West Heath untuk menuntut di
Institut Alpin Videmanette
di
Switzerland
, sebuah sekolah yang menitikberatkan pendidikan budaya dan menyediakan pelajar-pelajarnya untuk aktiviti-aktiviti sosial. Di situ juga, Diana telah berkenalan dengan bakal suaminya yang pada masa itu sedang keluar dengan kakaknya,
Lady Sarah
. Walaupun Diana tidak cemerlang dalam pelajarannya, beliau lebih terserlah dalam bidang
sukan
dan juga merupakan seorang penyanyi amateur yang baik.
Pada
31 Ogos
1997
Diana meninggal dunia apabila terlibat dalam
kemalangan kereta
yang dipandu laju di jalan terowong Pont de l'Alma di
Paris
bersama-sama dengan
Dodi Al-Fayed
dan pemandu
Henri Paul
[3]
.
Kereta
Mercedes-Benz
W140 (no pendaftaran 688 LTV75) dipandu oleh pemandu keselamatan
Hotel Ritz Paris
,
Henri Paul
dipandu laju bagi mengelak jurugambar
paparazzi
. Analisis darah menunjukkan Henri Paul telah minum alkohol 3 kali lebih dan mengurangkan kstabilan semasa memandu. Tetapi
teori konspirasi
menyatakan sampel darah itu kepunyaan orang lain kerana biasanya pemandu keselamatan dan profesional tidak minum pada malam Diana berada. Henri Paul berjaya melintasi 13 tiang
terowong
tetapi gagal mengawal kereta selepas itu. Soalnya mengapa di dalam terowong. Terowong dua hala itu dibina tanpa halangan logam. Semua yang berada dalam kereta tidak memakai tali keledar. Anehnya
pengawal peribadi
Fayed yang bernama
Trevor Rees-Jones
terselamat.
Dodi Fayed
dan Diana duduk di tempat duduk belakang. Pendarahan dalam berlaku dan mereka mati di tempat kejadian jam 4 pagi. Pengkebumian diadakan pada 6 September 1997 dan disiar secara langsung ke seluruh dunia termasuk stesen televisyen RTM TV1, RTM TV2 dan TV3 di Malaysia, ditonton lebih 1.5 bilion penonton di seluruh dunia.
Ekoran kematian Diana, pelbagai teori konspirasi muncul. Bapa
Dodi Fayed
ialah
Mohamad Fayed
seorang peniaga berketurunan Mesir yang memiliki kedai mewah
Harrods
. Banyak teori mengaitkan perisik
M16
,
CIA
dan
Mossad
terlibat dalam
komplot
membunuh puteri yang diramal akan memeluk Islam dan diramal mempunyai anak berugama Islam. Rakaman
CCTV
tidak menunjukkan tanda-tanda Henri Paul mabuk ketika berjalan keluar menuju kereta mereka.
Peguam
Michael Shrimpton
turut menyokong Henri Paul tidak ada tanda-tanda mabuk atau kesan dadah.
Sekumpulan jurugambar paparazzi tiba di
Alma
. Mereka terdiri dari
Serge Arnal
,
Christian Martinez
,
Stephane Darmon
dan
Serge Benhamou
. Pada 13 Julai 2006, majalah
Chi
yang terbit di
Itali
menyiarkan gambar-gamabar puteri Diana menerima bantuan oksigen dari petugas paramedik selepas kemalangan kereta itu. Gambar itu diambil beberapa minit selepas kemalangan.