Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dewan Bandaraya Kuching Utara
![](//upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/75/Seal_of_North_Kuching.svg/220px-Seal_of_North_Kuching.svg.png) |
![](//upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/74/666_-_Kuching_Cat-Museum.JPG/220px-666_-_Kuching_Cat-Museum.JPG) |
|
Dibentuk
| 1 Ogos 1988
; 35 tahun yang lalu
(
1988-08-01
)
|
---|
Agensi terdahulu
| - Majlis Perbandaran Kuching
|
---|
Bidang kuasa
| Bahagian utara bandaraya
Kuching
![Map](https://maps.wikimedia.org/img/osm-intl,10,a,a,300x200.png?lang=ms&domain=ms.wikipedia.org&title=Dewan_Bandaraya_Kuching_Utara&revid=5991623&groups=_c903caf188e05f1dc606e5986e9cd6e047f994bc) |
---|
Ibu pejabat
| Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
|
---|
Moto
| Cantik, Bersih & Selamat
|
---|
Eksekutif Agensi
| - Tuan Haji Hilmy bin Haji Othman, Datuk Bandar
- Dr. Haji Morshidi Bin Ahmad, Pengarah
- Haji Mohamed Khaidir Bin Abang, Timbalan Pengarah Utama
- Kartini Haji Bushra, Timbalan Pengarah CPS
- Salwa Binti Pauzi (CIO), Timbalan Pengarah FCS
- Rudzaimeir Bin Malek, Timbalan Pengarah COS
- Mohamad Faisal Bin Adenan, Deputy Director INS
- Durie Austine Tinggie, Timbalan Pengarah PBL
- Siti Fatimah Binti Jamail, Timbalan Pengarah RES
|
---|
Laman sesawang
| dbku
.sarawak
.gov
.my
|
---|
Dewan Bandaraya Kuching Utara
Dewan Bandaraya Kuching Utara
atau nama rasminya, The
Commission of Kuching North City Hall
(Melayu: Suruhanjaya Dewan Bandaraya Kuching Utara, ringkasan
DBKU)
merupakan salah satu daripada dua pihak berkuasa yang mentadbir bandar raya
Kuching
. Kuching telah dinaikkan ke taraf
bandar raya
pada
1 Ogos
1988
dan merupakan bandar raya yang ketiga dari segi turutan di
Malaysia
selepas
Kuala Lumpur
dan
Ipoh
. Memandangkan
Daerah Kuching
mempunyai keluasan yang agak besar, maka pentadbirannya dibahagikan kepada dua, iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan
Majlis Bandaraya Kuching Selatan
(MBKS). Bandar raya Kuching dibahagi kepada dua kawasan: Utara dan Selatan. Setiap satu ditadbir oleh Datuk Bandar - iaitu
Pesuruhjaya Kuching Utara
untuk Kuching Utara dan
Datuk Bandar
bagi Kuching Selatan. Datuk Bandar yang terkini ialah Datu Junaidi Reduan.
Bandar raya Kuching Utara merujuk kepada kawasan yang diurus tadbir oleh Suruhanjaya ini, merangkumi sebahagian kecil kawasan dahulunya di bawah Kuching Municipal Council (KMC) tetapi pada masa yang sama menyerap masuk kawasan yang dahulunya ditadbir oleh Kuching Rural District Council (KRDC) dengan keluasan kesuluruhan pentadbiran DBKU adalah 369.48km persegi manakala jumlah hartanah pula sebanyak 43,575 unit.
Pentadbiran secara bersama lahir atas keperluan sistem yang efesien untuk membolehkan pembangunan seimbang dan taburan populasi di kedua dua kawasan. Penubuhan
DBKU
adalah tepat, kerana ini akan memastikan
Majlis Bandaraya Kuching Selatan
dapat menjalankan tanggungjawab penuh sebagai sebuah PBT dan tidak akan dibebani oleh tanggungjawab membangunkan kawasan luar bandar dalam sebahagian kawasan
Bandaraya Kuching Utara
yang sebelumnya dibawah kawalselia KRDC.
[1]
Oleh kerana penubuhannya yang tidak menyamai mana-mana Kerajaan Tempatan lain di Sarawak,
Bandaraya Kuching Utara
dikawalselia oleh Suruhanjaya ini yang merupakan sebuah badan korporat.
Pesuruhjaya Kuching Utara
yang dilantik TYT
Yang di-Pertua Negeri
dibantu oleh beberapa orang ahli Lembaga Penasihat dan
Pesuruhjaya Kuching Utara
bertanggungjawab serta melapor secara terus kepada Ketua Menteri Sarawak. Bidang kuasa dan fungsi Suruhanjaya adalah termaktub dibawah suatu ordinan yang digubal khas untuk Kuching Utara disebut sebagai
Ordinan Bandaraya Kuching Utara
. Melalui ordinan ini juga,
Pesuruhjaya Kuching Utara
secara sah boleh disebut dengan gelaran
Datuk Bandar
sekiranya perlu. Selain dibantu oleh Ahli Lembaga Penasihat, Datuk Bandar turut dibantu oleh seorang Pengarah dalam urusan pentadbiran harian. Manakala Pengarah pula dibantu oleh 6 orang Timbalan Pengarah yang tiap-tiap satunya mengetuai Jabatan masing-masing. Sebanyak 24 bahagian terdapat di DBKU yang dinaungkan dibawah 6 jabatan iaitu:
[2]
- Jabatan Perkhidmatan Kawalselia
- Jabatan Perkhidmatan Pembangunan & Lanskap
- Jabatan Perkhidmatan Komuniti
- Jabatan Perkhidmatan Korporat
- Jabatan Perkhidmatan Kewangan
- Jabatan Perkhidmatan Infrastruktur
- YBhg. Datu Dr. Yusoff Hj. Hanifah - (1 Ogos 1988-1994)
- YBhg. Datu Haji Awang Ehsan Joini (1995-2000)
- YBhg. Tuan Haji Madehi Haji Kolek (2000-2005)
- YBhg. Datu Abdul Hamid b. Mohd Yusof (Feb 2005 - 2008)
- YBhg. Dato Haji Abang Mohamad Atei Bin Abang Medaan (2008 - 2011)
- YBhg. Datuk Awang Wahap Awang Julai (2011 - 2019)