Despicable Me
ialah filem animasi komedi jenayah 3D keluarga Amerika Syarikat 2011 dari
Universal Pictures
dan
Illumination Entertainment
yang ditayangkan pada 9 Julai, 2011 di Amerika Syarikat. Merupakan karya sulung Illumination, ia diarahkan oleh
Pierre Coffin
dan Chris Renaud, berdasarkan dari cerita asal oleh Sergio Pablos.
- Faiq Luqman bin faisal
sebagai Gru, seorang bapa angkat penjahat super yang berubah menjadi baik hati
- Jason Segel
sebagai Victor "Vector" Perkins, anak lelaki Mr. Perkins dan
musuh utama
Gru
- Russell Brand
sebagai Dr. Nefario, lelaki gajet tua Gru dan seorang ahli sains yang peramah
- Miranda Cosgrove
sebagai Margo, anak sulung dari tiga beradik perempuan
- Dana Gaier
sebagai Edith, adik Margo
- Elsie Fisher
sebagai Agnes, adik bongsu Margo
- Will Arnett
sebagai Mr. Perkins, Presiden Bank of Evil dan ayah Vector
- Kristen Wiig
sebagai Miss Hattie, pemilik pusat asuhan Miss Hattie Home for Girls
- Julie Andrews
sebagai Marlena, ibu Gru
- Pierre Coffin
sebagai Kevin, Tim, Bob, Mark, Phil dan Stuart, enam dari Minions Gru
- Chris Renaud
sebagai Dave, salah satu dari Minion Gru
- Jemaine Clement
sebagai Jerry, salah satu dari Minion Gru
- Jack McBrayer
sebagai Barker, pemilik salah satu permainan karnival
- McBrayer juga meminjamkan suara untuk Turis, bapa Justin
- Danny McBride
sebagai Fred McDade, jiran Gru
- Mindy Kaling
sebagai Turis, ibu Justin
- Rob Huebel
sebagai penyampai berita
- Ken Daurio
sebagai penjaga Mesir
- Ken Jeong
sebagai pengacara rancangan bual bicara
Kesinambungannya, berjudul
Despicable Me 2,
dikeluarkan pada 3 Julai 2013 di Amerika Syarikat.
[2]
Ia diterbitkan oleh pasukan sama yang turut terbabit dalan filem pertama bersama pengarah
Pierre Coffin
dan Chris Renaud dan penulis Cinco Paul dan Ken Daurio.
Steve Carell
,
Russell Brand
, dan
Miranda Cosgrove
menjayakan kembali watak mereka;
Kristen Wiig
dan Ken Jeong kembali tetapi melakonkan watak baru (Lucy Wilde dan Floyd Eagle-san).
[3]
Barisan pelakon baru termasuk
Benjamin Bratt
sebagai Eduardo, musuh Gru, dan
Steve Coogan
sebagai Silas Ramsbottom.
[4]
Kesinambungan ketiganya berjudul
Despicable Me 3
, dikeluarkan pada 30 Jun 2017 di Amerika Syarikat. Seperti pendahulunya, Carell, Wiig, dan Cosgrove menjayakan kembali peranan mereka untuk filem ketiga, dengan
Trey Parker
dari
South Park
sebagai penjahat gaya 80-an baru, Balthazar Bratt, sementara Carell, yang juga melakonkan suara watak Gru, juga menjayakan watak sebagai saudara kembar Gru, Dru.
Sebuah filem keempat dalam francais ini sedang dalam pembangunan.
[5]
Treler pertama untuk filem itu dikeluarkan pada 28 Januari 2024, semasa
playoff NFL 2023?24
.
[6]
Filem cereka terbitan turunan bertajuk
Minions
, menampilkan Minion sebagai watak utama, dikeluarkan pada 10 Julai 2015. Ditulis oleh
Brian Lynch
, filem ini diarahkan oleh
Pierre Coffin
dan
Kyle Balda
, dan diterbitkan oleh Chris Meledandri dan Janet Healy. Filem ini, berlatarkan pada 1960-an, berfokus pada Minion sebelum mereka bertemu Gru, di mana mereka bersaing untuk mendapatkan hak untuk menjadi penjahat minion yang bercita-cita, Scarlet Overkill, lakonan suara oleh
Sandra Bullock
. Filem prekuel kedua berjudul
Minions: The Rise of Gru
, yang dikeluarkan pada 3 Julai 2020.
- ^
a
b
"Despicable Me"
. Box Office Mojo
. Dicapai pada
2013-06-28
.
- ^
Kit, Borys (May 1, 2012).
"Steve Coogan Joining Voice Cast for 'Despicable Me 2' (Exclusive)"
.
The Hollywood Reporter
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada May 6, 2012
. Dicapai pada
November 28,
2020
.
- ^
Ford, Rebecca.
"
'
Despicable Me 2' Cast on the Crowded Cartoon Summer"
.
The Hollywood Reporter
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada July 8, 2013
. Dicapai pada
November 28,
2020
.
- ^
Child, Ben (March 22, 2013).
"Despicable Me 2: evil genius or just plain bad?"
.
The Guardian
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada November 9, 2013
. Dicapai pada
March 24,
2013
.
- ^
Sakoui, Anousha; Palmeri, Christopher (September 12, 2017).
"In Dismal Summer, 'Despicable Me 3' Producer Delivers $1 Billion"
.
Bloomberg Businessweek
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada September 29, 2017
. Dicapai pada
September 28,
2017
.
- ^
"
Despicable Me 4
Treler dikeluarkan"
.
ComicBook.com
. Januari 28, 2024.
|
---|
Filem
| Filem utama
| |
---|
Terbitan turunan
| |
---|
|
---|
Muzik
| |
---|
Rencana berkaitan
| |
---|
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Lain-lain
| |
---|