Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dengan jumlah penduduk 103,263,388 pada 2005,
Mexico
merupakan negara berbahasa Sepanyol paling ramai penduduk di dunia.
Pakar bahasa telah mengenal pasti dua belas bahasa Mexico yang utama, lebih empat puluh kumpulan bahasa yang kecil, dan lebih sembilan puluh bahasa individu. Hampir 23 peratus orang aslinya bertutur dalam bahasa
Nahuatl
, iaitu bahasa kaum
Aztek
yang ditutur di limabelas negeri di sini. Disamping itu, bahasa orang asli yang lain termasuklah bahasa
Maya
(ditutur oleh 14 peratus kaum Indian dan digunakan dari tenggara
Semenanjung Yucatan
ke
Chiapas
);
Zapotec
(ditutur oleh 7 peratus kaum Indian dan digunakan secara meluas di timur bahagian
Oaxaca
);
Mixtec
(juga ditutur oleh 7 peratus kaum Indian dan merupakan bahasa utama di
Oaxaca
dan
Guerrero
);
Otomi
(ditutur oleh 5 peratus kaum Indian dan digunakan di Mexico tengah, terutamanya di negeri Mexico,
Hidalgo
, dan
Queretaro
);
Tzeltal
(ditutur oleh hampir 5 peratus kaum Indian dan digunakan di
Chiapas
); dan
Tzotzil
(ditutur oleh hampir 4 peratus kaum Indian dan juga digunakan di
Chiapas
). Oaxaca merupakan negeri yang mempunyai kepelbagaian
bahasa
yang paling banyak, dengan duabelas bahasa Indian yang berlainan dituturkan di sini.