Pemandangan Dataran Tiananmen dari
Pintu Tian'an
Dataran Tiananmen
(
Cina Ringkas
:
天安???
;
Cina Tradisional
:
天安門廣場
;
pinyin
: Ti?n'?nmen Gu?ngch?ng) ialah
plaza
besar berdekatan pusat bandaraya
Beijing
,
China
, yang dinamakan sempena
Tiananmen
(
Pintu Damai Syurga
) yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari
Kota Larangan
. Dataran ini penting sekali selaku lambang kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-peristiwa terpenting dalam sejarah Cina (Lihat
Peristiwa
di bawah). Di luar negara China, dataran ini amat terkenal kerana insiden
Bantahan Dataran Tiananmen 1989
.
Dataran ini meliputi 40.5
hektar
(100.
ekar
)
[1]
, menjadikannya dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia.
Pemandangan Pintu China dari arah selatan. Kawasan yang dipaparkan dalam foto ini lebih kurang tapak
Makam Mao Zedong
sekarang di Dataran Tiananmen.
Pintu
Tiananmen
mula-mulanya dibina pada 1420-an ketika
Dinasti Ming
. Sewaktu kejatuhan Dinasti Ming, perbalahan besar di antara
Li Zicheng
dan maharaja Qing awal telah merosakkan (atau mungkin memusnahkan) pintu tersebut. Pada tahun 1651 (awal
Dinasti Qing
), Pintu Tiananmen dipulihkan. Sepanjang zaman-zaman Ming dan Qing, tiadanya dataran awam di Tiananmen; sebaliknya, adanya sebidang laman dalam bertembok berbentuk T courtyard yang dikitari pejabat-pejabat kementerian, biro dan agensi.
[
perlu rujukan
]
Laman dalam itu dibesarkan menjadi saiz sekarang serta disaluti simen pada tahun 1958.
[2]
Tentera-tentera British dan Perancis yang menyerang Beijing pada tahun
1860
mendirikan khemah berhampiran pintu Tiananmen dan pernah sesekali ingin meranapkan pintu dan seluruh Kota Larangan, namun akhirnya memutuskan agar istana besar itu dibiarkan, sebaliknya
Istana Musim Panas
maharaja dimusnahkan. Maharaja Qing ketika itu pun bersetuju untuk membenarkan kuasa-kuasa asing menubuhkan markas di kawasan tersebut. Sewaktu tercetusnya
Pemberontakan Boxer
pada tahun 1900, bangunan pejabat dan kementerian teruk dimusnahkan akibat serbuan. Pada peleraian konflik ini, kawasan ini menjadi ruang bagi kuasa-kuasa asing menghimpunkan askar-askar dan kuda-kudanya. Kawasan terbabit dikosongkan serta merta untuk memberi laluan kepada kelahiran apa yang dikenali sebagai Dataran Tiananmen.
Dekat dengan pusat dataran sekarang, berhampiran tapak
Makam Mao Zedong
, pernah didirikan salah sebuah pintu besar yang terpenting di Beijing. Pintu ini dikenali sebagai "Pintu Ming Besar" (
大明?
) ketika Dinasti Ming, "Pintu Qing Besar" (
大??
) ketika
Dinasti Qing
, dan "
Pintu China
" (
中??
) ketika zaman
Republik China
. Berbeza daripada pintu=pintu besar lain di
Beijing
seperti
Tiananmen
dan
Qianmen
, pintu ini sekadar beristiadat, bergerbang tiga tanpa benteng, serupa gayanya dengan pintu istiadat yang didapati di
Makam Dinasti Ming
. Pintu ini berkedudukan tinggi selaku "Pintu Negara", seperti yang boleh dilihat dari berbilang namanya yang berturut-turut. Pintu besar ini biasanya tertutup, melainkan apabila Maharaja hendak merentasinya. Lalu lintas awam dilencongkan ke dua buah pintu tepi, masing-masing di sisi utara dan selatan dataran sekarang. Oleh sebab berlakunya pelencongan inilah, wujudnya sebuah tapak pasar bernama Jalan Papan Catur (
棋?街
) di dataran besar berpagar di selatan pintu ini.
Pada 1950-an, Pintu China (namanya ketika itu) diruntuhkan bersama-sama Jalan Papan Catur di selatan, maka lengkapnya peluasan Dataran Tiananmen ke saiznya hari ini.
Dataran Tian'anmen di Beijing
Digunakan sebagai tempat bperhimpunan besar-besaran sejak dibina lagi, dataran ini beralaskan
Tugu Wira Rakyat
berketinggian 38 meter (125 batu) yang lengkap pada tahun 1958, serta
Makam Mao Zedong
yang disiapkan pada tahun 1977
[3]
. Dataran ini terletak antara dua buah pintu gergasi yang dibina pada zaman silam, iaitu
Tian'anmen
di utara dan Zhengyangmen atau
Qianmen
(
Cina Ringkas
:
前?
;
Cina Tradisional
:
前門
;
pinyin
: Qianmen, "Pintu Hadapan") di selatan. Di sepanjang sisi barat Darat terdapat
Dewan Besar Rakyat
. Sepanjang sisi timur pula ialah
Muzium Kebangsaan China
(yang dikhususkan untuk sejarah China sehingga tahun 1919).
Lebuh Chang'an
yang digunakan untuk perarakan terletak antara pintu Tiananmen dan Dataran Tiananmen. Pokok-pokok menghiasi sisi-sisi timur dan barat Daratan, tetapi dataran itu sendiri terbuka tanpa kelihatan pokok ataupun bangku.
Dataran Tiananmen pernah dijadikan tapak berlakunya sebilangan peristiwa politik dan bantahan golongan pelajar. Ini termasuklah pengisytiharan
Republik Rakyat China
oleh
Mao Zedong
pada
1 Oktober
1949
; pameran ketenteraan besar-besaran tahunan pada setiap Hari Kebangsaan sehingga 1 Oktober 1959; perarakan tentera ulang tahun ke-35 Republik Rakyat China pada tahun 1984 dan ulang tahun ke-50 pada tahun 1999; dan juga perhimpunan besar-besaran ketika
Revolusi Kebudayaan
.
Tapak ini juga pernah menempatkan berbagai-bagai demonstrasi oleh pihak yang berkuasa, termasuk Perarakan Kemenangan Tentera Berikat bagi meraikan pendudukan Beijing pada tahun 1900, perarakan besar Jeneral
Zhang Xun
pada Jun 1917 sebagai memperingati pemulihan perintah agung oleh beliau, pengasasan rejim boneka di bawah pemerintahan Jepun, perarakan tentera Republik setelah menawan kembali Beijing, dan juga "pearakan Hari Kebangsaan panjang lebar tidak lama selepas
Tentera Pembebasan Rakyat
melimpahkan Dataran dengan darah pada tahun 1989."
[4]
Dataran Tiananmen juga menjadi tapak berlakunya berbilang pergerakan tunjuk perasaan.
Bantahan tahun 1989 mengakibatkan pembunuhan ramai sekali penunjuk perasaan China di jalan-jalan di sebelah barat dataran dan kawasan sekitar. Sesetengah wartawan Barat yang berada di dataran itu ketika peristiwa itu berlaku melaporkan bahawa mereka tidak menjumpai sesiapa yang sebenarnya mati
apabila berada di dataran
, namun dapat melihat orang ramai dibasahi darah but tetapi tidak pasti sama ada mereka sudah mati atau cuma cedera
[6]
[7]
.
- ^
Safra, J. (Ed.). (2003). Tiananmen Square. In New
Encyclopædia Britannica
, The (15th ed., Chicago: Vol. 11). Encyclopædia Britannica INC. page: 752
- ^
Safra, J. (Ed.). (2003). Tiananmen Square. In New
Encyclopædia Britannica
, The (15th ed., Chicago: Vol. 11). Encyclopædia Britannica INC. page: 752
- ^
Safra, J. (Ed.). (2003). Tiananmen Square. In New
Encyclopædia Britannica
, The (15th ed., Chicago: Vol. 11). Encyclopædia Britannica INC. page: 752
- ^
Wu, Hung. "Tiananmen Square: A Political History of Monuments." Representations 35 (Summer 1991): 84
- ^
Morning Sun | Stages of History
- ^
"Graham Earnshaw"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-05-06
. Dicapai pada
2008-04-18
.
- ^
"Columbia Journal Review"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2005-10-24
. Dicapai pada
2008-04-18
.
- Spence, Jonathan. "The Gate and the Square". Morning Sun. accessed 13 March 2008. <
http://www.morningsun.org/stages/tsquare/spence_gate.html
>.
- Human Rights in China (Organization). Children of the dragon : the story of Tianamen Square. New York/London: Collier Books ;Collier Macmillan Publishers, 1990.
- Wu, Hung. "Tiananmen Square: A Political History of Monuments." Representations 35 (Summer 1991): 84-117.
- Wu, Hung. Remaking Beijing : Tiananmen Square and the creation of a political space. Chicago: University of Chicago Press, 2005.
Koordinat
:
39°54′12″N,
116°23′30″E