Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Darwin
Garramilla
Wilayah Utara
|
---|
![](//upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/84/City_landscape_of_Darwin%2C_Northern_Territory.jpg/270px-City_landscape_of_Darwin%2C_Northern_Territory.jpg) Pemandangan Darwin dari
Bayview
(2015)
|
Koordinat
| 12°26′17″S
130°50′28″E
/
12.43806°S 130.84111°E
/
-12.43806; 130.84111
Koordinat
:
12°26′17″S
130°50′28″E
/
12.43806°S 130.84111°E
/
-12.43806; 130.84111
|
---|
Penduduk
| 139,902 (
2021
)
[1]
(
ke-17
)
|
---|
? Kepadatan
| 44.2196/km
2
(114.5283/sq mi)
|
---|
Ditubuhkan
| 1869
|
---|
Kawasan
| 3,163.8 km
2
(1,221.6 sq mi)
[2]
(2011 urban)
|
---|
Zon masa
| ACST (
UTC+9:30
)
|
---|
Lokasi
| - 2,616 km (1,626 mi) dari
Adelaide
[3]
- 2,652 km (1,648 mi) dari
Perth
[4]
- 2,846 km (1,768 mi) dari
Brisbane
[5]
- 3,127 km (1,943 mi) dari
Canberra
[6]
- 1,679 km (1,043 mi) dari
Cairns
[7]
|
---|
Purata suhu maks
|
Purata suhu min
|
Hujan tahunan
|
32.2 °C
90 °F
|
23.4 °C
74 °F
|
1,811.7 mm
71.3 in
|
| |
Darwin
(
(
dengar
)
DAR
-win
;
bahasa Laragiya
[
en
]
:
Garramilla
)
[8]
adalah ibu kota
Wilayah Utara
di Australia. Dengan seramai 139,902 penduduk mengikut bancian 2021, Darwin mengandungi majoriti penduduk Wilayah Utara yang sedikit sahaja penduduknya.
[1]
Darwin merupakan ibu negeri Australia yang paling kecil, paling lembap dan paling di utara. Ia terletak dekat sekali dengan
Asia Tenggara
, maka ia menjadi penghubung utama antara Australia dan negara-negara seperti
Indonesia
dan
Timor Leste
.
Lebuh Raya Stuart
[
en
]
bermula di Darwin, menjangkau ke arah selatan merentasi pusat Australia melalui
Tennant Creek
[
en
]
dan
Alice Springs
[
en
]
, dan berakhir di
Port Augusta, Australia Selatan
[
en
]
. Bandarnya terbina pada cenderung pamah yang memandang ke arah
Darwin Harbour
[
en
]
. Kawasan subbandar Darwin bermula di
Lee Point
[
en
]
dan menjangkau ke
Berrimah
di timur. Lebuh Raya Stuart menjangkau ke
bandar satelit
Darwin di sebelah timur iaitu
Palmerston
[
en
]
dan subbandarnya.
Kawasan Darwin mengalami
iklim tropika
yang terdiri daripada musim tengkujuh dan kemarau. Tempoh menjelang musim tengkujuh yang digelar "
the build up
" oleh penduduk tempatan menyaksikan peningkatan suhu dan kelembapan. Musim tengkujuh Darwin biasanya tiba dalam akhir November hingga awal Disember dan membawa curahan monsun lebat, pancaran kilat yang hebat dan peningkatan aktiviti siklon (taufan).
[9]
Pada musim kemarau pula, Darwin menikmati langit cerah dan angin laut sepoi-sepoi dari pelabuhan.
Suku peribumi
Larrakia
[
en
]
merupakan pemilik tradisional kawasan Darwin, malah sejumlah besar penduduk Darwin terdiri daripada suku peribumi (Aboriginal). Pada 9 September 1839, kapal
HMS
Beagle
tiba di Darwin Harbour sewaktu menjalankan tinjauan di kawasan terbabit.
John Clements Wickham
[
en
]
menamakan kawasan berkenaan "Port Darwin" sempena bekas rakan sekapalnya
Charles Darwin
yang menaiki Beagle dalam pelayaran yang sejurus sebelum ini. Penempatan di situ menjadi pekan Palmerston pada tahun 1869, kemudian ditukar kepada Darwin pada 1911.
[10]
Bandarnya telah dibina semula sepenuhnya sebanyak empat kali ekoran kemusnahan akibat bencana taufan pada tahun-tahun
1897
[
en
]
,
1937
[
en
]
,
serangan udara Jepun ketika Perang Dunia Kedua
[
en
]
, dan
Siklon Tracy
pada tahun 1974.
[11]
[12]