Darurat
Pakistan
2007
diisytiharkan oleh
Presiden
merangkap Ketua Turus Tentera Pakistan,
Pervez Musharraf
pada
3 November
2007
. Beliau telah menggantung
Perlembagaan
Negara Pakistan, melucutkan jawatan Ketua Hakim Mahkamah Tertinggi, serta memberhentikan penyiaran media televisyen swasta di seluruh Pakistan. Menteri Penerangan,
Tariq Azim Khan
telah mengumumkan bahawa pilihan raya umum parlimen yang sepatutnya diadakan pada Januari 2008 akan ditangguhkan. Tetapi kemudian Pervez Musharraf mengumumkan pilihan raya Pakistan akan tetap diadakan pada 8 Januari 2008. Perintah darurat juga akan ditarik balik pada 6 Januari 2008.
Musharraf menggunakan hujah kegiatan berunsur pengganas yang kian berleluasa serta campur tangan Mahkamah Tertinggi sebagai alasan mengisytiharkan darurat, yang dibidas sebagai pemerintahan tentera oleh pihak pembangkang di Pakistan. Berikutan pengisytiharan tersebut,
Iftikhar Mohammad Chaudhry
telah digantikan sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tertinggi. Ramai pemimpin pembangkang, termasuk
Imran Khan
,
Mehmood Khan Achakzai
dan
Qadir Magsi
telah ditahan. Bekas Perdana Menteri,
Benazir Bhutto
, tidak ditahan, tetapi dikenakan tahanan rumah.
Bagi Pervez Musharraf, hanya beliau dan rakyat Pakistan yang tahu dan mahir untuk mentadbir negara tersebut berbanding orang luar. setiap sudut dan kelompok rakyat hendaklah dipantau agar kestabilan negara terus terjamin.
Keahlian
Pakistan
dalam
Komanwel
telah digantung dalam keputusan
Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Momanwel
(
CHOGM 2007
) yang diadakan di
Kampala
,
Uganda
.
Setiausaha Agung Komanwel
,
Don McKinnon
telah mengumumkan keputusan itu pada
23 November
2007
. Pakistan didesak agar mengembalikan demokrasi dan peraturan undang-undang di Pakistan sebereapa segera demi kesejahteraan dan kebebasan rakyat majoriti. Namun keadaan politik Pakistan akan terus dipantau dalam tempoh kritikan tersebut. Satu delegasi Komanwel akan dihantar ke Pakistan seberapa segera.
Tindakan Peringkat Menteri Komanwel mengenai Deklarasi Harare (
CMAG
) yang dianggotai 53 negara sebulat suara menggantung keahlian Pakistan. Pada
12 November
2007
, Pakistan telah diberi amaran oleh CMAG. Menteri-menteri yang terlibat dalam keputusan ini ialah Menteri Luar Malta,
Michael Frendo
,
Mohlabi Kenneth Tsekoa
, Menteri Luar Lesotho, Menteri Luar Sri Lanka (
Rohitha Bogollagama
), Menteri Luar Tanzania (
Bernard Membe
), Menteri Luar Papua New Guinea (
Samuel Aba
), Setiausaha Luar United Kingdom (
David Miliband
), Setiausaha Negara Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Antarabangsa Kanada (
Helena Guergis
) dan Timbalan Menteri Luar Malaysia (Datuk
Joseph Salang
).
CMAG
menggesa
Pakistan
:
- Pervez Musharraf
memansuhkan segera peruntukan darurat.
- Pemulihan sepenuhnya
Perlembagaan Pakistan
.
- Pervez Musharraf hendaklah meletakkan jawatan sebagai ketua angkatan tentera Pakistan.
- Pembebasan segera ketua parti politik dan aktivis yang dipenjarakan atau tahanan dalam rumah serta di lokap polis.
- Menggugurkan semua sekatan mengenai siaran media
- Mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil.
Negara
Malaysia
dan
Sri Lanka
masih tidak sepakat berhubung penggantungan itu kerana politik Pakistan dilihat menuju ke arah yang positif. Negara-negara Komanwel tidak yakin Pervez Musharraf akan meletakkan jawatan ketua angkatan tentera dan menarik balik perintah darurat sebelum pilihan raya pada Januari 2008. Pembangkang akan mengambil kesempatan dari tindakan Komanwel ini untuk menjejaskan kestabilan politik di Pakistan.
[1]
Pada 31 Julai 2009,
Mahkamah Agung Pakistan
mengisytiharkan keputusan bahawa langkah yang diambil bekas presiden Pervez Musharraf pada 3 November 2007 sebagai tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan di bawah Artikel 279 Perlembagaan.
[2]
Pengumuman tersebut turut menyatakan bahawa keputusan
pilihan raya Pakistan 2008
yang diadakan pada 18 Februari, akan diberikan perlindungan kehakiman dan Presiden
Asif Ali Zardari
tidak perlu mengangkat sumpah presiden sekali lagi. Bagaimanapun mahkamah mempunyai kesangsian mengenai bagaimana ordinan-ordinan termasuk Ordinan Pembangunan Semula Kebangsaan (NRO) yang kontroversi, dikendalikan oleh Mahkamah Agung sementara semasa waktu darurat. Bagaimanapun, kerajaan sekarang diberikan 120 hari untuk meluluskannya semula melalui parlimen.
[3]