Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan
merupakan anugerah darjah kebesaran yang dikurniakan oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong
kepada pemimpin dan rakyat
Malaysia
yang telah berjasa, berusaha serta berkorban dan pernah berbakti kepada negara.
Darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan
merupakan anugerah darjah kebesaran juga turut dikurniakan kepada para pembesar serta diplomat negara-negara asing.
- Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M.)
- Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)
- Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara
- Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia
- Darjah Yang Mulia Jasa Negara
- Darjah-darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja
- Darjah Bakti (D.B.)
- Darjah-darjah Gagah Perkasa
- Bintang dan Pingat bagi perkhidmatan cemerlang dan kelakuan terpuji
- Pingat Peringatan Malaysia
Berikut merupakan susunan keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan.
- Seri Pahlawan Gagah Perkasa
- Darjah Kerabat Diraja Malaysia
- Darjah Utama Seri Mahkota Negara
- Seri Maharaja Mangku Negara
- Seri Setia Mahkota Malaysia
- Darjah Bakti
- Panglima Mangku Negara
- Panglima Setia Mahkota
- Panglima Jasa Negara
- Panglima Setia Di Raja
- Johan Mangku Negara
- Johan Setia Mahkota
- Johan Setia Di Raja
- Kesatria Mangku Negara
- Kesatria Setia Di Raja
- Ahli Mangku Negara
- Pingat Pangkuan Negara
- Bentara Setia Di Raja
- Panglima Gagah Berani
- Jasa Perkasa Persekutuan
- Pingat Tentera Udara
- Pingat Kebaktian
- Pingat Khidmat Berbakti
- Pingat Perkhidmatan Setia
- Kepujian Perutusan Keberanian
- Pingat Perkhidmatan Am
- Pingat Peringatan Malaysia
- Pingat Negara Bangsa-Bangsa Bersatu
- Pingat Jasa Malaysia
- Pingat Pertabalan
Terdapat 2 cara pemakaian, iaitu untuk pakaian istiadat (
Dress No 1
) dan pakaian istiadat malam (
Mess Kit
)
[1]