Semporna
merupakan sebuah daerah di
Bahagian Tawau
, tenggara negeri
Sabah
,
Malaysia
. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di
Pekan Semporna
. Kebanyakan penduduk daerah Semporna merupakan masyarakat berbangsa
Bajau
, yang terdiri daripada pelbagai kumpulan sub-etnik termasuklah Bajau Kubang, Omadal, Ubian dan Simunul.
Nama Semporna berasal daripada perkataan
Simporna
yang bermaksud 'tempat untuk berehat' atau 'tempat yang tenang'. Nama
Simporna
ini diberi oleh seorang Gabenor Inggeris, iaitu W.M Crocker apabila beliau dan beberapa orang rakannya termasuklah seorang pedagang China yang bernama Toonah menemui daerah tersebut pada pertengahan tahun 1887.
Semporna dahulunya dikenali sebagai Tong Talun yang bererti 'hujung hutan' dalam
Bahasa Bajau
. Nama Tong Talun ini diberi oleh masyarakat Bajau Kubang yang merupakan suku kaum utama di kawasan Semporna.
[2]
Daerah Semporna berada di bawah pentadbiran
Majlis Daerah Semporna
yang berpusat di Pekan Semporna. Daerah Semporna juga dibahagikan kepada 13 buah mukim;
- Mukim Bum-Bum Selatan
- Mukim Bum-Bum Utara
- Mukim Denawan
- Mukim Lihak-Lihak
- Mukim Pegagau
- Mukim Pulau
- Mukim Semporna Bandar 1
- Mukim Semporna Bandar 2
- Mukim Simunul
- Mukim Sisipan
- Mukim Sulabayan
- Mukim Tagasan
- Mukim Tampi-Tampi
Daerah Semporna terletak di tenggara Bahagian Tawau, negeri Sabah, bersempadan dengan;
Bentuk muka bumi Daerah Semporna ialah sedikit berbukit di kawasan daratannya manakala kawasan pesisir pantai pula merupakan kawasan tanah rendah yang dikelilingi oleh lautan dan kepulauan kecil. Titik tertinggi di Daerah Semporna ialah
Gunung Tannabalu
yang mencapai ketinggian 620 meter dan Sungai terpanjang pula adalah
Sungai Pegagau
. Daerah Semporna juga dikelilingi dengan 49 buah pulau. Pulau yang terbesar adalah
Pulau Timbun Mata
.
Berdasarkan
bancian Malaysia 2020
, jumlah penduduk di daerah Semporna ialah seramai 166,587 orang dengan kepadatan penduduk 140 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat.
[3]
Majoriti penduduk di daerah Semporna merupakan
Bumiputera
termasuklah etnik
Bajau
,
Suluk
dan
Melayu
.
[4]
[1]
Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.
[3]
Status
|
Bangsa
|
Jumlah
|
Warganegara
|
Melayu
|
3,826
|
Bumiputera lain
|
96,868
|
Cina
|
1,007
|
India
|
79
|
Lain-lain
|
960
|
Bukan warganegara
|
-
|
63,847
|
Jumlah
|
166,587
|
Masjid di Semporna
Di daerah Papar, agama
Islam
merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 70 peratus diikuti agama
Kristian
sebanyak 26 peratus dan Agama
Buddha
sebanyak tiga peratus. Agama
Hindu
dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.
[1]
Pecahan agama di Semporna (2020)
Agama
|
Jumlah penduduk
|
Islam
|
161,797
|
Kristian
|
2,084
|
Tidak beragama
|
1,882
|
Buddha
|
663
|
Hindu
|
86
|
Lain-lain
|
74
|
Sekolah menengah di Semporna
Daerah Semporna dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 41 buah sekolah rendah, sembilan buah sekolah menengah, tujuh buah balai polis, sebuah balai bomba, satu hospital kerajaan, dua buah klinik kesihatan, satu klinik komuniti dan lapan klinik desa di sekitar daerah.
Latok
Makanan tradisional masyarakat Bajau di Semporna termasuklah seperti Sagul, Putu Ubi, Egang, Kima,
Latok
, Tayum, dan Tehek-Tehek. Semporna juga terkenal sebagai tuan rumah acara lumba dayung
Regatta Lepa
(lumba perahu kecil) yang dijalankan pada April setiap tahun dan juga tarian tradisional masyarakat Bajau iaitu tarian Igal-Ιgal, Βolak-Βolak dan ?aling-?aling masyarakat Βajau di daerah ini