Mersing
(
Jawi
: ?????) merupakan sebuah daerah di timur laut negeri
Johor
,
Malaysia
. Daerah ini mempunyai keluasan sebanyak 2838 kilometer persegi menjadikannya daerah ketiga terbesar di Johor merangkumi 14% keluasan negeri. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Mersing.
Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato’ Bentara Luar iaitu Mohd Salleh bin Perang. Namun terdapat pendapat lain yang mengatakan bahawa Dato’ Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing.
Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.
Cerita lisan kedua mengatakan bahawa nama Mersing berasal daripada perkataan "Kangka" dalam bahasa Hokkien yang bererti muara. Sekitar 1880-an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering.
Mengikut Abdul Malek Munip, imigran-imigran Cina yang berada di seluruh negeri Johor termasuk Mersing digalakkan berhijrah oleh Maharaja Abu Bakar di bawah sistem Kang Chu, sistem itu dijalankan di Sungai Besar Johor di mana orang Cina menanam gambir dan lada hitam.
Sebagai menyahut saranan baginda, imigran telah membuka penempatan di Kangka atau Kangka Apeng yang sekarang dikenali sebagai Estet Kuala Mayang bagi menjalankan aktiviti penanaman getah dan kelapa sawit.
Pada zaman pendaratan Jepun di Mersing, mereka telah membakar kawasan Bandar Mersing dan memusnahkan jalan raya dan jambatan konkrit yang dibawa oleh Inggeris. Pusat pentadbiran Jepun masa itu, kini telah didirikan Bangunan Majlis Daerah Mersing.
Penduduk asal Mersing pula,dikatakan berasal dari negeri Terengganu. Hal ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kampung yang mengusahakan keropok lekor ikan. Ada juga antara penduduk tempatan yang fasih bertutur dalam dialek Terengganu.
[2]
Daerah Mersing ditadbir oleh
Majlis Daerah Mersing
yang berpusat di Bandar Mersing. Daerah ini dibahagikan kepada 14 mukim dan empat bandar;
- Jemaluang
- Lenggor
- Mersing
- Padang Endau
- Penyabong
- Pulau Aur
- Pulau Babi
- Pulau Pemanggil
- Pulau Sibu
- Pulau Tinggi
- Sembrong
- Tenggaroh
- Tenglu
- Triang
- Jemaluang
- Mersing
- Mersing Kanan
- Padang Endau
Daerah Mersing terletak di timur laut negeri Johor bersempadan dengan daerah
Rompin, Pahang
di utara,
Segamat
di barat laut,
Kluang
di barat daya,
Kota Tinggi
di selatan dan
Laut China Selatan
di timur. Mersing mempunyai hampir 36 buah pulau di sekitar perairannya.
Iklim di daerah ini ialah
iklim khatulistiwa
(Af).
[3]
Purata suhu ialah 26.84 °C (80.3 °F). Bulan April merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27.2 °C (81.0 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 26.1 °C (79.0 °F).
[3]
Purata
kerpasan
di Mersing adalah 2550.9 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi
kerpasan
dengan 538.9 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 110.9 milimeter.
[3]
Data iklim untuk Mersing (1987-2016)
|
Bulan
|
Jan
|
Feb
|
Mac
|
Apr
|
Mei
|
Jun
|
Jul
|
Ogo
|
Sep
|
Okt
|
Nov
|
Dis
|
Tahun
|
Purata suhu harian, °C (°F)
|
26.3
(79.3)
|
26.8
(80.2)
|
27.1
(80.8)
|
27.2
(81.0)
|
27.1
(80.8)
|
26.9
(80.4)
|
26.4
(79.5)
|
26.2
(79.2)
|
26.2
(79.2)
|
26.3
(79.3)
|
26.2
(79.2)
|
26.1
(79.0)
|
26.6
(79.8)
|
Purata
kerpasan
, mm (inci)
|
378.3
(14.89)
|
110.9
(4.37)
|
135.0
(5.31)
|
120.2
(4.73)
|
143.2
(5.64)
|
145.7
(5.74)
|
162.9
(6.41)
|
168.7
(6.64)
|
146.0
(5.75)
|
187.8
(7.39)
|
313.3
(12.33)
|
538.9
(21.22)
|
2,550.9
(100.42)
|
Sumber: ClimateCharts
[3]
|
Sejarah kependudukan
Tahun
| Pend.
| ±%
|
---|
1970
| 34,644
| ?
|
---|
1980
| 42,208
| +21.8%
|
---|
1991
| 63,343
| +50.1%
|
---|
2000
| 67,605
| +6.7%
|
---|
2010
| 69,028
| +2.1%
|
---|
2020
| 78,195
| +13.3%
|
---|
Pecahan etnik di Mersing - Bancian 2020
|
Agama
|
|
Peratus
|
Bumiputera
|
|
88.9%
|
Cina
|
|
9.6%
|
India
|
|
1.2%
|
Lain-lain
|
|
0.3%
|
Berdasarkan
bancian Malaysia 2020
jumlah penduduk di Daerah Mersing ialah seramai 78,195 orang dengan kepadatan penduduk 27 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan
Bumiputera
, membentuk lebih 88 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih lima peratus penduduk merupakan bukan warganegara.
[4]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 116:100. Terdapat 21,815 tempat kediaman dengan sebanyak 20,673 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 53 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 18 ribu dalam golongan muda dan selebihnya lima ribu orang merupakan warga tua.
Kewarganegaraan
|
Kaum
|
Jumlah
|
Warganegara Malaysia
|
Bumiputera
|
65,887
|
Cina
|
7,119
|
India
|
864
|
Lain-lain
|
202
|
Bukan warganegara
|
N/A
|
4,123
|
Majoriti penduduk di daerah Mersing beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.
[4]
Secara umumnya, bandar Mersing yang terletak di
muara
Sungai Mersing
bergantung sepenuhnya kepada sektor perikanan. Namun kebelakangan ini, industri pelancongan telah berkembang pesat di sini. Kemudahan hotel, motel ataupun sekadar chalet tersedia dengan kos yang berpatutan. Kemudahan ini dilengkapkan dengan wujudnya beberapa agensi pelancongan yang terdapat di sekitar Mersing. Ia juga menempatkan kemudahan utama iaitu
jeti
untuk ke
Pulau Tioman
,
Pulau Sibu
,
Pulau Tengah
dan pulau-pulau lain yang berhampiran dengan menggunakan kemudahan bot, feri dan bot laju.
Malah terdapat juga sebuah kawasan pesisir sungai yang baru di mana telah dibangunkan sebuah pasar raya, pasar basah, stesen teksi dan stesen bas yang baru di sini. Mersing kini telah menjadi satu bandar utama sebagai nadi ke arah pembangunan industri pelancongan yang mana mempunyai beberapa agensi yang mengawal-selia seperti Jabatan Laut, Imigresen, Kastam & Eksais, Jabatan Pertahanan Awam serta Polis. Terdapat juga sebuah pejabat utama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) lengkap dengan kemudahan pegawai dan bot laju mereka di bandar ini.
Kedudukan geografi
|
---|
|