Daerah Kecil Sadong Jaya
ialah sebuah
daerah kecil
di negeri
Sarawak Bumi Kenyalang
,
Malaysia
. Ia adalah sebahagian daripada
Bahagian Samarahan
yang merangkumi
Samarahan
,
Simunjan
,
Sebuyau
,
Sadong Jaya
dan
Asajaya
.
[1]
Pekan pentadbiran bagi daerah kecil ini ialah
Sadong Jaya
. Ia juga merupakan daerah kecil yang terletak dalam pentadbiran
Daerah Asajaya
.
[2]
Daerah Kecil Sadong Jaya pernah dikenali sebagai "Pendam" dan daerah perikanan di negeri Sarawak.
Sebelum ini, ia terletak di bawah pentadbiran
Daerah Simunjan
, tetapi pada tahun 2002, ia berpisah dan bergbaung dengan
Daerah Asajaya
.
[3]
Ekonomi utama penduduk setempatan ialah
pertanian
. Ia memiliki keluasan sebanyak 332.48 kilometer persegi (128.37 bt
2
) dan ditadbirkan sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya yang bertapak di Pekan Sadong Jaya. Terdapat 24
kampung
atau
rumah panjang
di bawah Daerah Kecil Sadong Jaya.
[2]
Geografinya terletak di Batang Sadong dan sentiasa terdedah kepada banjir seperti
banjir kilat
dan banjir monsun. Ia dihubungkan dengan pengangkutan darat seperti kemudahan
jalan raya
serta pengangkutan air seperti perkhidmatan
feri
.
Nama "Sadong Jaya" diambil daripada dua perkataan yang digabungkan.
Sadong
merujuk kepada sebatang sungai mengalir disitu yakni, Batang Sadong. Istilah
jaya
merujuk kepada "
kejayaan
".
[3]
Sebelum di bawah pentadbiran Daerah Asajaya, Sadong Jaya terletak di bawah
Daerah Simunjan
. Mulai 1 Januari 2002, Sadong Jaya sepenuhnya dipisahkan daripada Simunjan dan bergabung dalam Daerah Asajaya sebagai
daerah kecil
.
[3]
Daerah Kecil Sadong Jaya dihubungkan dengan jalan darat dan
sungai
. Jarak Sadong Jaya ke Asajaya ialah 15 kilometer (9.3 bt) dan 75 kilometer (46.6 bt) dari
Kuching
, ibu negeri
Sarawak
dengan menggunakan perkhidmatan
feri
.
[4]
Mengikut cerita pemimpin masyarakat di Sadong Jaya, pernah berlaku peristiwa bersejarah iaitu apabila kapal
Syarif Masahor
dan pengikutnya telah ditenggelamkan akibat diserang oleh penjajah ketika itu, sebelum mereka melarikan diri dari Ensengei (kawasan Simunjan) ke
Lingga
. Peristiwa ini telah berlaku di muara Sungai Pendam.
[3]
Kebanyakan penduduk masih tergantung pada sektor
pertanian
sebagai punca pendapatan. Kegiatan pertanian berskala besar terutamanya penanaman
kelapa sawit
diusahakan di Sadong Jaya dengan kerjasama pihak FELCRA yang memainkan peranan utama.
[3]
Ladang
kelapa sawit yang
dibuka ini telah memberi peluang pekerjaan kapada belia dan penduduk setempat yang melibatkan penduduk di lima kawasan iaitu Kampung Sungai Buluh, Kampung Senangeh,
Kampung Terasi
, Sadong Jaya dan
Kampung Jemukan
dengan keluasan tanaman seluas 864.32 hektar (8.6 km
2
) dan projek penanaman ini akan diluaskan di beberapa lagi tempat akan datang.
[3]
Daerah Kecil Sadong Jaya dahulunya dikenali sebagai "Pendam" yang kini tinggal sejarah. Perkataan "pendam" itu tidak bergitu sesuai didengar di kalangan masyarakat setempat, maka pada 4 Ogos tahun 1985, Datuk Patinggi Pehin Sri
Abdul Taib Mahmud
telah mengisytiharkan bahawa nama "Pendam" ditukar kepada "Sadong Jaya". Pengisytiharan itu diumumkan beliau sendiri di Majlis Bertemu Rakyat yang bertempat di Madrasah Abdul Taib Mahmud.
[3]
Daerah Kecil Sadong Jaya terletak di Batang Sadong atau Sungai Sadong. Sadong Jaya merupakan lokasi geografi yang unik kerana sentiasa terdedah kepada
banjir kilat
dan banjir monsun.
[5]
Hal ini demikian, Sadong Jaya merupakan salah satu daerah perikanan daripada 15 daerah lainnya di negeri
Sarawak
.
[6]
Ciri-ciri pandang barat fizikal yang terdapat di dalam kawasan ini ialah Batang Sadong yang mengalir keluar ke
Laut China Selatan
.
[1]
Kawasan Sadong Jaya keseluruhannya ditadbirkan sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya yang bertapak di Pekan Sadong Jaya. Daerah Kecil Sadong Jaya yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti
Melayu
,
Iban
,
Cina
,
Bugis
,
Jawa
dan lain-lain. Terdapat 24 buah
kampung
atau
rumah panjang
dibawah pentadbiran kerajaan tempatan.
[3]
Diantaranya ialah Kampung Semera Lot, Kampung Semera Laut, Kampung Semera Hilir, Kampung Ulu Semera, Kampung Semera Cina,
Kampung Jemukan
,
Kampung Jemukan Ulu
, Kampung Pelandok Laut, Kampung Pelandok Ulu, Kampung Iboi, Kampung Iboi Ulu,
Kampung Jaie
, Pekan
Sadong Jaya
, Ulu Sadong Jaya, Sadong Jaya,
Kampung Bilis
,
Kampung Rangawan
, Kampung Tanjung Kelaso,
Kampung Rangkang
, Kampung Sungai Putin,
Kampung Senangeh
, Kampung Sungai Bundong, Kampung Sungai Buluh, Kampung Terasi Hulu dan Kampung Terasi Iban.
[2]
Sebuah sekolah di Sadong Jaya,
Sekolah Kebangsaan Jemukan
.
Kemudahan seperti
jalan raya
yang menghubungkan Sadong Jaya ke Sungai Buluh sepanjang 11.7 kilometer (7.3 bt) dengan menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 215 juta dan siap dibina dalam tahun 1999. Rangkaian jalan raya ini meliputi kawasan perkampungan seperti Sungai Bundong, Sungai Buluh, Rangawan, Senangeh, Terasi Ulu, Terasi Iban, Sungai Putin, Bilis dan Tajong Kelaso/Rangkang banyak memberi manfaat kepada semua penduduk terutama dari segi pemasaran
hasil tani
. Di Sadong Jaya juga terdapat perkhidmatan feri di Sungai Buluh, perkidmatan kesihatan di tiga buah cawangan
klinik
kesihatan di Sadong Jaya, Jemukan dan Semera dan pusat beribadah masyarakat setempat.
Fungsi petempatan luar bandar ini juga sebagai pekan pendidikan yang menawarkan pendidikan
sekolah rendah
hingga
sekolah menengah
. Berdasarkan data dari
Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), berikut ialah senarai sekolah di Daerah Kecil Sadong Jaya pada tahun 2020 berserta kod sekolah, lokasi dan jumlah pelajar.
[7]
[8]
|
---|
|
Sejarah
| |
---|
Bahagian
pentadbiran
| |
---|
Bahagian
perundangan
| P - Parlimen
N - Negeri
| |
---|
DUN
| |
---|
Pihak Berkuasa
Tempatan
| Dewan Bandaraya
| |
---|
Majlis Perbandaran
| |
---|
Majlis Daerah
| |
---|
|
---|
|
---|