Daerah Kecil Nanga Medamit
ialah sebuah
daerah kecil
di negeri
Sarawak Bumi Kenyalang
,
Malaysia
.
[1]
[2]
Ia adalah sebahagian daripada
Bahagian Limbang
yang merangkumi
Limbang
,
Nanga Medamit
,
Lawas
,
Sundar
dan
Trusan
.
[2]
Pekan pentadbiran bagi daerah kecil ini ialah Nanga Medamit. Daerah Kecil Nanga Medamit mempunyai keluasan lebih/kurang 3,012.5 kilometer persegi (301,250.0 he).
[3]
Ia juga merupakan daerah kecil yang terletak di timur laut
Sarawak
yang juga bersempadan dengan
Daerah Temburong
dan
Daerah Tutong
di
Brunei Darussalam
.
[3]
Nama "Nanga Medamit" diambil sempena sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Medamit. Perkataan
nanga
secara harfiah membawa maksud "
kuala sungai
". Nama itu bersesuaian digunakan untuk merujuk kepada masyarakat yang mendiami kawasan Kuala Sungai Medamit.
[3]
Nanga Medamit merupakan daerah kecil terbesar dalam
Daerah Limbang
. Ia berjiran dengan sempedan antarabangsa iaitu negara jiran
Malaysia
,
Brunei Darussalam
dimana
Daerah Tutong
di barat dan
Daerah Temburong
di timur.
[3]
Ciri-ciri pandang barat fizikal yang terdapat di Daerah Kecil Nanga Medamit ialah Sungai Limbang, Sungai Medamit dan Sungai Medalam yang dimana
hulu sungai
dan
kuala
atau pertemuan antara lain-lain sungai terletak di
Limbang
.
[2]
Berdasarkan,
bancian Malaysia 2010
jumlah penduduk di Daerah Kecil Nanga Medamit ialah seramai 7,086 orang.
[4]
Kebanyakannya penduduk di daerah kecil Nanga Medamit beretnik
Iban
, dengan jumlah 3,798 orang dan paling sedikit ialah penduduk beretnik
Melanau
, tiga orang.
[4]
Kegiatan ekonomi utama yang dijalankan oleh penduduk di Daerah Kecil Nanga Medamit adalah
pertanian
iaitu merangkumi 80% daripada penduduk.
[3]
Masing-masing dalam 10% pula bergiat dalam kegiatan
pembalakan
dan bekerja di negara
Brunei Darussalam
. Kedudukan Daerah Kecil Nanga Medamit yang berdekatan
Daerah Temburong
dan
Tutong
dapat memudahkannya untuk dikunjungi oleh penduduk dari negara berkenaan khususnya apabila menjelang musim buah.
[3]
Kedatangan para-para pengunjung sepanjang tahun telah memberi peluang kepada para penduduk sekitar Nanga Medamit yang mengusahakan tanaman dan industri desa seperti
kraftangan
untuk menjual hasil ke Pekan Nanga Medamit ataupun ke
Pekan Limbang
.
[3]
Kemudahan di Daerah Kecil Nanga Medamit adalah baik. Terdapat dua buah
klinik
kesihatan untuk penduduk yang tinggal di Nanga Medamit, Bukit Batu, Kuala Mendalam, Melaban,
Long Napir
dan kampung yang dibawah Daerah Kecil Nanga Medamit.
[3]
Selain itu, fungsi petempatan Nanga Medamit ialah pekan pendidikan yang menawarkan pendidikan
sekolah rendah
hingga
sekolah menengah
. Sekolah di Daerah Kecil Nanga Medamit ialah
Sekolah Menengah Kebangsaan Medamit
,
Sekolah Kebangsaan Nanga Medamit
,
Sekolah Kebangsaan Bukit Batu
,
Sekolah Kebangsaan Kuala Medalam
,
Sekolah Kebangsaan Melaban
,
Sekolah Kebangsaan Long Napir
dan
Sekolah Kebangsaan Ukong
.
[5]
Bekalan air diuruskan oleh
Jabatan Kerja Raya
manakala bekalan elektrik diuruskan oleh
Syarikat SESCO Berhad
. Sebahagiannya pula ada yang menggunakan set generator yang dibekalkan kerajaan tempatan.
[3]
Daerah Kecil Nanga Medamit dihubungkan dengan jalan raya yang dibina oleh kerajaan dan dihubungkan dengan aliran
sungai
.
[3]
Masa perjalanan ke Nanga Medamit mengambil masa sehingga tiga jam tetapi kini dengan adanya jalan raya sepanjang 22 kilometer (13.7 bt),
[6]
hanya mengambil satu jama sahaja. Peranan jalan darat sangat penting khususnya kepada masyarakat tani bagi membawa hasil
tanaman
mereka ke bandar terutama untuk dipasarkan di Pasar Tamu Limbang.
[3]
|
---|
|
Sejarah
| |
---|
Bahagian
pentadbiran
| |
---|
Bahagian
perundangan
| P - Parlimen
N - Negeri
| |
---|
DUN
| |
---|
Pihak Berkuasa
Tempatan
| Dewan Bandaraya
| |
---|
Majlis Perbandaran
| |
---|
Majlis Daerah
| |
---|
|
---|
|
---|