Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini mengenai daerah. Untuk pekan, sila lihat
Kanowit
.
Daerah Kanowit
ialah sebuah
daerah
dalam
Bahagian Sibu
di
Sarawak
,
Malaysia
. Keluasan Daerah Kanowit ialah 2,253.5 kilometer persegi (870.1 batu persegi) sementara jumlah penduduk ialah 31,400 orang pada tahun 2016.
[1]
[2]
Pekan bagi daerah ini ialah
Kanowit
. Daerah Kanowit merupakan salah satu dari tiga daerah dalam Bahagian Sibu; daerah-daerah lain ialah
Daerah Selangau
dan
Daerah Sibu
.
[3]
Majlis Daerah Kanowit
ialah kerajaan tempatan yang bertanggungjawab terhadap seluruh kawasan Daerah Kanowit. Ia beribu pejabat di
Pekan Kanowit
.
Daerah Kanowit diwakili dalam
Dewan Rakyat Malaysia
oleh sebuah kerusi iaitu Kanowit dengan kod P210, sementara dalam
Dewan Undangan Negeri Sarawak
ia diwakili oleh dua kerusi iaitu Ngemah (N49) dan Machan (N50).
[4]
[5]
Mengikut statistik pada tahun 2016, Daerah Kanowit mempunyai jumlah penduduk seramai 31,400 orang. Daripada jumlah tersebut, 16,000 orang adalah terdiri dari lelaki dan 15,400 adalah perempuan.
[2]
Penduduk dalam Daerah Kanowit terdiri dari beberapa bangsa dan kaum etnik:
Iban
merupakan penduduk majoriti dengan keramaian 26,500 orang, diikuti dengan
Cina
dengan jumlah 3,200 orang,
Melayu
1,000 orang,
Melanau
500 orang dan
Bidayuh
100 orang.
[2]
Terdapat juga kaum
bumiputera
yang lain dengan jumlah keseluruhan 100 orang.
[2]
|
---|
|
Sejarah
| |
---|
Bahagian
pentadbiran
| |
---|
Bahagian
perundangan
| P - Parlimen
N - Negeri
| |
---|
DUN
| |
---|
Pihak Berkuasa
Tempatan
| Dewan Bandaraya
| |
---|
Majlis Perbandaran
| |
---|
Majlis Daerah
| |
---|
|
---|
|
---|