Gombak
merupakan sebuah daerah di negeri
Selangor
. Daerah ini terletak di bahagian timur negeri Selangor dan berkeluasan 650 kilometer persegi. Daerah ini juga menjadi daerah kelima paling ramai penduduk dan antara yang terpadat di Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 942,400 orang. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di
Bandar Baru Selayang
.
Daerah Gombak bersempadan dengan daerah
Hulu Selangor
di utara,
Kuala Selangor
di barat,
Hulu Langat
,
Petaling
dan
Kuala Lumpur
di selatan serta negeri
Pahang
di timur.
Keadaan rupa bumi daerah ini adalah berbukit-bukit di kawasan timur, sebahagian kawasan utara dan barat. Manakala di kawasan tengah, keadaan tanah melebihi kepada tanah pamah. Sungai-sungai utama yang mengalir daerah ini ialah
Sungai Gombak
,
Sungai Klang
,
Sungai Batu
dan
Sungai Buloh
.
[4]
Daerah Gombak ditadbir oleh dua pihak berkuasa tempatan iaitu
Majlis Perbandaran Selayang
di barat dan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
di timur. Daerah ini dibahagikan kepada empat mukim, 10 bandar dan enam pekan.
[5]
Berdasarkan
bancian Malaysia 2020
jumlah penduduk di Daerah Gombak ialah seramai 942,400 orang dengan kepadatan penduduk 1,444 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan
Bumiputera
, membentuk 64.6 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India . Sebanyak 7.1 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.
[6]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 109:100. Terdapat 253,148 tempat kediaman dengan sebanyak 222,549 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 572 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 347 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 21 ribu orang merupakan warga tua.
Kewarganegaraan
|
Kaum
|
Jumlah
|
Warganegara Malaysia
|
Bumiputera
|
565,310
|
Cina
|
200,496
|
India
|
95,503
|
Lain-lain
|
14,121
|
Bukan warganegara
|
N/A
|
66,970
|
Majoriti penduduk beragama
Islam
iaitu 66.5 peratus (627,052 orang) dari jumlah penduduk, diikuti
Buddha
seramai 18.3 peratus (172,400 orang),
Hindu
sebanyak 9.5 peratus (89,997 orang),
Kristian
sebanyak 4.1 peratus (38,928 orang) dan lain-lain sebanyak 0.9 peratus (8,261 orang). Sebanyak 4,059 orang (0.4 peratus)
tidak beragama
manakala selebihnya 1,703 orang (0.2 peratus) tidak diketahui status agamanya.
[6]
Daerah Gombak meliputi empat kawasan parlimen dan 10 kawasan dewan undangan negeri.
Parlimen
Selayang
Parlimen
Gombak
Sebahagian Parlimen
Ampang
Sebahagian Parlimen
Sungai Buloh
Senarai wakil rakyat yang berkhidmat di kawasan pentadbiran daerah Gombak,
Selangor
.