Cameron Highlands
merupakan sebuah daerah di negeri
Pahang
, Malaysia. Daerah ini terletak di barat laut negeri Pahang dan berkeluasan 712 kilometer persegi yang merangkumi tiga buah mukim. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di
Tanah Rata
.
Perkataan "Cameron" diambil sempena nama seorang juruukur British,
William Cameron
yang menemui kawasan daerah ini semasa melakukan ekspedisi di
Banjaran Titiwangsa
pada tahun 1885. Perkataan "Highlands" pula bermaksud tanah tinggi yang merujuk kepada lokasi daerah ini yang berada di kawasan tanah tinggi.
[3]
Peta daerah Cameron Highlands
Daerah Cameron Highlands ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu
Majlis Daerah Cameron Highlands
yang berpusat di Tanah Rata. Daerah ini terbahagi kepada tiga buah mukim, sebuah bandar dan tiga buah pekan.
- Mukim Hulu Telom
- Mukim Ringlet
- Mukim Tanah Rata
- Bandar Tanah Rata
- Pekan Brinchang
- Pekan Lubok Tamang
- Pekan Ringlet
Daerah Cameron Highlands terletak di barat laut negeri Pahang, bersempadan dengan daerah
Lipis
di timur dan selatan, negeri
Perak
di barat dan
Kelantan
di utara. Daerah ini merupakan daerah terkecil di Pahang dengan keluasan 712 kilometer persegi.
Secara geografinya daerah ini berada di atas
Banjaran Titiwangsa
dengan ketinggian antara 800 meter (2,600 ka) hingga 1,603 meter (5,259 ka) di atas paras laut. Ketinggian maksimum daratan di daerah ini mencapai sekitar 2,334 meter (7,657 ka). Daerah ini juga menempatkan beberapa gunung seperti
Gunung Batu Brinchang
,
Gunung Berembun
,
Gunung Irau
,
Gunung Jasar
, Gunung Mentigi,
Gunung Perdah
dan
Gunung Swettenham
.
Sejarah kependudukan
Tahun
| Pend.
| ±%
|
---|
1991
| 25,555
| ?
|
---|
2000
| 28,077
| +9.9%
|
---|
2010
| 36,978
| +31.7%
|
---|
2020
| 39,004
| +5.5%
|
---|
Pecahan etnik di Cameron
Highlands - Bancian 2020
|
Agama
|
|
Peratus
|
Bumiputera
|
|
51.4%
|
Cina
|
|
34.6%
|
India
|
|
13.1%
|
Lain-lain
|
|
0.9%
|
*
Penduduk warganegara sahaja
|
Berdasarkan
bancian Malaysia 2020
jumlah penduduk di Daerah Cameron Highlands ialah seramai 39,004 orang dengan kepadatan penduduk 55 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan
Bumiputera
, membentuk lebih 51 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih 13 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.
[2]
[4]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 0.8. Terdapat 15,980 tempat kediaman dengan sebanyak 9,798 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 26 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 10 ribu dalam golongan muda dan selebihnya seribu orang merupakan warga tua.
[2]
Kewarganegaraan
|
Kaum
|
Jumlah
|
Warganegara Malaysia
|
Bumiputera
|
17,337
|
Cina
|
11,673
|
India
|
4,415
|
Lain-lain
|
310
|
Bukan warganegara
|
N/A
|
5,269
|
Majoriti penduduk di daerah Cameron Highlands beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Kebanyakan penduduk bumiputera selain Melayu menganut agama Kristian atau tidak beragama.
[2]
|
---|
Daerah
| | |
---|
Bandar
| |
---|
Pulau
| |
---|
Kampung
| |
---|
Bandar baru
| |
---|
Zon Khas
| |
---|
Bahagian pilihan raya
| |
---|