Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah
(serapan
Arab
:
????????
,
rumi:
d?'irah
"lingkaran; bulatan" terbitan kata kerja
?????
d?ra
"berputar; berpusing"
[1]
) ialah kawasan pentabiran sesuatu tempat. Beberapa
kampung
membentuk sebuah
mukim
. Beberapa mukim membentuk sebuah daerah. Beberapa daerah membentuk sebuah
negeri
/bahagian. Beberapa negeri membentuk sebuah
negara
. Di Malaysia, hanya
Kelantan
sahaja yang tidak menggunakan Daerah tetapi menggunakan
Jajahan
.
Semua Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya di Malaysia dianggap sebagai
kerajaan tempatan
atau pihak berkuasa tempatan (PBT). Ia ditadbir di bawah
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
mengikut peruntukan Akta Kerajaan tempatan 1976, dan kerajaan negeri masing-masing.
- Untuk maklumat lanjut sila kunjungi:
Majlis Daerah (Malaysia)
Setiap daerah di
Malaysia
ditadbir oleh sebuah badan berkanun dikenali sebagai Majlis Daerah. Contohnya daerah
Marang
ditadbir oleh
Majlis Daerah Marang
. Pegawai Daerah atau Penolong Pegawai Daerah menjadi ketua pentadbir bagi sesebuah daerah.
- Untuk maklumat lanjut sila kunjungi:
Majlis Perbandaran (Malaysia)
Apabila sesebuah bandar terlalu besar, maka urusan pentadbiran sesuatu daerah akan diagihkan kepada 2 atau 3 pejabat pentadbiran badan berkanun yang dikenali sebagai Majlis Perbandaran. Contohnya
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
(MPAJ) dan
Majlis Perbandaran Kajang
(MPKj) dibentuk bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran. Manakala bagi Majlis Perbandaran, Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran menjadi ketua pentadbir.
[2]
[3]
- Untuk maklumat lanjut sila kunjungi:
Dewan Bandaraya (Malaysia)
Sesuatu daerah yang pesat membangun dan mendapat taraf metropolitan yang besar, biasanya untuk ibu negeri dan
Wilayah Persekutuan
ditadbir oleh sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Dewan Bandaraya. Misalnya
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
dan
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
. Ketua pentadbiran bagi sesebuah Dewan Bandaraya pula adalah
Datuk Bandar
.
[4]
Provinsi Papua dan provinsi Papua Barat di
Indonesia
secara rasmi menukar penyebutan
kecamatan
menjadi
distrik
(daerah). Sesetengah bahagian Indonesia menyebut kecamatan sebagai daerah kecil -
subdistrict
.
- Jajahan
, istilah setaraf yang khusus di Kelantan, Malaysia